TERIMA KASIH KERANA DATANG KE LAMAN KAMI

Friday, September 2, 2011

(Kisah 1)Sultan Murad & Tukang Perahu





Assalamualaikum w.b.t
nak gelak?baca cerita ni....


Gambar Hiasan
Dahulu Bakri Mustafa pernah menjadi tukang perahu di Selat Bosporus.Ia menyeberangkan penumpangnya pulang pergi dari Istanbul ke Kadikoy,Anatolia dan dalam perjalanan dia selalu menyediakan arak bagi para penumpangnya.


Pada suatu hari Sultan Murad dan seorang menterinya mengadakan perjalanan. Kedua-duanya gemar menyamar sebagai orang awam dan rakyat jelata. Dalam perjalanan itu mereka menyeberangi Selat Bosporus dan menaiki perahu Bakri Mustafa. Mereka pun menawar harga yang murah untuk dirundingkan. Bakri menyutujuinya harga yang mereka tawarkan dan mulalah Bakri mendayung perahunya menuju Kadikoy.


 Setelah mendayung beberapa minit lamanya, Bakri meletakkan alat pendayung dan mengeluarkan sebotol arak serta tiga gelas. Sultan yang menyamar sebagai orng awam itu berkata,
"Itu adalah minuman haram menurut syariat Islam, tetapi kalau Saudara mahu minum,minum sahajalah,kami berdua tidak mahu meminumnya."

"Tidak,saudara berjuga harus minum," kata Bakri Mustafa dengan suara lantang. "Di dalam perahu ini semua orang harus ikut minum,saya tidak mahu mendayung perahu ini ketepi kalau ada yang tidak mahu meminumnya."

Demikian Sultan dan menterinya itu tidak ada pilihan lain . Mereka harus meminum beberapa gelas arak, kerana Bakri bersumpah tidak mahu mendayung perahunya jika mereka tidak mahu meminumnya.

Ketika akhirnya perahu itu mencapai Kadikoy dan mereka meninggalkan perahu, Sultan pun berkata kepada menterinya, "Nah,sekarang katakan kepada Bakri Mustafa itu bahawa aku ini Sulatan dan kamu menteriku."

Gambar Hiasan
 Ketika Bakri Mustafa mendengar hal ini, ia pun tertawa terbahak-bahak seraya berkata, "Ah,apa katamu? Aku ini telah bertahun-tahun bahkan berpuluh-puluh tahun lamanya minum arak dan aku tidak pernah beranggapan bahawa diriku ini Sultan ataupun menteri. Kamu berdua baru ikut perahuku sekali saja dan minum segelas arak sudah menyangka bahawa diri kamu Sultan dan menteri.Bayangkan, seandainya kamu minum beberapa gelas arak lagi,mungkin kamu akan berfikit bahawa kami ini Tuhan dan Nabi."

Nah...sekarang apa macam?kalau tak gelak juga 
tanda ada kurang siuman la.
Sekian wassalam


..::tak habis lagi,tekan 'Read more', kalau dah baca sampai-sampaikanlah,,syukran::..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...