TERIMA KASIH KERANA DATANG KE LAMAN KAMI

Wednesday, December 30, 2009

"AL-MAHDI"imam AKHIR zaman






AL-MAHDI(MEHDI)



Dalam ajaran Islam, Imam Mahdi (b. Arab: المهدي al-Mahdī) ialah seorang Muslim berusia muda yang akan dipilih oleh Allah s.w.t. untuk menghancurkan semua kezaliman dan menegakkan keadilan di muka bumi sebelum datangnya hari kiamat.
Hal ini diterangkan sangat jelas dalam sebuah hadith nabi yang di riwayatkan oleh Thabrani.
Telah bersabda Rasulullah s.a.w, “Sungguh, bumi ini akan dipenuhi oleh kezaliman dan kesemena-menaan. Dan apabila kezaliman serta kesemena-menaan itu telah penuh, maka Allah s.w.t. akan mengutus seorang lelaki yang berasal dari umatku, namanya seperti namaku, dan nama bapaknya seperti nama bapaku (Muhammad bin Abdullah). Maka ia akan memenuhi bumi dengan keadilan dan kemakmuran, sebagaimana ia (bumi) telah dipenuhi sebelum itu oleh kezaliman dan kesemena-menaan. Di waktu itu langit tidak akan menahan setitis pun dari titisan airnya, dan bumi pun tidak akan menahan sedikit pun dari tanaman-tanamannya. Maka ia akan hidup bersama kamu selama 7 tahun, atau 8 tahun, atau 9 tahun.” (HR. Thabrani)
Hadis lain yang menerangkan tentang kedatangan Imam Mahdi adalah sbb:
Telah bersabda Rasulullah s.a.w, “Pada akhir zaman akan muncul seorang khalifah yang berasal dari umatku, yang akan melimpahkan harta kekayaan selimpah-limpahnya. Dan ia sama sekali tidak akan menghitung-hitungnya.” (HR. Muslim dan Ahmad)
Kefahaman terhadap Imam Mahdi dalam Islam berbeza mengikut aliran Ahli Sunah Waljamaah dan Syiah.
MARI KITA MENGENALI DENGAN LEBIH RAPAT SIAPAKAH YANG DIKENALI SEBAGAI IMAM MAHDI:
• 1 Nama Imam Mahdi
• 2 Ciri-ciri Imam Mahdi
• 3 Kemunculan Imam Mahdi
• 4 Kepemimpinan Imam Mahdi
• 5 Rujukan

..::tak habis lagi,tekan 'Read more', kalau dah baca sampai-sampaikanlah,,syukran::..

Friday, December 25, 2009

Sungai Furat mempunyai EMAS???








Peta lembangan Tigris-Furat
Timur Turki
Muara
Negara-negara lembangan
Panjangnya
2,781 km
Ketinggian punca
4,500 m
Luahan purata
818 m³/saat
Keluasan lembangan
765,831 km²

Sungai Furat bahasa Inggeris:Euphrates, bahasa Arab: نهر الفرات) adalah salah satu sungai yang mentakrifkan Mesopotamia (satu lagi Sungai Tigris) yang mengalir dari Anatolia. Sungai ini panjangnya lebih kurang 2,781 kilometer (1,730 batu).

Sungai Furat dalam Hadith

Daripada Abu Hurairah r.a., Rasulullah saw bersabda: "Tidak terjadi hari kiamat itu sehingga Sungai Furat menjadi surut airnya sehingga ternampak sebuah gunung daripada emas. Ramai orang yang berperang untuk merebutkannya. Maka terbunuh sembilan puluh sembilan daripada seratus orang yang berperang. Dan masing-masing yang terlibat berkata "mudah-mudahan akulah orang yang terselamat itu"."

Di dalam riwayat Bukhari Muslim, Rasulullah bersabda: "Sudah dekat suatu masa di mana sungai Furat akan menjadi surut airnya lalu ternampak perbendaharaan daripada emas, maka barangsiapa yang hadir di situ janganlah ia mengambil sesuatu pun daripada harta itu."

Sungai Furat dalam sejarah

Sungai Furat memberi kehidupan yang membawa kepada kemunculan tamadun Sumeria, lebih kurang alaf ke-4 BCE. Kebanyakan bandar purba penting terletak di tebing sungai ini termasuk Mari, Sippar, Nippur, Shuruppak, Uruk dan Eridu. Lembah sungai ini juga membentuk pusat empayar Babylon dan Assyria. Pertempuran Karbala juga berlaku ditepi sungai Furat di mana Imam Hussain(anak Saidina Ali), keluarga dan sahabat beliau syahid.
Hadis Abu Hurairah r.a:
Rasulullah s.a.w bersabda: Tidak akan berlaku Hari Kiamat sehinggalah sungai Furat kering dan mengeluarkan gunung (timbunan) emas yang menyebabkan manusia berbunuh-bunuhan. Maka seramai sembilan puluh sembilan daripada seratus orang telah dibunuh dan setiap lelaki dari kalangan mereka itu akan mengharapkan kejayaan
Baginda Rasulullah s.a.w telah bersabda :

Ertinya : Daripada Saidina Abu Hurairah r.a , bahawasanya Baginda Rasulullah s.a.w telah bersabda : (( “ Tidak akan terjadi qiamat sehinggalah Sungai Furat menjadi surut airnya, sehingga kelihatan sebuah gunung daripada emas . Ramai orang yang berperang untuk merebutnya ( emas itu ) . Maka terbunuhlah setiap 99 orang daripada 100 orang yang berperang . Dan masing-masing yang terlibat berkata : “ Mudah-mudahan akulah yang menjadi orang yang terselamat itu “ )) ~ Hadist sahih diriwayatkan oleh al-Imam al-Bukhari rh dan al-Imam Muslim r.h .



· Hadith di atas telah pun dikeluarkan ( disampaikan ) oleh al-Imam al-Bukhari r.h dan al-Imam Muslim r.h(muttafaquna'laih) dengan beberapa lafaz hadith dan sanad ( salasilah ) yang berbeza , tetapi semuanya menjurus kepada makna yang sama .

· Al-Imam al-Bukhari r.h meletakkan hadith ini di dalam Kitab al-Fitan , Bab-25 ( Khuruj an-Nar ) , hadist-7119 ( sbg mana dinyatakan oleh al-Imam Ibnu Hajar al-‘Asqolani r.h di dalam Fathul Bary ).


· Al-Imam Muslim r.h pula meletakkan hadith ini di dalam Kitab al-Fitan wa Ashrot as-Sa’ah , Bab-786 ( Bab Iqtirob al-Fitan , Fath rodam Yaajuj wa Maajuj……) , Hadist-2323 sampai ke hadist-2327 ( Sbg mana dinyatakan oleh Prof. Dr. Musa Shahin Lashin ha di dalam Fathul Mun’iem ) .

· Dr. Abdul Muhdi Abdul Qadir Abdul Hadi ( pensyarah hadist di Universiti al-Azhar ) memberikan nombor hadist riwayat al-Imam Muslim rh itu sebagai berikut : 4 / 2219 & 29 / 2894 ( Kitab al-Fitan , Bab La Taqumus Sa’ah hatta yahsiral furat …. ) .

· Ramai yang berpendapat bahawa hadith di atas adalah satu isyarat yang jelas kepada dekatnya kita dengan Hari Kiamat , dan apatah lagi apabila tentera bersekutu pimpinan Amerika Syarikat dan Britain ( La’anatulLahi ‘alaihim ajma’ien ) menyerang kembali Iraq baru-baru ini ( Perang Teluk II ) .

Selain itu , “ emas “ yang dinyatakan di dalam hadith di atas itu sebenarnya bukanlah emas sebagai mana yang difahami secara zahir hadith, bahkan maksud sebenarnya ialah PETROL yang dikenali sebagai “ emas hitam “ .

Oleh itu , jelaslah hadith di atas BENAR-BENAR menunjukkan kepada apa yang berlaku di Iraq sekarang .


· Saya kurang bersetuju dengan pandangan di atas kerana :

( a ) ~ Semenjak Baginda Rasulullah s.a.w dilahirkan dan diutuskan untuk mengembangkan Islam , Al-Quran dan Hadith selalu menyatakan :


Ertinya : “ Telah dekatlah saatnya qiamat dan telah terbelahlah bulan “ ~ Surah al-Qamar , ayat 1 .

Serta mafhum bagi hadith Rasullah S.A.W:
Ertinya : Saidina Sahl Bin Sa’ad r.a berkata , aku pernah mendengar Baginda Rasulullah s.a.w bersabda sambil Baginda s.a.w memberikan isyarat dengan dua jarinya ( merapatkan jari telunjuk dengan jari tengahnya ) seraya berkata : (( Aku dilahirkan dan saat hampirnya qiamat dengan kelahiranku itu adalah seperti dua batang jariku ini )) ~ Hadist sahih diriwayatkan oleh al-Imam Muslim rh .


Oleh itu , memang semenjak kelahiran Baginda Rasulullah s.a.w itu sendiri HARI KIAMAT SUDAH SEMAKIN DEKAT DIRASAI , SUDAH SEMAKIN HAMPIR KEPADA KITA . Hampir di sini bukanlah menurut perhitungan kita , tetapi menurut perhitungan Allah Ta’ala yang tidak “ terkesan “ dengan sebarang perubahan hari , bulan , tahun dan waktu .

Oleh itu , hadith-hadith yang menceritakan mengenai peristiwa akhir zaman seperti ini biasanya didatangkan dalam bentuk UMUM dan GLOBAL , bukannya dengan bentuk KHAS dan DETAIL . Oleh itu mana-mana cubaan untuk MENGKHASKANNYA dan MENDETAILKANNYA mestilah dengan fakta-fakta ( dalil-dalil ) yang kukuh , bukannya dengan semata-mata sangkaan , ramalan , bacaan politik dan sebagainya .

Begitulah juga dengan ramalan-ramalan yang mengaitkan tarikh tertentu sebagai tarikh bermulanya tanda-tanda besar qiamat adalah SATU RAMALAN YANG MELAMPAU LAGI MENYELEWENG .

( b ) ~ Hadith yang telah dipastikan ianya BENAR-BENAR SAHIH ( bersumber drp Baginda Rasulullah s.a.w ) adalah MUKTAMAD . Akan tetapi setiap huraian ( syarahan ) bagi setiap hadis yang sahih itu BELUM TENTU LAGI SAHIH ataupun MUKTAMAD . ( Seperti ada orang yang sengaja menyalah-tafsirkan pengertian hadist yang sahih ) .

( c ) ~ Tidaklah benar jika dikaitkan bahawa apa yang berlaku di Iraq sekarang adalah tanda besar qiamat dan “ emas “ yang bakal muncul itu adalah “ petrol “ yang digilai oleh Amerika Syarikat dan sekutu-sekutunya sekarang kerana :

- “ Emas “ menurut zahir hadith itu adalah “ emas “ sebagai mana yang kita kenali . Untuk mengubah makna asal “ emas “ ini kepada “ emas hitam “ ( minyak petrol ) sebagai mana sangkaan orang perlukan dalil dan fakta yang kukuh . Di manakah fakta dan dalil yang kukuh yang menyatakan bahawa “ emas “ yang dimaksudkan di dalam hadith di atas ialah minyak petrol ? .

- “ Emas “ di dalam hadist di atas berbentuk bukit ( disebabkan banyaknya ) dan di dalam hadis lain dinyatakan “ seperti sebuah “ khazanah “ sebagai merujuk kepada masa sebelum emas itu ditemui ( kerana ianya tersimpan di dalam Sg. Furat @ Euphrates ) .


- Minyak petrol tidak mungkin ditemui jika air Sungai Furat menjadi cetek @ tohor , kerana realiti membuktikan bahawa petrol ditemui hanya dengan cara mengorek sampai ke perut bumi , sedangkan dataran ( permukaan ) sungai masihlah belum boleh dipanggil “ perut bumi ) .


Jelasnya menurut hadith ini , perang nanti akan berlaku lagi di Sungai Furat ( Iraq ) dan apabila emas sebenar telah keluar daripada sungai yang terkenal itu , di saat itulah baru berlaku tanda-tanda besar qiamat sebagai mana di dalam hadith di atas , bukannya sekarang ( apatah lagi dengan kekalahan tentera Saddam Hussein ) .Seperti ungkapan syair Arab yang berbunyi:

“ Di Sungai Furat Di Negara Irak
Emaskan Muncul Laksana Puncak
Ramai Sekali Tentera Yang Hendak
Datang Berperang Kerana Tamak “

“ Perang Berkobar Bertahun-Tahun
Kerana Merebut Harta Si Qarun
Hadir Ke Sana Bagaikan Lanun
Untuk Merompak Harta Bertimbun “ .
Oleh itu marilah kita merenung sejenak bahawa sebenarnya dunia ini berada didalam keadaan yang terlalu hampir dengan penghujungnya,jadi mari semua kaum muslimin dan muslimat bertaubatlah kepada Yang Maha Esa sebelum pintu taubat ditutup buat selama-lamanya....WAALLAHUA'LAM.

..::tak habis lagi,tekan 'Read more', kalau dah baca sampai-sampaikanlah,,syukran::..

Menyingkap kisah Ya'juj dan Ma'juj serta Iskandar ZUlkarnain


Misteri Ya’juj & Ma’juj
Gambar Hiasan

QS. Al-Kahfi: 94
“Mereka berkata; “Hai Dzulkarnain, sesungguhnya Ya-juj dan Ma-juj itu orang-orang yang membuat kerusakan di muka bumi, maka dapatkah kami memberikan sesuatu pembayaran kepadamu, supaya kamu membuat dinding antara kami dan mereka ?”
QS. Al-Anbiya: 96
“Hingga apabila dibukakan (tembok) Ya-juj dan Ma-juj, dan mereka turun dengan cepat dari seluruh tempat yang tinggi. Dan telah dekatlah kedatangan janji yang benar (Hari berbangkit), maka tiba-tiba terbelalaklah mata orang-orang yang kafir. (Mereka berkata); “Aduhai celakalah kami, sesungguhnya kami adalah dalam kelalaian tentang ini, bahkan kami adalah orang-orang yang zhalim.”
Ya-juj dan Ma-juj dalam Hadits
Dari Zainab Binti Jahsh -isteri Nabi SAW, berkata;
“Nabi SAW bangun dari tidurnya dengan wajah memerah, kemudian bersabda; “Tiada Tuhan selain Allah, celakalah bagi Arab dari kejahatan yang telah dekat pada hari kiamat, (yaitu) Telah dibukanya penutup Ya-juj dan Ma-juj seperti ini !” beliau melingkarkan jari tangannya. (Dalam riwayat lain tangannya membentuk isyarat 70 atau 90), Aku bertanya; “Ya Rasulullah SAW, apakah kita akan dihancurkan walaupun ada orang-orang shalih ?” Beliau menjawab; “Ya, Jika banyak kejelekan.”
(HR. Ahmad, Al-Bukhari dan Muslim)

Jenis dan Asal Usul Ya-juj dan Ma-juj dalam QS. Al-Kahfi : 94
Ya-juj dan Ma-juj menurut ahli lughah ada yang menyebut isim musytaq (memiliki akar kata dari bhs. Arab) berasal dari AJAJA AN-NAR artinya jilatan api. Atau dari AL-AJJAH (bercampur/sangat panas), al-Ajju (cepat bermusuhan), Al-Ijajah (air yang memancar keras) dengan wazan MAF’UL dan YAF’UL / FA’UL. Menurut Abu Hatim, Ma-juj berasal dari MAJA yaitu kekacauan. Ma-juj berasal dari Mu-juj yaitu Malaja. Namun, menurut pendapat yang shahih, Ya-juj dan Ma-juj bukan isim musytaq tapi merupakan isim ‘Ajam dan Laqab (julukan).

Gambar Hiasan
Para ulama sepakat, bahwa Ya-juj dan Ma-juj termasuk spesies manusia. Mereka berbeda dalam menentukan siapa nenek moyangnya. Ada yang menyebutkan dari sulbi Adam AS dan Hawa atau dari Adam AS saja. Ada pula yang menyebut dari sulbi Nabi Nuh AS dari keturunan Syis/At-Turk menurut hadits Ibnu Katsir. Sebagaimana dijelaskan dalam tarikh, Nabi Nuh AS mempunyai tiga anak, Sam, Ham, Syis/At-Turk. Ada lagi yang menyebut keturunan dari Yafuts Bin Nuh. Menurut Al-Maraghi, Ya-juj dan Ma-juj berasal dari satu ayah yaitu Turk, Ya-juj adalah At-Tatar (Tartar) dan Ma-juj adalah Al-Maghul (Mongol), namun keterangan ini tidak kuat. Mereka tinggal di Asia bahagian Timur dan menguasai dari Tibet, China sampai Turkistan Barat dan Tamujin.

Mereka dikenal sebagai Gengis Khan (bererti Raja Dunia) pada abad ke-7 H di Asia Tengah dan menaklukan Cina Timur. Ditaklukan oleh Quthbuddin Bin Armilan dari Raja Khuwarizmi yang diteruskan oleh anaknya Aqthay. “Batu” anak saudaranya menukar dengan negara Rusia tahun 723 H dan menghancurkan Babilon dan Hongaria. Kemudian digantikan Jaluk dan dijajah Romawi dengan menggantikan anak saudaranya Manju, diganti saudaranya Kilay yang menaklukan Cina. Saudaranya Hulagu menundukkan negara Islam dan menjatuhkan Baghdad pada masa daulah Abasiah ketika dipimpin Khalifah Al-Mu’tashim Billah pertengahan abad ke-7 H / 656 H.

Ya’juj dan Ma’juj adalah kaum yang banyak keturunannya.Menurut mitos, mereka tidak mati sebelum melihat seribu anak lelakinya membawa senjata. Mereka taat pada peraturan masyarakat, adab dan pemimpinnya. Ada yang menyebut mereka berperawakan sangat tinggi sampai beberapa meter dan ada yang sangat pendek sampai beberapa centimeter. Konon, telinga mereka panjang, tapi ini tidak berdasar.
Pada QS. Al-Kahfi:94, Ya-juj dan Ma-juj adalah kaum yang kasar dan biadab. Jika mereka melewati perkampungan, menyerang semua yang menghalangi dan merosak atau bila perlu membunuh penduduk. Kerana itu, ketika Dzulkarnain datang, mereka minta dibuatkan benteng agar mereka tidak dapat menembus dan mengusik ketenangan penduduk sekitarnya.


..::tak habis lagi,tekan 'Read more', kalau dah baca sampai-sampaikanlah,,syukran::..


22 Ciri Dajjal



  1. Dajjal seorang lelaki yang berpostur pendek, gempal, berambut kribo, berkaki bengkok (agak pengkor).
  2. Dajjal memiliki mata yang buta.
  3. Dajjal datang dan bersama dengan gunung roti (tepung) dan sungai air.
  4. Dajjal memiliki kemampuan berpindah dari satu tempat lain dengan cepat dan kecepatannya seperti hujan badai atau secepat awan yang ditiup angin kencang.
  5. Dajjal mempunyai pengikut yang sangat ramai, bahkan di akhir zaman nanti banyak manusia yang berangan-angan untuk berjumpa dengan Dajjal.
  6. Dajjal akan muncul lalu mengaku sebagai orang bijak/baik, sehingga banyak sekali orang yang tertarik untuk mengikutinya.
  7. Dajjal akan muncul dan mengaku sebagai nabi.
  8. Dajjal akan menggunakan nama Al-Masih.
  9. Dajjal akan mengaku sebagai Tuhan.

..::tak habis lagi,tekan 'Read more', kalau dah baca sampai-sampaikanlah,,syukran::..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...