TERIMA KASIH KERANA DATANG KE LAMAN KAMI

Friday, December 25, 2009

Sungai Furat mempunyai EMAS???








Peta lembangan Tigris-Furat
Timur Turki
Muara
Negara-negara lembangan
Panjangnya
2,781 km
Ketinggian punca
4,500 m
Luahan purata
818 m³/saat
Keluasan lembangan
765,831 km²

Sungai Furat bahasa Inggeris:Euphrates, bahasa Arab: نهر الفرات) adalah salah satu sungai yang mentakrifkan Mesopotamia (satu lagi Sungai Tigris) yang mengalir dari Anatolia. Sungai ini panjangnya lebih kurang 2,781 kilometer (1,730 batu).

Sungai Furat dalam Hadith

Daripada Abu Hurairah r.a., Rasulullah saw bersabda: "Tidak terjadi hari kiamat itu sehingga Sungai Furat menjadi surut airnya sehingga ternampak sebuah gunung daripada emas. Ramai orang yang berperang untuk merebutkannya. Maka terbunuh sembilan puluh sembilan daripada seratus orang yang berperang. Dan masing-masing yang terlibat berkata "mudah-mudahan akulah orang yang terselamat itu"."

Di dalam riwayat Bukhari Muslim, Rasulullah bersabda: "Sudah dekat suatu masa di mana sungai Furat akan menjadi surut airnya lalu ternampak perbendaharaan daripada emas, maka barangsiapa yang hadir di situ janganlah ia mengambil sesuatu pun daripada harta itu."

Sungai Furat dalam sejarah

Sungai Furat memberi kehidupan yang membawa kepada kemunculan tamadun Sumeria, lebih kurang alaf ke-4 BCE. Kebanyakan bandar purba penting terletak di tebing sungai ini termasuk Mari, Sippar, Nippur, Shuruppak, Uruk dan Eridu. Lembah sungai ini juga membentuk pusat empayar Babylon dan Assyria. Pertempuran Karbala juga berlaku ditepi sungai Furat di mana Imam Hussain(anak Saidina Ali), keluarga dan sahabat beliau syahid.
Hadis Abu Hurairah r.a:
Rasulullah s.a.w bersabda: Tidak akan berlaku Hari Kiamat sehinggalah sungai Furat kering dan mengeluarkan gunung (timbunan) emas yang menyebabkan manusia berbunuh-bunuhan. Maka seramai sembilan puluh sembilan daripada seratus orang telah dibunuh dan setiap lelaki dari kalangan mereka itu akan mengharapkan kejayaan
Baginda Rasulullah s.a.w telah bersabda :

Ertinya : Daripada Saidina Abu Hurairah r.a , bahawasanya Baginda Rasulullah s.a.w telah bersabda : (( “ Tidak akan terjadi qiamat sehinggalah Sungai Furat menjadi surut airnya, sehingga kelihatan sebuah gunung daripada emas . Ramai orang yang berperang untuk merebutnya ( emas itu ) . Maka terbunuhlah setiap 99 orang daripada 100 orang yang berperang . Dan masing-masing yang terlibat berkata : “ Mudah-mudahan akulah yang menjadi orang yang terselamat itu “ )) ~ Hadist sahih diriwayatkan oleh al-Imam al-Bukhari rh dan al-Imam Muslim r.h .



· Hadith di atas telah pun dikeluarkan ( disampaikan ) oleh al-Imam al-Bukhari r.h dan al-Imam Muslim r.h(muttafaquna'laih) dengan beberapa lafaz hadith dan sanad ( salasilah ) yang berbeza , tetapi semuanya menjurus kepada makna yang sama .

· Al-Imam al-Bukhari r.h meletakkan hadith ini di dalam Kitab al-Fitan , Bab-25 ( Khuruj an-Nar ) , hadist-7119 ( sbg mana dinyatakan oleh al-Imam Ibnu Hajar al-‘Asqolani r.h di dalam Fathul Bary ).


· Al-Imam Muslim r.h pula meletakkan hadith ini di dalam Kitab al-Fitan wa Ashrot as-Sa’ah , Bab-786 ( Bab Iqtirob al-Fitan , Fath rodam Yaajuj wa Maajuj……) , Hadist-2323 sampai ke hadist-2327 ( Sbg mana dinyatakan oleh Prof. Dr. Musa Shahin Lashin ha di dalam Fathul Mun’iem ) .

· Dr. Abdul Muhdi Abdul Qadir Abdul Hadi ( pensyarah hadist di Universiti al-Azhar ) memberikan nombor hadist riwayat al-Imam Muslim rh itu sebagai berikut : 4 / 2219 & 29 / 2894 ( Kitab al-Fitan , Bab La Taqumus Sa’ah hatta yahsiral furat …. ) .

· Ramai yang berpendapat bahawa hadith di atas adalah satu isyarat yang jelas kepada dekatnya kita dengan Hari Kiamat , dan apatah lagi apabila tentera bersekutu pimpinan Amerika Syarikat dan Britain ( La’anatulLahi ‘alaihim ajma’ien ) menyerang kembali Iraq baru-baru ini ( Perang Teluk II ) .

Selain itu , “ emas “ yang dinyatakan di dalam hadith di atas itu sebenarnya bukanlah emas sebagai mana yang difahami secara zahir hadith, bahkan maksud sebenarnya ialah PETROL yang dikenali sebagai “ emas hitam “ .

Oleh itu , jelaslah hadith di atas BENAR-BENAR menunjukkan kepada apa yang berlaku di Iraq sekarang .


· Saya kurang bersetuju dengan pandangan di atas kerana :

( a ) ~ Semenjak Baginda Rasulullah s.a.w dilahirkan dan diutuskan untuk mengembangkan Islam , Al-Quran dan Hadith selalu menyatakan :


Ertinya : “ Telah dekatlah saatnya qiamat dan telah terbelahlah bulan “ ~ Surah al-Qamar , ayat 1 .

Serta mafhum bagi hadith Rasullah S.A.W:
Ertinya : Saidina Sahl Bin Sa’ad r.a berkata , aku pernah mendengar Baginda Rasulullah s.a.w bersabda sambil Baginda s.a.w memberikan isyarat dengan dua jarinya ( merapatkan jari telunjuk dengan jari tengahnya ) seraya berkata : (( Aku dilahirkan dan saat hampirnya qiamat dengan kelahiranku itu adalah seperti dua batang jariku ini )) ~ Hadist sahih diriwayatkan oleh al-Imam Muslim rh .


Oleh itu , memang semenjak kelahiran Baginda Rasulullah s.a.w itu sendiri HARI KIAMAT SUDAH SEMAKIN DEKAT DIRASAI , SUDAH SEMAKIN HAMPIR KEPADA KITA . Hampir di sini bukanlah menurut perhitungan kita , tetapi menurut perhitungan Allah Ta’ala yang tidak “ terkesan “ dengan sebarang perubahan hari , bulan , tahun dan waktu .

Oleh itu , hadith-hadith yang menceritakan mengenai peristiwa akhir zaman seperti ini biasanya didatangkan dalam bentuk UMUM dan GLOBAL , bukannya dengan bentuk KHAS dan DETAIL . Oleh itu mana-mana cubaan untuk MENGKHASKANNYA dan MENDETAILKANNYA mestilah dengan fakta-fakta ( dalil-dalil ) yang kukuh , bukannya dengan semata-mata sangkaan , ramalan , bacaan politik dan sebagainya .

Begitulah juga dengan ramalan-ramalan yang mengaitkan tarikh tertentu sebagai tarikh bermulanya tanda-tanda besar qiamat adalah SATU RAMALAN YANG MELAMPAU LAGI MENYELEWENG .

( b ) ~ Hadith yang telah dipastikan ianya BENAR-BENAR SAHIH ( bersumber drp Baginda Rasulullah s.a.w ) adalah MUKTAMAD . Akan tetapi setiap huraian ( syarahan ) bagi setiap hadis yang sahih itu BELUM TENTU LAGI SAHIH ataupun MUKTAMAD . ( Seperti ada orang yang sengaja menyalah-tafsirkan pengertian hadist yang sahih ) .

( c ) ~ Tidaklah benar jika dikaitkan bahawa apa yang berlaku di Iraq sekarang adalah tanda besar qiamat dan “ emas “ yang bakal muncul itu adalah “ petrol “ yang digilai oleh Amerika Syarikat dan sekutu-sekutunya sekarang kerana :

- “ Emas “ menurut zahir hadith itu adalah “ emas “ sebagai mana yang kita kenali . Untuk mengubah makna asal “ emas “ ini kepada “ emas hitam “ ( minyak petrol ) sebagai mana sangkaan orang perlukan dalil dan fakta yang kukuh . Di manakah fakta dan dalil yang kukuh yang menyatakan bahawa “ emas “ yang dimaksudkan di dalam hadith di atas ialah minyak petrol ? .

- “ Emas “ di dalam hadist di atas berbentuk bukit ( disebabkan banyaknya ) dan di dalam hadis lain dinyatakan “ seperti sebuah “ khazanah “ sebagai merujuk kepada masa sebelum emas itu ditemui ( kerana ianya tersimpan di dalam Sg. Furat @ Euphrates ) .


- Minyak petrol tidak mungkin ditemui jika air Sungai Furat menjadi cetek @ tohor , kerana realiti membuktikan bahawa petrol ditemui hanya dengan cara mengorek sampai ke perut bumi , sedangkan dataran ( permukaan ) sungai masihlah belum boleh dipanggil “ perut bumi ) .


Jelasnya menurut hadith ini , perang nanti akan berlaku lagi di Sungai Furat ( Iraq ) dan apabila emas sebenar telah keluar daripada sungai yang terkenal itu , di saat itulah baru berlaku tanda-tanda besar qiamat sebagai mana di dalam hadith di atas , bukannya sekarang ( apatah lagi dengan kekalahan tentera Saddam Hussein ) .Seperti ungkapan syair Arab yang berbunyi:

“ Di Sungai Furat Di Negara Irak
Emaskan Muncul Laksana Puncak
Ramai Sekali Tentera Yang Hendak
Datang Berperang Kerana Tamak “

“ Perang Berkobar Bertahun-Tahun
Kerana Merebut Harta Si Qarun
Hadir Ke Sana Bagaikan Lanun
Untuk Merompak Harta Bertimbun “ .
Oleh itu marilah kita merenung sejenak bahawa sebenarnya dunia ini berada didalam keadaan yang terlalu hampir dengan penghujungnya,jadi mari semua kaum muslimin dan muslimat bertaubatlah kepada Yang Maha Esa sebelum pintu taubat ditutup buat selama-lamanya....WAALLAHUA'LAM.

..::tak habis lagi,tekan 'Read more', kalau dah baca sampai-sampaikanlah,,syukran::..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...