TERIMA KASIH KERANA DATANG KE LAMAN KAMI

Wednesday, March 30, 2011

Somethings we not know about HITLER


Hitler ketika kecilnya



Adolf Hitler (20 April 1889 - 30 April 1945) adalah seorang perancang yang pintar, pemidato yang hebat dan seorang tokoh politik yang telah menjadi idola di Jerman antara akhir 1920-an dan 1940-an. Beliau terlibat dalam Perang Dunia I tetapi memain peranan penting dalam Perang Dunia II. Beliau terkenal sebagai orang yang berjaya menyatukan penduduk berbahasa Jerman walaupun akhirnya negara itu berpecah kepada dua bahagian iaitu Jerman Timur dan Barat. Kini beliau dilabel oleh kebanyakan orang Barat sebagai orang yang kejam, bengis dan Diktator yang gila kuasa.


Saya tahu bahawa teman-teman sangat-sangat bersemangat untuk mengetahui lanjutan dalam artikal ini,tetapi sebelum itu saya ingin menerangkan serba-serbi tentang kewujudan makhlok ALLAH ini di dunia ini.Pada 6:30 petang 20 April,1889, beliau telah dilahirkan disebuah perkampungan kecil Braunau Am Inn, Austria berhampiran dengan sempadan Jerman di Bavaria.

..::tak habis lagi,tekan 'Read more', kalau dah baca sampai-sampaikanlah,,syukran::..

Tuesday, March 22, 2011

Perginya KITABULLAH


Selamat bertemu jua kita,pagikan hari seharian kita supaya ia lebih bersemangat.Setelah lama Rojulullah berhenti daripada menaip dakwah ini atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan kini daku kembali dengan perkongsian ilmu untuk tatapan teman-teman sekalian,moga-moga apa yang saya kongsikan ini dapat menjadikan anda yang tidak tahu akan berkata "OOOooo" atau pun "OOoo yeke" Dll.
Sebelum kita melangkah lebih jauh akan saya jelaskan sedikit pengenalan tajuk ini.Tajuk ini berkisarkan kejadian yang akan menimpa umat manusia di akhir zaman dimana tidak akan berlakunya kiamat selagi mana terdapatnya masyhaf Al-Quran di muka bumi ini,ini berdasarkan beberapa hujjah melalui hadith-hadith Sahih yang akan dijelaskan nanti.Moga-moga kita sama-sama diRedhai ALLAH hendaknya,Amiinn.
Menurut beberapa Hadith tertentu, sebelum Hari Kiamat, Al-Qur’an akan kembali ke pangkuan Allah, swt.

Hari Kiamat tidak akan datang sampai Al-Qur’an kembali ke asalnya(Tuhannya).

Al-Qur’an akan diangkat ke langit pada suatu malam sehingga tidak satu pun ayat tertinggal pada Mushaf (naskah tertulis Al-Qur’an).

Mula-mula yang akan hilang dari agamamu adalah amanah (kejujuran dan kepercayaan) dan yang terakhir adalah sembahyang, jadi meskipun banyak yang sembahyang, mereka sudah tidak membawa amanah dari Allah lagi. Al-Qur’an ini yang sangat berharga di antaramu tiba-tiba akan menghilang dan diangkat ke langit.’ Mereka bertanya, ‘Bagaimana boleh terjadi, karena Allah telah menyegelnya di dalam hati kita dan sudah tertulis dalam Masyhaf kita (masyhaf jamak dari mushaf)?’ Ia menjawab, ‘Pada suatu malam, Al-Qur’an akan diangkat ke atas langit dan akan menghilang, begitu juga yang ada dalam hati dan kitab-kitabmu.’ Kemudian, AbdAllah mengutipkan, ‘Dan kalau Kami kehendaki, niscaya Kami lenyapkan apa yang telah Kami wahyukan kepadamu itu’ (Al-Qur
’an 17:86.)

Hadith lain menyatakan:

Hari Kiamat tidak akan datang sampai Kitabullah (Al-Qur’an) disia-siakan orang(membacanya tetapi tidak mengamalkannya), dan Islam sebagai tamu asing di negeri sendiri, kejahatan dan pertengkaran semakin tumbuh dengan suburnya , perbuatan dosa dianggap hal yang biasa , kejujuran diragukan orang , pembunuhan semakin meningkat , ketidakadilan, kedengkian, irihati dan mementingkan diri sendiri atau egoisme semakin semarak , hujan akan turun dengan derasnya tapi hasil bumi akan berkurang. Pengetahuan akan jarang didapat, kebodohan akan subur , kebencian akan semakin terbuka dan dianggap umum dan akan banyak pengkhutbah-pengkhutbah(pemidato-pemidato) palsu yang akan mengubah kebenaran demi keuntungan orang-orang jahat di negeri kami ini.

..::tak habis lagi,tekan 'Read more', kalau dah baca sampai-sampaikanlah,,syukran::..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...