TERIMA KASIH KERANA DATANG KE LAMAN KAMI

Wednesday, March 30, 2011

Somethings we not know about HITLER


Hitler ketika kecilnya



Adolf Hitler (20 April 1889 - 30 April 1945) adalah seorang perancang yang pintar, pemidato yang hebat dan seorang tokoh politik yang telah menjadi idola di Jerman antara akhir 1920-an dan 1940-an. Beliau terlibat dalam Perang Dunia I tetapi memain peranan penting dalam Perang Dunia II. Beliau terkenal sebagai orang yang berjaya menyatukan penduduk berbahasa Jerman walaupun akhirnya negara itu berpecah kepada dua bahagian iaitu Jerman Timur dan Barat. Kini beliau dilabel oleh kebanyakan orang Barat sebagai orang yang kejam, bengis dan Diktator yang gila kuasa.


Saya tahu bahawa teman-teman sangat-sangat bersemangat untuk mengetahui lanjutan dalam artikal ini,tetapi sebelum itu saya ingin menerangkan serba-serbi tentang kewujudan makhlok ALLAH ini di dunia ini.Pada 6:30 petang 20 April,1889, beliau telah dilahirkan disebuah perkampungan kecil Braunau Am Inn, Austria berhampiran dengan sempadan Jerman di Bavaria.



Bapanya, Alois Hitler seorang pegawai kastam telah berkahwin sebanyak dua kali sebelum mengahwini ibu Hitler, iaitu Klara Pölzl. Sebelum melahirkan beliau, ibunya telah melahirkan dua anak lelaki dan seorang anak perempuan. Malangnya, ketiga-tiga anaknya mati pada usia yang muda. Oleh itu, apabila beliau dilahirkan, ibunya telah memanjakannya bagaikan 'menatang minyak yang penuh'.
Pada usia enam tahun, beliau masuk gred pertama di sebuah sekolah awam di Fischlham berhampiran Linz,Austria . Pada tahun yang sama bapanya telah bersara dan dari situ bermulanya zaman kesusahan bagi keluarga Hitler. Bapanya yang biasa dengan disiplin di tempat kerjanya telah cuba untuk mengamalkannya di rumah. Abang angkatnya, Alois Jr., sering dipukul oleh bapanya dan pada umur 14 tahun, dia telah lari dari rumah. Akibatnya, Hitler pula telah menjadi mangsa kezaliman bapanya.

Sewaktu di sekolah rendah beliau telah menunjukkan bakatnya dalam beberapa bidang seperti lukisan dan nyayian. Malah sewaktu belajar di sebuah sekolah Katolik(peringkat bagi agama Kristian), beliau pernah menyertai kumpulan Koir(Coral Speaking) di situ di mana beliau dipuji kerana suaranya yang merdu. Di samping itu, beliau amat meminati seni reka bangunan dan mampu melakarkan semula sebuah bangunan hanya dengan menggunakan ingatannya. Kegemarannya yang lain ialah membaca buku terutamanya kisah koboi dan Indian dari Amerika Syarikat dan juga kisah perang yang melibatkan Empayar Jerman yang lampau. Namun demikian, beliau sangat lemah dalam mata pelajaran Matematik dan juga bahasa.
Oleh itu sebelum melangkah kesekolah menengah, beliau ingin masuk kesekolah berjurusan klasik di mana beliau boleh belajar lebih mendalam tentang lukisan. Namun bapanya membantah, dan mahukan anaknya masuk kesekolah teknik dan menjadi seorang pegawai kerajaan. Oleh itu, Hitler terpaksa akur dengan kehendak bapanya dan memasuk kesekolah teknik. Tetapi beliau sering berselisih dengan bapanya sehinggalah bapanya meninggal dunia secara tiba-tiba pada Januari 1903 akibat pendarahan paru-paru.

Zaman Remajanya

Selepas bapanya meninggal dunia, Hitler menjadi seperti "layang-layang terputus tali". Beliau melakukan apa sahaja yang disukainya tanpa menghiraukan orang lain. Grednya semakin menurun dan beliau sering melakukan perkara yang nakal di sekolah dan menentang autoriti guru-gurunya(langgar peraturan). Semasa di sekolah, beliau hanya meminati dua subjek iaitu sejarah dan lukisan(memang sangat suka melukis dia ni). Beliau amat mengkagumi guru sejarahnya, Dr. Leopold Pötsch, yang suka menceritakan tentang perwira-perwira Jerman yang lampau. Pada usia awal remaja beliau amat meminati nasionalisme Jerman(semangat kenegaraan) dan lukisan serta seni reka.
Sewaktu berusia 15 tahun beliau diserang pendarahan paru-paru suatu penyakit turun temurun dan setahun kemudian meninggalkan alam persekolahan atas alasan kesihatan. Selepas itu beliau membuang masanya berjalan disekitar bandar raya Linz, Austria, melawati muzium, opera, dan duduk ditebing Sungai Danube sambil bermimpi menjadi seorang pelukis yang terkenal.
Pada usia 17 tahun beliau melawat ibu negara Austria iaitu Vienna. Beliau amat kagum dengan keindahan seni reka bangunan disana seperti opera house dan bangunan Parlimen serta bangunan disekitar Ring Boulevard. Justeru itu, beliau mengambil keputusan untuk mendaftar di "Vienna Academy Fine Arts" sebuah sekolah kesenian yang berprestij. Setahun kemudian beliau mengeluarkan wang harta pusakanya untuk tinggal dan belajar di Vienna. Pada masa ini ibunya semakin tenat akibat penyakit Barah Payudara. Namun cita-cita beliau yang tinggi untuk menjadi seorang pelukis terkemuka telah membuat beliau meninggalkan ibunya sendiri. Walaupun begitu cita-cita beliau musnah apabila gagal dalam peperiksaan kemasukan akademi tersebut. Malah beliau telah gagal peperiksaan ini sebanyak dua kali dan tidak berjaya memasuki akademi yang berprestij ini. Kesedihan ini bertambah apabila ibunya meninggal dunia pada Disember 1907.
Selepas kematian ibunya, Hitler masih mencuba nasibnya di Vienna. Dengan gaya hidupnya yang mewah, pendapatan Hitler semakin menurun dan akhirnya beliau terpaksa tidur di bangku taman Parkbenches dan bergantung pada derma daripada orang ramai. Kehidupannya yang sengsara ini telah menjadikannya berhati keras dan mempunyai mentaliti untuk terus hidup (survival) dan tiada ruang untuk belas kasihan.
Pada usia 21 tahun beliau mendapat mata pencariannya melalui penjualan gambar-gambar bangunan yang disalin dari poskad. Selain itu beliau mula membaca buku-buku falsafah dari penulis sepertiNietzsche, Hegel, Fichte, Treitschke dan Houston Stewart Chamberlain.

Penyertaan dalam Perang Dunia I

Penyertaan Jerman di dalam Perang Dunia I merupakan saat yang dinanti-nantikan oleh Hitler. Beliau dengan penuh semangat telah menyertai pasukan tenteranya untuk berjuang menentang musuh negara. Tugasnya yang pertama ialah sebagai penghantar perutusan dalam pasukan Infantri Regimen Bavaria ke 16. Beliau terkenal oleh sahabat-handainya sebagai seorang yang licik dan selalu terlepas dari maut. Oleh sebab keberaniannya, beliau telah dianugerahkan beberapa pingat termasuklah pingat berprestij iaitu "Iron Cross". Tujuan utama Hitler menyertai peperangan ini ialah untuk bersama pasukan tentera yang akan menemui kemenangan yang gemilang. Malangnya, yang sebalik telah berlaku dan Jerman terpaksa mengaku kalah kepada Perancis dan konconya. Jerman telah dihina apabila mereka dipaksa membayar sejumlah wang yang besar kepada negara Perancis. Ramai rakyat Jerman merasa dikhianati oleh kerajaan sendiri yang mereka anggap telah menikam Jerman dari belakang dan ini termasuklah Hitler sendiri. Beliau amat kecewa kerana negara Jerman yang beliau sanjungi terpaksa tunduk kepada kuasa lain terutamanya musuh ketat mereka iaitu Perancis. (Sila lihat Perjanjian Versailles) Ketika perletakan senjata 'Armistice' ditandatangani pada 11 November 1918, Hitler sedang dirawat di hospital. Ketika itu beliau memangku jawatan sebagai lans-kopral.

Moga sedikit sebanyak maklumat ini dapat membantu kita mengenali siapakah diktator Jerman ini.Rojulullah akan menyambung tajuk ini pada masa terdekat.Terima kasih kerana membaca.



..::tak habis lagi,tekan 'Read more', kalau dah baca sampai-sampaikanlah,,syukran::..

2 comments:

Anonymous said...

kimi huha..awat siap ada x wujud lagutu??

RojuluLLAH said...

smemangnye,setiap tulisan "tidak wujud" mnunjukkan bahawa ia memang tidak wujud,sengaja diadakan kerana ia semua konspirasi Iluminati(freemason)..nnt dlm post akan dtg sy akn ceritakan selanjutnya kaitan hitler dgn ILUMINATI..tq kerana membaca,:D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...