Semuanya ‘Berkemungkinan’, makhluk mempunyai kemungkinan samada akan wujud atau tidak wujud. Apa-apa sahaja boleh wujud bila-bila masa dan di mana sahaja, dalam apa jua bentuk dan dengan apa jua sifat. Tiada satupun makhluk mempunyai kemampuan dalam menentukan jenis, cara, masa, dan tempat untuk kewujudan mereka. Jadi, perlu ada satu kuasa yang memilih antara kewujudan daripada tidak wujud, sesuatu yang memberikan ciri-ciri yang unik. Kuasa ini mesti tak terhingga hebatnya, mempunyai kehendak mutlak dan yang tinggi pengetahuan . Sudah pastinya adalah Allah.
Segala-galanya bersifat berubah(tidak kekal). Oleh itu makhluk terkandung dalam masa dan ruang, bermakna ia bermula dan berakhir. Yang mempunyai permulaan memerlukan satu yang tiada permulaan untuk menjadikannya wujud, kerana ia tidak boleh wujud dengan sendirinya. Oleh sebab itu ia tidak boleh menerima apa-apa keadaan, seorang pemula yang tak terhingga yang sendirinya wujud dan tidak berubah diperlukan. Ini permula bagi segala permulaan adalah Tuhan.