Assalamualaikum w.b.t
setelah lebih kurang sebulan atau lebih tidak ber'blog'
setelah lebih kurang sebulan atau lebih tidak ber'blog'
akhirnya Rojulullah dapat idea yang sesuai dengan pengajian beliau untuk dipost
erm..disini Rojulullah ingin membuka minda para pembaca sekalian(especially Muslims)
untuk mengenali lebih dekat perbezaan antara gereja Katholik dengan gereja protestant secara amnya..
1) Kita tengok perbezaan luaran mereka :-
Gereja Katholik |
Gereja Protestant |
...Gereja Khatolik terdapat patung-patung diluarnya manakala sebaliknya bagi gereja Protestant.
2) Perbezaan dari segi dalamannya seperti berikut :-
Gereja Protestant |
..ahaaa, apa yang anda dapat bezakan daripada kedua gereja ini? Yes! sudah tentu dari segi hiasan dalamanya. Dimana gereja Kristian Protestant TIDAK memiliki sebarang GAMBAR/LUKISAN serta PATUNG-PATUNG tapi sebaliknya berlaku pada gereja Khatolik. Ini kerana Kristian mazhab Protestant menolak untuk berbuat demikian kerana ia menunjukkan penyembahan kepada patung-patung itu.
3)Holy water(Air Suci)
Gereja Protestant |
..Bagi gereja-gereja Khatolik mereka mempunyai sebuah mangkuk atau bekas air kecil yang mana ditempatkan berdekatan pintu utama gereja. Ia berfungsi bagi pengunjung-pungunjung gereja(penganut Kristian Katholik) mensucikan diri mereka sebelum melakukan sebarang peribadatan di dalam gereja. Tetapi sebaliknya di gereja Protestant.
Gereja Katholik |
...Gereja-gereja Katholik akan ada perkataan 'ST.'(Dalam bulatan) atau 'Saint' yang bermaksud para 'wali' bagi agama Kristian.
Jadi lepas ni kalau ternampak masa balik kampung ke jalan-jalan ke...
....kita bolehlah kenal secara amnya sama ada ia gereja Kristian mazhab Katholik...
...atau Protestant....
Wallahua'lam.
Sekian, wassalam.
No comments:
Post a Comment