TERIMA KASIH KERANA DATANG KE LAMAN KAMI

Tuesday, October 11, 2011

(Kisah 5)Mimpi Indah




Assalamualaikum w.b.t
pagi-pagi buta ni ada pulak ilham
baca ni...




      Pada suatu malam Nasruddin bermimpi indah sekali. Pada malam itu ketika dia sedang duduk-duduk sendirian di tepi jalan ada seseorang mendekatinya. Orang itu kelihatan baik sekali hatinya, dan kaya. Ia meletakkan sekeping wang emas di atas tapak tangan Nasruddin, kemudian sekeping lagi dan sekeping lagi terus demikian sampai ada sembilan keping wang emas di telapak tangan Nasruddin. Kemudian dia berhenti. Nasruddin tahu orang itu memiliki sepuluh keping wang emas, oleh kerana itu dia berkata, "Tuan, berikan sekeping lagi kepada saya!"


      Orang itu menggelengkan kepalanya. Nasruddin berteriak lebih keras, "Tuan berikan sekeping wang itu kepada saya biar genap sepuluh keping wang saya!"

       Pada waktu itu juga Nasruddin terbangun dan terus dia melihat ke telapak tangannya, tentu saja sama sekali tidak ada wang emas. Cepat-cepat Nasruddin menutup matanya kembali dan berteriak, "Baiklah yang sekeping itu tidak usah tuan berikan kepada saya, yang sembilan itu saja kembalikan kepada saya semula!"

Hahahahhahah..
Okay semua tidur dulu
Wassalam..

..::tak habis lagi,tekan 'Read more', kalau dah baca sampai-sampaikanlah,,syukran::..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...