TERIMA KASIH KERANA DATANG KE LAMAN KAMI

Sunday, January 1, 2012

Kenali Ajaran Qadiani (Last Part)






Kupasaan terakhir Rojulullah berkenaan
dengan Ajaran Ahmadiyah(Qadiani)
baca Kenali Ajaran Qadiani (Part2)
&
Kenali Ajaran Qadiani (Part 1)
dahulu untuk fakta lengkap.

Dengan lafaz Bismillahirrahmanirahim...



..:: DAKWAAN-DAKWAAN LAIN MIRZA::..


Dakwaan-dakwaan lain yang dilakukan oleh Mirza Ghulam Ahmad , antaranya ialah:

1. Para Nabi Menyaksikan dirinya
Dalam bukunya 'Maktub Ahmad' halaman 62 , Mirza mendakwa:

"Nabi Allah Saleh telah menyaksikan kebenaran saya sebelum saya melahirkan seruan saya. Saya adalah Isa Al-Masih yang akan datang. Beliau menyebut nama saya serta nama kampung saya".

2. Malaikat Sebagai Pancaindera Tuhan

Dalam buku ' Hamamah Al-Busyra ' halaman 98, Mirza menegaskan:
"Lihatlah pada malikat-malaikat itu bagaimana Allah menjadikan mereka itu sebagai pancainderanya".


3. Ibadat Haji Di Qadian
Orang-orang Qadiani menganggap bahawa daerah Qadian adalah merupakan salah satu daripada tiga tempat suci disebutkan iaitu Makkah, Madinah dan Qadian. Harian 'Al-Fadhl' bilangan 1848, Jilid 10 Disember 1912 menyebut:

"Sesiapa yang menziarahi menara putih Al-Masih yang dijanjikan (Mirza) akan diberikan berkat yang hanya ditentukan kepada menara hijau Nabi di Madinah Al-Munawwarah. Alangkah menderitanya orang yang menghalang dirinya daripada menikmati Haji Akbar di Qadian".

 Dalam Harian 'Al-Fadhl' Jilid 20 bilangan 23 ada disebutkan katanya:

 "Apa yang dimaksudkan dengan Masjid Al-Haram ialah Masjid Qadian. Andainya daerah Qadian menyamai Tanah Suci malah mungkin lebih utama daripadanya, maka menziarahinya adalah menyamai fardhu haji dan mungkin melebihi daripadanya". 

Dalam 'Bigam Sulhi' Jilid 21 bilangan 22, lidah rasmi 'Cawangan Lahore' menyebut:

 "Menunaikan haji di Makkah tanpa melakukan haji di Qadian adalah haji kering dan kosong kerana menunaikan haji di Makkah hari ini tidak memenuhi risalah dan tidak menunaikan fardhunya". 




Awas!!!




 ..::ULASAN::..


1. Munculnya Ajaran Qadiani Munculnya ajaran Qadiani ini adalah jelas dari keadaan-keadaan yang tidak 'normal' pada diri Mirza Ghulam Ahmad sendiri dan pada suasana alam sekelilingnya. Mirza adalah seorang yang mempunyai cita-cita yang tinggi, kuat berusaha dan belajar serta mempunyai sikap yang keras. Namun beliau bukan mempunyai pendidikan yang tinggi dan mendalam di dalam agama Islam.Pengetahuan yang didapatinya lebih merupakan hasil pembacaannya sendiri. Suasana yang tidak tenteram di dalam masyarakatnya khasnya ancaman ancaman politik dan kebudayaan dari penjajahan Inggeris dan kejahilan rakyat, memberi peluang kepadanya untuk muncul sebagai pemimpin yang akhirnya mendakwa dirinya dengan bermacam-macam dakwaan yang karut. Lebihlebih lagi beliau sentiasa digalakkan oleh kawannya Nuruddin yang bukan seorang ahli agama yang kemudiannya menjadi khalifahnya yang pertama.


2. Dakwaan Menerima Wahyu Penyelewengan yang nyata dalam ajaran Qadiani bermula dari dakwaan menerima wahyu dari Allah swt oleh Mirza Ghulam Ahmad. Sebenarnya tiada seorangpun selepas Nabi Muhammad saw sama ada dari kalangan sahabat atau kalangan salafussalih yang telah diturunkan wahyu. Dengan demikian, apa yang dimaksudkan wahyu oleh Mirza Ghulam Ahmad itu adalah rekaan .semata-mata.



Dapatkan buku ini  klik disini


3. Dakwaan Sebagai Imam Mahdi Dakwaan Mirza Ghulam Ahmad sebagai Imam Mahdi adalah dakwaan tanpa asas. Tidak ada orang yang mengetahui dengan tepat siapakah Imam Mahdi itu. Hadith-hadith berhubung Imam Mahdi hanyalah Hadith 'Ahad' dan tidak menjelaskan siapkah Imam Mahdi itu sebenarnya. Ulama-ulama Islam berselisih pendapat tentang akan lahirnya Imam Mahdi yang ditunggu-tunggu itu. Dengan demikian, kemunculan Imam Mahdi itu bukan suatu akidah di dalam akidah Islam. Gelaran Imam Mahdi yang disebutkan itu adalah rekaan golongan tertentu untuk mengagungkan pemimpin mereka. Dan Mirza telah mengambil kesempatan menggunakan nama tersebut untuk dirinya dan mendakwa ianya datang daripada perintah Allah. Inilah taktik pembohongan Mirza yang selalu dilakukannya.


4. Dakwaan Isa a.s. Mati Dan Kuburnya Di Srinagar Di dalam Al-Quran , Nabi Isa a.s. bukan dibunuh dan disalibkan tetapi rupanya telah diserupakan oleh Allah dengan seorang yang lain. Malah Allah telah mengangkatnya kehadrat-Nya sebagaimana tersebut di dalam ayat: 

"Dan (disebabkan) dakwaan mereka dengan mengatakan :"Sesungguhnya kami telah membunuh Al-Masih Isa ibn Maryam, Rasulullah". Pada hal mereka tidak memalangnya (dikayu palang salib) tetapi diserupakan bagi mereka (orang yang mereka bunuh itu seperti Nabi Isa). Dan sesungguhnya orang-orang yang telah berselisih faham tentang (Nabi) Isa, sebenarnya mereka berada dalam syak (ragu-ragu) tentang menentukan pembunuhannya. Tiada sesuatu pengetahuan pun bagi mereka tentangnya selain daripada mengikut sangkaan semata-mata dan mereka (pula) tidak membunuhnya dengan yakin. Bahkan Allah telah mengangkat (Nabi) Isa kepada-Nya, dan adalah Allah Maha Kuasa lagi Maha Bijaksna". (An-Nisaa' : 157 & 158)


Dengan demikian, umat Islam percaya bahawa Nabi Isa a.s. itu tidak mati di tiang salib atau di mana-mana malah telah diangkatkan Allah ke hadrat-Nya. Hadith-hadith juga telah menyebutkan demikian. Dengan itu, kubur Nabi Isa a.s. tentulah tidak ada di mana-mana juapun.


5. Dakwaan Sebagai Isa Al-Masih Dakwaan tersebut oleh Mirza Ghulam Ahmad ternyata karutnya. Ada dua perkara yang mesti difahami dalam soal ini:

Pertama:
Soal turunnya Isa Al-Masih ke dunia ini bukanlah boleh difahami dengan mudah. Ulama-ulama Islam berselisih pendapat tentangnya. Sebuah hadith yang diriwayatkan oleh An-Nuwwas bin Sam'an r.a. mengatakan bahawa Rasulullah saw ada menjelaskan :

 " Semasa Dajjal itu bermaharajalela, Allah menghantar turun Nabi Isa Al-Masih anak Maryam. Lalu ia turun berhampiran menara putih yang letaknya di timur bandar Damsyik. .. maka Nabi Isa pun mengejar Dajjal sehingga dapat menawannya di pintu kampung yang bernama 'Lud' lalu membunuhnya ".(Riwayat Muslim) 

Apa yang tersebut di dalam hadith di atas tidak ada kaitan langsung dengan Mirza. Dengan demilkian Mirza Ghulam Ahmad itu bukan sekali-kali Isa Al-Masih.


Kedua :
 Isa Al-Masih yang disebutkan akan turun ke dunia menjelang kiamat itu jelas sekali adalah tidak lain
daripada Isa anak Maryam dari keturunan Bani Israel yang tidak berbapa, sedangkan Mirza Ghulam Ahmad adalah berbapa dari keturunan Borlas dari bangsa Monghul bukan sekali-kali anak Maryam.


6. Dakwaan Sebagai Nabi Dakwaan Mirza yang paling merbahaya sekali ialah dakwaan dirinya sebagai seorang nabi. Ayat yang digunakan oleh Mirza untuk menyokong dakwaannya ialah:

 "Bahawa Muhammad itu bukanlah bapa kepada salah seorang lelaki kamu (Zaid bin Harithah, anak angkat Rasulullah) malah beliau adalah rasul (utusan) Allah dan penyudah segala nabi-nabi (yang terdahulu). Dan adalah Allah itu mengetahui segala-galanya". (Al-Ahzab : 40) 

Mengikut ajaran Qadiani, maksud 'Khatam Al-Nabiyyin' itu ialah bahawa Muhammad itu adalah mohor (seal) atau pengesah kepada segala nabi-nabi selepasnya, khasnya Mirza Ghulam Ahmad.Kesilapan dan
pembelotan yang dilakukan oleh Qadiani di sini ialah ia memberi erti 

"adanya nabi-nabi selepas Nabi Muhammad"

kepada perkataan Khatam Al-Nabiyyin itu. Ini semata-mata untuk membuka pintu kepadanya mengisytiharkan dirinya sebagai nabi, sedangkan makna sebenar 'Khatam Al-Nabiyyin' itu ialah tidak akan ada lagi nabi selepas Nabi Muhammad saw. Pada zaman sahabat dahulu, setelah wafatnya Rasulullah saw terdapat orang yang mendakwa dirinya sebagai nabi umpamanya Musailamah Al-Kazzab. Mereka ini telah diperangi dan ada yang dibunuh.

7. "Mukjizat" Mirza Mukjizat ialah kebolehan luar biasa yang tidak dapat dicabar oleh manusia yang dianugerahkan Allah kepada Rasul dan Nabi-Nya untuk membuktikan kenabian atau kerasulan mereka. Misalnya mukjizat Nabi Muhammad saw ialah keluarnya air dari celah-celah jari Baginda apabila Baginda meletakkan tangannya di bumi. Oleh kerana Mirza ini bukan nabi dan bukan rasul maka tentunya beliau tidak mempunyai mukjizat apa-apa. Dan memang beliau tidak dapat menunjukkan apa-apa mukjizat pun.


8. Menafikan Jihad Mirza telah melawan hukum Allah swt di dalam Al-Quran apabila beliau menafikan jihad. Jihad yang dimaksudkan di dalam konteks ini ialah berjuang memerangi musuh yang menceroboh agama Allah dan umat-Nya. Di dalam Al-Quran, kewajiban berjihad terhadap seteru-seteru yang merampas hak-hak orang Islam adalah jelas dan tiada siapa yang menafikannya. Ayat-ayat 190 hingga 194 surah Al-Baqarah memberi maksud:

"Berperanglah untuk jalan Allah (berjihad) terhadap orang - orang yang memerangi kamu, dan janganlah kamu melampaui dan perangilah mereka di mana sahaja kamu berjumpa, dan usirkan mereka keluar sebagaimana ( setakat mana ) mereka telah mengusirkan kamu . Dan fitnah itu adalah lebih dahsyat daripada pembunuhan.. Dan perangilah mereka hingga tidak ada lagi 
fitnah .. "


9. Mengubah Ayat-Ayat Al-Quran Perbuatan tahrif iaitu mengubah atau meminda bentuk dan kedudukan ayat-ayat Al-Quran dengan sengaja adalah dianggap kafir. Setiap orang Islam yang mempercayai bahawa Al-Quran itu wahyu daripada Allah, tidak akan berani dan sanggup melakukan tahrif demikian.



Jauhi Qadiani







..:: LAIN-LAIN DAKWAAN YANG SALAH::..


1. Para Nabi Menyaksikan Mirza Dakwaaan Mirza yang para nabi seperti Nabi Saleh a.s. menyaksikan dan
mengakui Mirza sebagai Al-Masih adalah satu pembohongan yang amat nyata yang tidak masuk akal. Kalau itu berlaku didalam mimpi, maka mimpi manusia tidak boleh dipegang lebih-lebih lagi tentang perkara yang tidak betul dan tidak dapat dibuktikan.

2. Malaikat Pancaindera Tuhan Kata-kata bahawa malaikat adalah pancaindera Tuhan ternyata sesat dan salah sekalipun diucapkan dalam bentuk simbolik. Semua makhluk tidak boleh dicantumkan dengan zat Allah Yang Maha Suci dari segala makhluk-Nya.

3. Haji Di Qadian Amat sesat jika terdapat dakwaan adanya tempat lain untuk ibadat Haji selain dari Makkah tempat terletaknya Baitullah. Perkara ini sudah jelas di dalam Al-Quran dan Al-Hadith.
Kumpulan Qadian Dan Kumpulan Lahor (Dikenali Juga Dengan Panggilan Ahmadiah Sahaja). Antara sifat-sifat penting kumpulan Lahor ini ialah:

Pertama: Ia tidak mengakui kenabian Mirza Ghulam Ahmad tetapi mereka mengakui ajaran Mirza (Golongan Qadian memang mengakui Mirza sebagai nabi).

Kedua : Ia mendakwa bahawa Isa itu adalah anak 'Yusuf tukang kayu' bukan tidak berbapa.
Namun kedua-dua kumpulan iaitu Kumpulan Qadian dan Kumpulan Lahor adalah pengikut ajaran Qadiani yang sesat dan terpesong daripada agama Islam itu.



..::AJARAN QADIANI DI MALAYSIA::..


1. Kedatangannya Kedatangan ajaran Qadiani ke Malayssia dipercayai pada awal tahun 1930-an.dan penyebarnya yang pertama dipercayai Maulana Husin Iyaz yang datang ke Singapura pada tahun 1935 dan pejabatnya ialah di No. 116, Unan Road, Singaoura 15. Melalui pengkalannya di situ beliau menyebarkan ajaran ini. Selepas Maulana Husin Iyaz, datang pula Maulana Mohd. Sadiq bin Barakatullah pada 22hb. Disember 1949 sebagai wakil penyebarnya di sini. Kemasukan ajaran Qadiani ke Malaysia ini telah ditentang hebat ooleh ulama-ulama Islam. Di Jeram, Selangor ketua Qadiani di situ iaitu Syed Abdul rahman bin Syed Alwi telah meminta Sultan Selangor mengadakan penyelidikan ke atas ajaran ini pada bulan Mei 1951. Pada 23hb. Julai 1951 satu majlis perbahasantelah diadakan di hadapan baginda di Istana Selangor, Kuala Lumpur. Pihak Qadiani diwakili oleh Mohd Sadiq Barakatullah dan Mohd Zuhdi Fadhli. Pihak ulama Islam diwakili oleh Sheikh Mahmud Zuhdi dan ulama-ulama di Pejabat Agama Islam Negeri Selangor. Keputusan perbincangan ialah bahawa golongan Qadiani tidak diiktiraf sebagai golongan Islam malah terkeluar dari Islam. 2. Kedudukan Ahmadiah/Qadiani Sekarang Sejak berlakunya dialog antara Ketua Ahmadiah/Qadiani dengan ulama-ulama tempatan yang berlangsung di hadapan Sultan Selangor dalam tahun 1951 itu, ajaran ini menjadi makin lemah dan tidak mempunyai pemimpin yang benar-benar dikenali. Lebih-lebih lagi kerana ajaran ini tidak diiktiraf sebagai ajaran Islam yang sebenar. Dengan demikian, ianya tidak

dapat berkembang ke seluruh negara, cuma hidup di tempat yang ia telah lahir sebelum itu. Di Selangor, antara tempat-tempat yang terdapat penganut-penganut ajaran ini ialah: 1. Jeram : Ada kira-kira 40 orang pengikut (lelaki dan perempuan) di sini . Terdapat tanah perkuburan mereka sendiri yang diberi oleh Pegawai Daerah Inggeris pada tahun 1954. Luasnya kira-kira dua ekar.


"Qadiani BUKAN agama Islam"



2.Sungai Tua, Batu Caves, Selangor : 
Kira-kira 20 orang pengikut ( lelaki dan peremmpuan ) terdapat di sini. Pengikut Ahmadiah/Qadiani dari Melaka datang berkumpul di sini. 3.Sungai Buloh : Di sini terdapat sebuah surau Ahmadiah / Qadiani yang berharga kira - kira RM1600 . Surau ini dibina daripada derma pengikut-pengikut ajaran itu. 


4.Kampung Nakhoda, Batu Caves, Selangor (Kampung Rojulullah) : 


Markas Qadiani Kampung Nakhoda

Pengikutnya di sini masih kuat berpegang ajaran ini. Mereka terdiri daripada kira-kira lima keluarga. Terdapat sebuah 'masjid' Qadiani yang digunakan untuk mereka sahaja. Di negeri-negeri lain di Malaysia, selain dari Selangor, terdapat juga pengikut ajaran Ahmadiah/Qadiani ini. Tetapi mereka itu tidak diketahui orangnya. Mungkin kerana jumlahnya terlalu kecil. Tiap-tiap pengikut ajaran ini dikehendaki mengeluarkan 1/16 daripada pendapatan harian mereka kepada tabung kumpulan ini. Buat masa ini, penganut Ahmadiah/Qadiani adalah semakin berkurangan kerana di kalangan mereka ramai yang telah bertaubat dan anggota baru hampir tidak ada langsung. Gerakan mengembangkan ajaran ini telah lama berhenti dan orang ramai umumnya mengetahui ajaran ini adalah bertentangan dengan Islam. Apa yang jelas kelihatan ialah pengikut ajaran ini terpisah dari masyarakat Islam biasa. Anak-anak mereka tidak dapat berkahwin dengan anak orang Islam dan mereka terpaksa menerima keadaan ini. Wallahua'lam.

Sampai sini sahaja kupasan Rojulullahmoga memberi manfaat kepada semua lapisan masyarakat
wassalam.









..::tak habis lagi,tekan 'Read more', kalau dah baca sampai-sampaikanlah,,syukran::..

5 comments:

SALAHUDDIN said...

Salam Saudara,

petikan terakhir saudara tidak berdasarkan fakta atau memang saudara tak mengkaji, saja sekadar mengisi ruangan untuk tahun baru.

orang Ahmadiyah yang anda katakan Qadiani itu sebenarnya diketahui, cuma anda yang tidak mahu tahu. polis tahu segala pergerakan Ahmadiyah, di semenanjung pun selalu ada acara tahunan, di sabah pun ada perjumpaan tahunan, cuma mungkin tak keluar surat khabar lah.

Ahmadiyah tak da main sorok-sorok, Ahmadiyah dah pujuk MAIS, JAIS, dan lain-lain untuk muzakarah, tapi, takda yang tampil ke hadapan.

kata kg nakhoda tu kampung saudara, takkan nak mengenali AHmadiyah pun cuma berdasarkan rujukan dari buku-buku fitnah.

cubalah masuk sekali-sekala, ambil gambar buku-buku Ahmadiyah, Kitab Ahmadiyah yang kamu kata tukar ayat Qur'an tu tunjukkanlah.

Saya di sabah, Jemaat AHmadiyah di Sabah ada di BEAUFORT, PITAS, MEMBAKUT, KOTA KINABALU, SANDAKAN, SEMPORNA, KOTA MARUDU, TENOM, KENINGAU, RANAU, LAHAD DATU, dan TAWAU.

mungkinlah penilaian kamu terlalu sedikit, tapi dapat juga menggegarkan JABATAN AGAMA, sehingga pasang signboard besar-besar supaya orang nampak.

well.
jangan suka sebarkan fitnah.
fitnah itu lebih besar dari membunuh.

baituljamil said...

salam
COPY kemudian PASTE...ini ungkapan pertama untuk pemilik blog..

tiada lagi ke fitnah atau bahan baru yang anda boleh muatkan? sebelum anda lahir, bahan yang anda COPY kemudian PASTE di atas memang sudah ada.

pesanan saya, berdakwah biar dengan hujah yang diperolehi sendiri dan disaksikan dengan mata dan hati sendiri serta sering mendongak ke langit agar apa yang disampaikan mendapat PERHATIAN dari Allah SWT..tanya Allah SWT di dalam solat saudara tentang apakah itu Ahmadiyah..Benar atau Palsu pasti YANG MAHA MENDENGAR akan mengabulkan permintaan saudara..

RojuluLLAH said...

Salam saudara Salahuddin & Baituljamil,

Pertama sekali saya nk ucapkan terima kasih ats kalian yang membaca artikel sy ini. Benar kata saudara berdua yang artikel ini merupakan COPY & PASTE dripada sumber yang diyakini iaitu laman web JAIS. Sy mungkin berterima kasih dengan saudara ats nasihat yg diberikan supaya mengkaji lebih mendalam tentang Qadiani ini, InsyaAllah sy akan mengkajinye jika di beri peluang. Jika saudara mengatakan apa yang sy sebarkan ini merupakan fitnah, sy cadangkan saudara sendiri yg dtgkan sy fakta2 yg sebenar berkenaan Jemaah Ahmadiyah. Moga2 Allah merahmati kita semua dan memberi kita petunjuk insyaAllah.

SALAHUDDIN said...

sila bandingkan sumber JAIS saudara dengan sumber Ahmadiyah yang sebenar.

www.alislam.org

RojuluLLAH said...

Saudara Salahuddin
Terima kasih, saya akan cuba bandingkan ia, terima kasih atas teguran dan pandangan saudara

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...