Suatu hari Nasruddin berfikir lama sekali. Dia berfikir bagaimana caranya hendak mengetahui bahawa dia masih hidup atau sudah mati. Mengetahui perkara tersebut oleh isterinya pun mengatakan padanya "bodoh". "Jika kamu mati, sudah pasti anggota-anggota badanmu akan kaku," katanya pada suaminya.
Sesudah itu Nasruddin segera pergi ke hutan bagi mencari kayu bakar kerana hari semakin menghampiri malamnya. Waktu itu musim sejuk melanda negeri mereka. Tiba-tiba dia merasakan bahawa tangan dan kakinya kesejukan dan kaku kerana pakaian yang dipakai belum cukup mengbahangkan diri Nasruddin.
Gambar hiasan |
"Tidak diragukan lagi aku sudah mati(Berdasarkan kata-kata isterinya)," katanya sendiri. "Kerana itu aku harus berhenti bekerja, sebab mayat tak boleh bekerja."
Gambar hiasan |
Oleh kerana mayat tidak boleh berjalan, maka ia berbaring sahaja di atas rumput.
Tiba-tiba datang serigala-serigala menyerang keldainya. "Hai serigala-serigala!" teriaknya. "Ambillah keuntungan banyak-banyak dari orang yang sudah mati. Jika aku masih hidup tentu aku takkan membiarkan kalian menyerang keldaiku."
No comments:
Post a Comment