TERIMA KASIH KERANA DATANG KE LAMAN KAMI

Saturday, December 3, 2011

(Kisah 6)Poket Yang Haus



Baca bismillah...
Okays boleh baca sekarang...


Gambar penghias

     Suatu hari Nasruddin menghadiri pesta perkahwinan. Seorang di antara mereka tidak hanya makan hidangan yang disediakan sebanyak-banyaknya malah dia memasukkan pula makanan ke dalam poket bajunya(tapaulah katakan) yang cukup besar untuk dibawa pulang. Ketika Nasrudidin melihat betapa rakusnya orang itu, dia segera mengambil cerek berisi air teh. Diam-diam, dari samping orang itu ia menuangkan air teh ke dalam poket yang penuh makanan itu.


Tetamu itu menyedari apa yang dikerjakan Nasruddin lalu dia berdiri dan dengan sangat marah berkata:

"Hei! Apa yang sedang kamu lakukan?! Mengapa poketku kamu tuang dengan air teh?"


Gambar hiasan

      Nasruddin dengan tenang menjawab "Maaf, aku tak bermaksud buruk wahai sahabatku. Kerana tadi kulihat betapa banyak makanan ditelan oleh poketmu, maka aku khuatir poketmu kehausan. Kerana itu kuberikan pada poketmu itu minum secukupnya."

..::tak habis lagi,tekan 'Read more', kalau dah baca sampai-sampaikanlah,,syukran::..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...