TERIMA KASIH KERANA DATANG KE LAMAN KAMI

Saturday, December 3, 2011

Adakah Nabi Isa a.s (Jesus) Yahudi?

Dimulakan kalam penulisan dengan bismillah..
baca dan cuba faham dengan teliti..

Persoalan 3:

Apabila memperkatakan agama Kristian maka tidak boleh lari dari memperbincangkan konsep Bani Israel serta Yahudi. Ini kerana ia mempunyai perkaitan dengan Jesus(Nabi Isa a.s). Adakah baginda seorang Yahudi atau sebahagian dari Bani Israel sahaja ataupun kedua-duanya?

Jawapan :

Rajah 1:  Jalur keturunan Jesus








..::PENJELASAN::..




Gambar Hiasan



Seperti yang sudah kita ketahui bahawa Nabi Ibrahim a.s mempunyai dua orang anak iaitu Nabi Ishak a.s dan Nabi Ismail a.s. Daripada jurai keturunan Nabi Ismail maka lahirlah Nabi kita Muhammad s.a.w. Manakala Nabi Ishak pula merupakan ayah kepada Nabi Yaakub a.s (Jacob).

Menurut Dr Mahmud Qadh (2000), seorang Ulama' serta pensyarah di Universiti Islam Madinah al-Munawwarah berkata di dalam artikalnya Mawjaz Tarikh al-Yahud, perkataan 'Israel' yang antaranya bermaksud 'Hamba Allah s.w.t yang soleh' yang mana merupakan gelaran bagi Nabi Yaakub a.s.

Ia berdasarkan Firman Allah yang bermaksud :
  

93. Segala jenis makanan dahulu adalah halal bagi Bani Israil, kecuali makanan Yang diharamkan oleh Israil (Nabi Yaakub) kepada dirinya sendiri sebelum diturunkan Kitab Taurat. Katakanlah (Wahai Muhammad): "(Jika ada makanan Yang diharamkan kepada kamu - Wahai Bani Israil - sebelum Kitab Taurat diturunkan) maka bawalah kamu Kitab Taurat itu kemudian bacalah akan Dia, kalau betul kamu orang-orang Yang benar.(Surah Ali-Imran 3:93)






..::ANAK-ANAK NABI YAAKOB::..

 Nabi Yaakub mempunyai 12 orang anak berdasarkan kajian terhadap Bible (Kitab Genesis) senarai nama anak-anaknya seperti berikut:



Reuben                                                                      Genesis 29:32
Simeon                                                                      Genesis 29:33
Levi                                                                           Genesis 29:34
Judah(Yahuda/Yahudi)                                             Genesis 29:32
Dan                                                                            Genesis 30:5
Naphtali                                                                     Genesis 30:7
Gad                                                                            Genesis 30:10
Asher                                                                         Genesis 30:12
Issachar                                                                     Genesis 30:17
Zebulun                                                                      Genesis 30:19
Joseph(Nabi Yusuf a.s)                                              Genesis 30:23
Benjamin(Bunyamin)                                                  Genesis 35:18


oleh yang demikian anak-anak Nabi Yaakub ini dan jalur keturunan yang datang daripada mereka semua di panggil 'Bani Israel'

Diantara 12 anak Nabi Yaakub a.s yang paling utama sekali ialah Nabi Yusuf a.s, Levi dan Judah. Levi dan Judah juga dianggap penting kerana jurai keturunan daripada kedua anak Nabi Yaakub ini lahirnya Nabi Musa a.s dan saudaranya Harun a.s (Levi). Manakala daripada jurai Judah pula lahirnya dua orang Nabi iaitu Nabi Daud a.s dan anaknya Nabi Sulaiman a.s.







..::JESUS KETURUNAN LEVI ATAU JUDAH(YAHUDA/YAHUDI)::..

Persoalan penting disini ialah walaupun Levi serta Judah merupakan sebahagian dari Bani Israel, adakah Jesus berasal dari keturunan Levi ataupun Judah? Sekiranya baginda Levi maka baginda bukanlah seorang Yahudi. Penganut seluruhnya bersepakat mengatakan bahawa Jesus daripada keturunan Yahudi kerana lahir daripada keturunan Judah. Ini berdasarkan kenyataan Bible (Kitab Luke 3:23-34) seperti berikut:

 The Record of Jesus Ancestors

Jesus was known as the Son of Joseph...

Perez was the son of Judah

Judah was the son of Judah...(NLT)

Maksudnya:

Salasilah Yesus(Jesus)

Ia adakah anak Yusuf...

Anak Perez

Anak Yehuda...(LAI)







..::JAWAPANNYA ADA DI DALAM AL-QURAN::..

   al-Quran menafikan ketetapan Bible mengenai perkara ini. Ia menerusi firman Allah s.w.t yang mengungkap kembali gelaran Bani Israel terhadap saidatina Maryam a.s iaitu ibu kepada Nabi Isa a.s (Jesus). Ia menerusi ayat yang bermaksud :


28. " Wahai saudara perempuan Harun…(Surah Maryam 19:28)

   al-Quran menegaskan bahawa Isa a.s (Jesus) secara hakiki berasal (Dari sebelah ibu) keturunan Harun. Siapakah dia Harun yang dimaksudkan? Menurut Sheikh Muhammad Asad [Leopold Weiss] (1980), seorang Ulama' serta pakar dalam kebudayaan Arab dalam tafsir al-Quran-nya The Message of The Qur'an, Harun yang dimaksudkan  merujuk kepada Nabi Harun a.s. Oleh yang demikian Isa a.s (Jesus) bukan berasal dari keturunan Judah(Yahuda) tetapi Levi dengan yang demikian bahawa baginda bukan seorang Yahudi. Nabi Isa a.s (Jesus) salah seorang keturunan Bani Israel yang akhirnya diangkat Allah menjadi Rasul kepada Bani Israel termasuk di dalamnya golongan Yahudi (Jurai keturunan Judah).

Ilmu yang Rojulullah dapat untuk perkongsian bersama...
Terima kasih kerana membaca kerana anda mesti mengetahuinya..


__________________________________________________________________

Rujukan:

1.Mohd Amin Yaacob,Lim Jooi Soon, 7 Persoalan Berkenaan Asas-Asas Agama Kristian, 2011.
2.Mahmud Qadh, Mawjaz Tarikh al-Yahud dalam Majalah al-Furqan(Hai'ah Dukumiyyah, Kuwait), 2000.
3.Muhammad Asad, The Message of The Qur'an (Dar al-Andalus, Gibraltar), 1980.



..::tak habis lagi,tekan 'Read more', kalau dah baca sampai-sampaikanlah,,syukran::..

1 comment:

pejalan said...

tak perlu la diletak gambar hiasan tu. terima kasih.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...