Assalamualaikum w.b.t
Pada entry kali ini Rojulullah berminat untuk kongsi dengan sahabat-sahabat sekalian berkenaan dengan 'IDEOLOGI'. Pada entry kali ini Rojulullah akan menerangkan dulu pengertian IDEOLOGI serta mengetengahkan salah satu IDEOLOGI yang biasa kita dengar dan mungkin kita tidak pernah ambil tahu tentang ia. Selamat membaca.
..::MAKSUD IDEOLOGI DAN PENGARUHNYA KE ATAS UMAT ISLAM::..
Istilah ‘ideologi’ dibentuk daripada kata ‘ideo’ yang
bererti pemikiran, khayalan, konsep, keyakinan dan sebagainya, manakala kata
‘logi’ bermakna logik, ilmu atau pengetahuan. Kedua-dua kata tadi digabungkan
dan menghasilkan maksud sebagai ilmu tentang keyakinan-keyakinan dan gagasan.
Dalam konteks ini ideologi mengandungi keyakinan dan gagasan yang ditaati oleh
suatu kelompok, suatu kelas sosial, suatu bangsa atau suatu ras tertentu.
Terdapat juga definisi daripada William James yang menyatakan bahawa ideologi adalah
“man’s total view or thought about life” yakni pandangan dan pemikiran
manusia tentang hidup dan kehidupan.
Apapun pengertian yang diberikan kepada ideologi, jelasnya ia
adalah hasil pemikiran manusia. Ia turut memberi kesan besar dalam kehidupan
umat Islam sekarang. Umat Islam hari ini kebanyakannya sudah tidak mengamalkan
Islam sepenuhnya dalam kehidupan mereka. Mereka hanya memandang Islam dari
sudut ibadah khusus semata-mata seperti solat, puasa, zakat dan sebagainya.
Tidak tergambar lagi pada pemikiran mereka bahawa Islam itu mencakupi seluruh
kehidupan mereka bermula dari bangun tidur pagi dan lelap semula pada malam
hari. Inilah akibat daripada pengaruh ideologi ke atas kehidupan umat Islam.
..::CIRI DAN SUMBER IDEOLOGI SERTA PERBEZAAN DENGAN ISLAM:::..
Antara ciri-ciri ideologi adalah ia bersumberkan akal manusia,
tidak kekal, dan memihak kepada golongan tertentu. Ciri-ciri ini jelas
membezakannya dengan Islam. Islam datang dari sumber Ilahi pencipta manusia manakala
ideologi hanyalah hasil pemikiran dan pemerhatian manusia. Maka sudah pasti
terdapat banyak kelemahan pada ideologi ini kerana pemikiran manusia adalah
terbatas tidak dapat menjangkaui apa yang berlaku pada masa lepas dan masa
depan.
Islam bersifat kekal pada dasar dan matlamatnya sejak dari zaman
Nabi Adam hingga hari kiamat. Ideologi-ideologi manusia sering berubah-ubah
mengikut zaman. Pada suatu ketika manusia mengagungkan dasar-dasar komunisme.
Apabila ia runtuh manusia beralih kepada dasar kapitalisme kemudian sekularisme
dan banyak lagi. Ideologi-ideologi ini sentiasa berubah, ada masa gemilangnya
dan ada masa keruntuhannya yang membuatkan manusia berubah haluannya.
Salah satu daripada ciri Islam adalah ‘alamiah iaitu
sejagat. Ia merangkumi kepentingan semua pihak tidak kira tua, muda, miskin,
kaya dan sebagainya. Ini berbeza dengan ideologi yang melebihkan golongan
tertentu. Sistem kapitalisme melebihkan keuntungan golongan berada dan menindas
golongan miskin. Sistem feudal pula melebihkan golongan atasan daripada
golongan bawahan. Nasionalisme pula menyebabkan wujudnya jurang antara
satu-satu bangsa mengikut tanah air mereka. kesemua ini menumjukkan kepincangan
sesebuah ideologi.
..::tak habis lagi,tekan 'Read more', kalau dah baca sampai-sampaikanlah,,syukran::..