TERIMA KASIH KERANA DATANG KE LAMAN KAMI

Saturday, April 21, 2012

IDEOLOGI(Part 2)







Assalamualaikum w.b.t
sambungan daripada IDEOLOGI(Part 1)


..::SEKULARISME::..

Pengertian :

Fahaman sekular atau sekularisme berasal dari bahasa Inggeris dipetik dari perkataan sekular yang bermaksud ‘ berkaitan dengan keduniaan dan tidak berkaitan dengan keagamaan’. Bagi orang Barat, mereka faham bahawa sekular bererti memisahkan agama (kristian)  dari kerajaan dan pemerintahan. Pihak gereja tidak masuk campur dalam urusan pemerintahan dan keduniaan.

Kamus Dewan menyebut sekular bermaksud berkaitan dengan keduniaan atau tidak berkaitan dengan keagamaan. Jika disebut pendidikan sekular ia bermaksud pendidikan yang bukan berkaitan dengan agama.

Manakala sekularisme bermaksud satu fahaman atau doktrin atau pendirian atau sebagainya yang menolak atau memisahkan agama atau ciri-ciri keagamaan daripada urusan-urusan yang tidak bersangkutan dengan agama seperti urusan pentadbiran awam dan lain-lain yang tidak ada kaitan dengan agama.








..::Bentuk-bentuk sekularisme hari ini::..

  1. Sekularisme dalam bidang politik

Menurut pandangan kaum sekular, sesebuah negara moden ialah bila terdapat pemisahan yang tajam antara agama dengan urusan kenegaraan. Samuel H. Beer dari Harvard University mengemukakan bahawa negara moden lahir dengan sendirinya, ia terpisah dari agama dan gereja, juga tidak sebahagian dari masyarakat keagamaan dan menempatkan tujuan politiknya adalah duniawi semata-mata.

Dengan demikian, maka sekularisasi politik adalah proses sosial dimana struktur politik tradisional mengalami perbezaan yang radikal, yang menghasilkan pemisahan dalam bidang ketatanegaraan dari struktur keagamaan. Sebahagian besar, teori modenisasai politik bila memperkatakan tentang agama dalam politik cenderung mengemukakan idea sekularisme, yang membawa maksud membangun negara dan bangsa menjadi moden dan terpisah dari sebarang urusan keagamaan.





  1. Sekularisme dalam bidang ilmu pengetahuan

Pemikir Barat telah berusaha untuk memperluas jurang antara agama dengan ilmu pengetahuan. Kemudian secara tidak langsung mereka melakukan tentangan terhadap apa sahaja yang bersifat kerohanian dan secara terus terang mereka mengingkari segala apa yang tidak diketahui sebabnya dengan nyata.

Mereka menyeru pemisahan ilmu dari agama dan mereka melaung-laungkan keunggulan ilmu dari agama. Maka jurubicara mereka berkata : kalau kamu dapat meletakkan tuhan dan roh di atas altar pembedahan dan kamu dapat melihat keduanya dengan mikroskop, maka aku bersedia untuk percaya kepada keduanya.

Mereka menyatakan bahawa akal manusia yang bersandarkan pada kekuatan pancaindera adalah satu-satunya jalan yang ideal untuk dasar ilmu pengetahuan. Mereka menerangkan bahawa pengetahuan itu adalah relatif dan permulaan segala sesuatu dan akhirnya tiada diketahui atau tidak boleh untuk diketahui.

Pandangan kaum sekular tentang kebenaran dan kenyataan dirumuskan di atas pengetahuan  yang diwahyukan ataupun kepercayaan agama, tetapi di atas tradisi kebudayaan yang diperkuatkan dengan dasar-dasar pendapat filosofis. Renungan yang bertalian dengan terutama dengan kehidupan duniawi yang berpusat kepada manusia sebagai makhluk dan fatwa rasional.

  1. Sekularisme dari segi fahaman keagamaan.

Bertitik tolak dari semakin pudarnya kuasa kaum beragama (Kristian) pada waktu itu, maka kadangkalan terhadap pengaruh agama semakin meluas. Hal itu membawa maksud seakan-akan agama menjadi sebab yang melambatkan perkembangan ilmu pengetahuan. Kerana itu pemisahan segala aktiviti kehidupan dari ruang lingkup agama merupakan suatu perkara yang penting.

Fakta sejarah telah membuktikan bahawa agama Kristian pada awalnya menentang sekularisasi, yang ditimbulkan oleh proses terlepasnya alam dari makna spiritual, berlangsung sepanjang sejarah dengan kekalahan-kekalahan melawan kekuatan-kekuatan sekularisasi dan benteng-bentengnya.



..::Percanggahan sekularisme dengan Islam::..

Pandangan Islam terhadap fahaman sekularisme mahupun pandangan sekularisme terhadap Islam adalah bersifat negatif iaitu Islam menolak fahaman ini seratus peratus, begitulah juga sebaliknya. Sekularisme mengungkapkan dengan jelas sifat yang diterapkan untuk menggambarkan peradaban kebudayaan manusia barat dan apa yang telah terjadi di dalam dunia Islam.




Islam secara total menolak penerapan apa pun atas konsep-konsep sekular, sekularisasi dan sekularisme kerana semuanya itu bukanlah milik Islam malah ia berlawanan dalam segala hal. Walaupun para sarjana bersusah payah untuk mewujudkan titik persamaan antara Islam dan sekularisme, namun ianya tidak mungkin akan berjaya.

Al-Quran menegaskan Islam telah diwahyukan secara lengkap dan sempurna buat manusia. Kenyataan kesempurnaan ini telah dibuktikan semenjak awal lagi. Islam melampaui sejarah dan tidak bergantung kepada ‘evolusi’ dan ‘perkembangan’ seperti yang dialami oleh agama-agama lain contohnya Kristian.



..::Sejarah kelahiran sekularisme::..

Sekularisme mula lahir di barat di abad pertengahan kerana beberapa sebab tertentu, kemudian ia dikembangkan dan disebar di negara-negara Islam oleh kuasa penjajah sehingga fahaman ini akhirnya diikuti dan dihayati oleh ramai orang Islam khususnya pemimpin yang mendapat pendidikan di barat yang kurang mengenai Islam sebenarnya.

Sekularisme lahir di Barat kerana keadaan suasana Barat masa itu sesuai sekali bagi kelahirannya. Ada beberapa situasi yang menyebabkan munculnya sekularisme di sana antaranya ialah :

  1. Keadaan agama Kristian yang memisahakn agama dengan negara atau dunia.
  2. Keadaan kuasa gereja dan tokoh-tokoh agama yang begitu luas.
  3. Penyelewengan sosial dan ekonomi
  4. Politik yang tidak stabil.
  5. Tidak menggalakkan perkembangan keilmuan.

Kemal Attartuk

..::Permulaan sekularisme di Malaysia dan perkembangannya::..


Selepas abad pertengahan, Eropah mencapai kemajuan dalam banyak bidang. Kemajuan tersebut dicapai setelah mereka menghayati sekularisme. Kemudian di masa yang sama umat Islam rata-rata berada di dalam kemunduran dan ketinggalan dalam semua lapangan. Dengan itu orang Islam khususnya para pembesar berpendidikan barat mengambil sikap mudah dengan membuat anggapan kalau mahu maju, tirulah barat dan ambillah apa yang ada di barat. Lalu dengan mudah mereka mengambil semua yang ada di barat termasuklah sekularisme dan diguna pakai di negara Islam termasuklah Malaysia.

Di antara faktor besar kemasukan sekularisme ke negara-negara Islam ialah melalui penjajah Barat yang telah lama menghayati fahaman tersebut. Penjajah-penjajah Rarat (Kristian) seperti Itali, Belanda, Portugis, Inggeris dan sebagainya sangat benci kepada Islam dan penganut-penganutnya. Islam adalah musuh mereka. Peperangan Salib yang berlaku begitu lama adalah satu bukti yang jelas bencinya Barat (Kristian) terhadap Islam. Penjajahan Portugis dan Inggeris ke atas Tanah Melayu juga telah membawa masuk fahaman ini kepada masyarakat Melayu.

Dengan kekuatan yang ada pada penjajah waktu itu, dan di tambah pula dengan kelemahan umat Islam dan negara Islam, mudahlah bagi mereka mempermainkan umat Islam dengan memperkenalkan pelbagai ‘isme’ ciptaan mereka termasuklah sekularisme. Akhirnya fahaman ini diterima oleh umat Islam sebagai suatu fahaman yang baik dan perlu dipertahankan.

Perkembangan fahaman ini telah berlaku dalam beberapa saluran, iaitu :

a.    Saluran pendidikan

Sistem sekular diperkenalkan melalui sistem pendidkan yang diterapkan di sekolah-sekolah Inggeris. Kelengkapan yang disediakan begitu sempurna dan kemudian pelajar-pelajar dihantar menyambung pelajaran ke Barat. Di sana mereka terdedah dengan cara hidup barat yang sekular dan membawa budaya ini dalam kehidupan seharian mereka.

b.    Saluran media massa

Melalui media massa, barat telah mempengaruhi umat Islam. Mereka menyebarkan fahaman ini dalam pelbagai cara seperti menyebarkan unsur-unsur jahat, ganas, seks, filem-filem lucah dan lain-lain.

c.    Saluran perundangan

Melalui sistem perundangan, pihak penjajah menukar sistem perundangan ini berjalan serentak dengan sekular. Perundangan ini berjalan serentak dengan sekularisme di bidang pendidikan dan media massa.

d.    Saluran pemikiran

Orang Yahudi dan Kristian sejak dahulu lagi tidak henti-henti berusaha menentang Islam dan umatnya dengan pelbagai cara termasuk serangan senjata dan pemikiran. Ada kalanya mereka berusaha mengkristiankan umat Islam. Di samping itu, ada juga usaha menyelewengkan orang Islam dari ajaran Islam yang sebenar dengan mengemukakan beberapa istilah baru yang menarik seperti ‘pembaharuan’, ‘kemajuan’, dan juga ‘perubahan sosial’ supaya orang Islam terperangkap dengan istilah tersebut.

..sekian dulu, will be continue next episode.Wassalam.

..::tak habis lagi,tekan 'Read more', kalau dah baca sampai-sampaikanlah,,syukran::..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...