Salam sejahtera atas kalian,
rojulullah mohon maaf atas kurang mengpost entri
atas sebab yang tidak dapat di elakkan
kini kita sambung daripada entri IDEOLOGI(Part2)
Sebelum ni kita sudah tahu secara ringkas dan mudah apa yang dimaksudkan dengan golongan 'isme' serta kita didedahkan sedikit tentang isme Sekular dan isme Nasional, sini dalam bahagian ketiga rojulullah akan mengupas secara ringkas berkenaan beberapa ideologi atau isme-isme yang lainnya.
::KAPITALISME::
Istilah kapitalisme sering digunakan untuk memberi pengertian
tentang bentuk pembangunan ekonomi yang bebas memiliki kebendaan secara
peribadi dan juga bebas mencari keuntungan. Mereka juga bebas untuk melakukan
persaingan dalam usaha, juga untuk merebut pasaran.
Untuk mencapai masyarakat yang sejahtera, menurut keyakinan
kapitalis perlu ditubuhkan ekonomi bebas. Dalam hai ini, setiap orang bebas
memiliki harta benda. Pemilikan harta benda yang sebegini mendorong menumpukan
modal besar-besaran tanpa batas.
Kaum pembela kapitalis, berkeyakinan bahawa hukum-hukum ekonomi
politik yang sewajarnya didasarkan pada prinsip-prinsip umum, pasti akan
menjamin kebahagiaan masyarakat dan menjaga keseimbangan ekonomi di dalamnya.
Kepentingan peribadi merupakan asas yang paling penting untuk menjamin
kepentingan sosial masyarakat. Menurut fahaman kapitalis, kebebasan agama
adalah kebebasan peribadi yang bersifat doktrin dan bukan suatu cara hidup yang
sesuai untuk semua manusia.
::SOSIALISME::
Fahaman sosialis lahir apabila kapitalis mencapai kepada kemuncak
kehancuran. Demikianlah gambaran Eropah pada masa revolusi industri yang
terjadi di sekitar abad ke 18 dan 19. dengan kemajuan industri dan pasaran,
maka keuntungan besar-besaran itu hanya dapat dirasai oleh para pemilik modal
sedangkan kaum buruh yang miskin tetap tidak mendapat imbuhan untuk menampung
kehidupan sehari-hari.
Sebelum zaman Karl Marx, fahaman sosialis hanya merupakan sistem
ekonomi yang bertujuan menghapuskan hak milik peribadi, namun selepas itu ia
berubah menjadi sistem nilai yang mencakupi semua aspek kehidupan secara
mutlak.
Antara Islam dan Sosialis
Baik golongan sosialis, komunis mahupun kapitalis selalu
beranggapan bahawa harta benda adalah merupakan tujuan utama mencapai
kebahagiaan kerana mereka merupakan golongan materialisme.
Harta benda menurut pandangan Islam, bukanlah merupakan sasaran
atau tujuan yang dikejar-kejar, tetapi Islam meletakkan harta benda sebagai
perantaraan untuk kesejahteraan umat manusia. Islam tidak menganjurkan
kehidupan yang terlalu sukar namun, tidak pula mernganjurkan kehidupan yang
bermewah-mewahan sebagaimana yang dianjurkan oleh kapitalis.
::KOMUNISME:: ( Sosialis ala Marx)
Sosialis sebelum munculnya sosialis ala Karl Marx tidak lain
hanyalah merupakan fahaman ekonomi semata-mata yang menghapuskan pemilikan
peribadi dan membahagikan kekayaan dan sumbernya kepada seluruh rakyat secara
sama rata. Setelah zaman Karl Marx fahaman ini tidak tertumpu kepada ekonomi
sahaja. Ia diperluaskan sebagai sistem nilai yang mencakupi segala aspek
kehidupan. Fahaman ini hanya memandang masalah material dan perut, maka sistem
yang dicipta oleh Karl Marx bagi kehidupan manusia ini hanyalah merupakan
sistem material belaka. Sosialisme sekarang bukan hanya merupakan pecahan
permasalahan kaum buruh sahaja tetapi lebih dari itu merupakan falsafah etika
dan sistem aturan yang membicarakan masalah metafizika. Sosialisme Marx juga
dinamakan sebagai sosialisme revolusioner.
Biografi Karl Marx
Marx adalah keturunan Yahudi. Dilahirkan di Kota Trier iaitu satu
bahagian dari wilayah Rhein (Jerman). Walaupun keluarganya adalah pemeluk agama
Kristian ketika dia masih kecil tetapi Marx tidak mengambil peduli dengan agama
keluarganya kerana wataknya yang sombong, berani, keras kepala, dan dirinya
sangat menonjol. Karl Marx selalu mengikuti kata akalnya dan mengkoreksi
dirinya dengan kata akal tersebut dan pandai menghindarkan diri dari kesalahan
serta dapat menguasai gelojak perasaannya, sehingga ia menjadi seorang yang
berkeperibadian kuat, berani dan revolusioner.
Ayah Marx adalah seorang pegawai kehakiman, dan kekayaan yang
dimilikinya dipergunakan untuk biaya sekolah Marx tanpa keraguan sedikit pun.
Marx pernah belajar di Universiti Bonn dan
Universiti Berlin ,
dan ia sangat mencintai buku-buku sejarah, hukum dan falsafah. Dia terpesona dengan
falsafah Hegel yang ketika itu sedang popular dan menjadi buah bibir khalayak
ramai.
Sambungan akan datang tentang siapakah Karl Marx ini, insyaAllah...
No comments:
Post a Comment