TERIMA KASIH KERANA DATANG KE LAMAN KAMI

Saturday, September 24, 2011

(Kisah 4)Musafir Dihadapkan ke Mahkamah




Assalamualaikum w.b.t
Dah lama tinggalkan blog ni..
ada cerita baru nak di kongsi
baca ni...
Pada suatu hari di bulan Ramadhan,seorang lelaki ditahan gara-gara dia makan pada siang hari di saat orang lain sedang berpuasa.Dia pun ditangkap dan dihadapkan ke mahkamah untuk diadili.

"Hai hamba Allah," kata Hakim, "Kenapa kamu makan pada waktu puasa begini?"

..::tak habis lagi,tekan 'Read more', kalau dah baca sampai-sampaikanlah,,syukran::..

Monday, September 5, 2011

Sungai Tiberias(Galilee) Mengering Petanda Kiamat Semakin Hampir







Assalamualaikum w.b.t
artikel ini Rojulullah jumpa dalam Group Stam SAMTKKB '10 oleh sahabat Rojulullah
mari sama-sama kita baca...SANGAT MENGGEMPARKAN!!!



Pemandangan sekitar Tasik

Tulisan asal artikel ini adalah dari zameer fisabilillah…but I don’t know what is his link 
so that’s why tak dapat nak link kan nama dia di sini.





Kenapa kita perlu meninjau kepada paras air di Tasik Galilee? Apa istimewanya Laut ini kepada kita orang Islam? Saya cuba mendapatkan beberapa pandangan dari beberapa sumber yang saya kira boleh dikongsi untuk kebaikan kita semua. Yang baik itu datangnya dari Allah dan yang buruk itu dari kelemahan penulis ini sendiri. Insya Allah...

Assalamualaikum semua wahai hamba Allah s.w.t. yang sedang membaca berita bermanfaat ini menerusi alam maya. Salam peringatan dari saya kepada semua sahabat dunia dan akhirat.

Hari ini saya akan dedahkan secara terbuka kepada semua pembaca mengenai Tasik Galilee, sebuah tasik yang dikelilingi darat sedang pun mengering dengan derasnya ketika ini. Nama lain bagi tasik ini ialah

- Lake of Gennesaret
- Lake Kinneret
- Sea of Tiberias

Ada satu hadis sahih yang saya sengaja tidak tunjukkan di sini, hadis itu memberitahu saya dan anda semua, bahawa apabila keringnya tasik ini maka tunggulah kamu akan turunnya Al-Masih Isa, itulah saatnya dan perhatikanlah tasik ini sebagai antara sempadan begitu hampirnya tanda-tanda besar. Carilah hadis sahih ini sampai dapat, dan bila anda tahu dan menjumpai hadis ini, pada ketika anda tahu itu, anda pasti dalam ketakutan yang amat sangat. Apa yang menjadi kerisauan saya sekarang ialah tasik ini sudah pun kering dengan derasnya setiap hari turun beberapa milimeter sejak tahun 2000 masihi lagi dan 10 tahun telah pun berlalu...


..::tak habis lagi,tekan 'Read more', kalau dah baca sampai-sampaikanlah,,syukran::..

Friday, September 2, 2011

(Kisah 3)Sang Profesor Dan Orang Desa


Assalamualaikum w.b.t
sekarang kita tengok apa jadah prof  dengan orang kampung ni....hehe

Pada suatu hari,seorang profesor berkunjung ke Desa Kayseri.Profesor itu sangant terkenal di seluruh negeri, kononnya menguasai pelbagai ilmu dengan sempurna. Namun ada seorang lelaki desa yang meragukan ilmunya,dia ingin menguji kehebatan sang profesor.

Didatanginya profesor itu lalu katanya, "Tuan profesor, saya akan mengajukan satu soalan kepada tuan.Kalau tuan tidak dapat menjawab, tuan harus membayar saya sepuluh lira. Kemudian tuan boleh mengaju satu soalan kepada saya, kalau saya tidak dapat menjawab, saya akan membayar tuan satu lira. Syarat itu cukup adil, memandangkan tuan seorang yang terpelajar dan ahli pelbagai ilmu, sedangkan saya ini tidak berpendidikan dan bukan profesor."


..::tak habis lagi,tekan 'Read more', kalau dah baca sampai-sampaikanlah,,syukran::..

(Kisah 2)Nasruddin Dan Menantu Tuhan




Assalamualaikum w.b.t
jom sengih2 kan gigi anda
hehe...

Gambat Hiasan

Pada suatu hari seorang hafiz datang ke Kota Akshehir dan menanyakan rumah Nasruddin. Setelah mendapat penjelasan hafiz itu pun pergi kerumah Nasruddin selepas menunaikan solat Isyak di masjid.

Ketika terdengar ketukan di pintu, Nasruddin mengeluarkan kepalanya dari jendela dan bertanya, "Siapa
 itu?"

..::tak habis lagi,tekan 'Read more', kalau dah baca sampai-sampaikanlah,,syukran::..

(Kisah 1)Sultan Murad & Tukang Perahu





Assalamualaikum w.b.t
nak gelak?baca cerita ni....


Gambar Hiasan
Dahulu Bakri Mustafa pernah menjadi tukang perahu di Selat Bosporus.Ia menyeberangkan penumpangnya pulang pergi dari Istanbul ke Kadikoy,Anatolia dan dalam perjalanan dia selalu menyediakan arak bagi para penumpangnya.


Pada suatu hari Sultan Murad dan seorang menterinya mengadakan perjalanan. Kedua-duanya gemar menyamar sebagai orang awam dan rakyat jelata. Dalam perjalanan itu mereka menyeberangi Selat Bosporus dan menaiki perahu Bakri Mustafa. Mereka pun menawar harga yang murah untuk dirundingkan. Bakri menyutujuinya harga yang mereka tawarkan dan mulalah Bakri mendayung perahunya menuju Kadikoy.

..::tak habis lagi,tekan 'Read more', kalau dah baca sampai-sampaikanlah,,syukran::..

Kenali Ajaran Qadiani(Part 2)

   

Assalamualaikum w.b.t
Rentetan daripada post yang panjang pada 'entry'
Kenali ajaran Qadiani(part 1).Rojulullah dengan berbesar hatinya akan
menyambung 'entry' tersebut pada post kali ini
selamat membaca dan peroleh manfaat daripadanya..




 ..::BAGAIMANA    MUNCULNYA AJARAN QADIANI::..


(1)Faktor dalaman

   Faktor Dalam Diri Mirza Ghulam Ahmad Mirza Ghulam Ahmad adalah seorang yang  kuat dan tekun belajar. Dia berminat dalam bidang tafsir Al-Quran dan Al-hadith.Beliau juga adalah seorang yang bercita-cita tinggi dan amat sensitif dengan  kedudukan agama Islam pada masa itu yang sentiasa diancam oleh pengaruh luar khasnya kebudayaan Inggeris dan agama Kristian. Pada masa inilah Mirza telah bangun mempertahankan Islam dan menyerang Kristian. Beliau telah menulis risalah-risalah dan mengarang bukn untuk mempertahankan Islam. Antaranya Baharin-I-Ahmadiah.Mirza telah dipuji atas hasilnya itu. Dan ini akhirnya menjadikannya merasa    sangat bijak, pandai dan berjasa kepada Islam. Akhirnya pula beliau merasa cukup sesuai untuk membuat dakwaan luar biasa ke atas dirinya seperti 'reformer' (mujaddid),Al-Mahdi dan lain-lain lagi. Di sinilah bermulanya penyelewengan-penyelewengan    lain yang melahirkan ajaran Qadiani ini. 
  

(2) Faktor Luar Alam Sekitar 

   Pada akhir abad ke-19, umat Islam termasuk di India menghadapi pelbagai keadaan. Ulama-ulama bercakaran pendapat mengikut mazhab masing-masing. Perang mazhab sering mencetuskan keganasan  yang mengakibatkan perpecahan. Imej ulama telah rosak. Ramai ahli sufi olok-olok mendakwa boleh menunjukkan sesuatu yang ajaib da nmendakwa menerima ilham daripada Allah. Mereka menarik minat masyarakat. Di samping itu, Punjab tempat lahirnya Mirza Ghulam Ahmad menjadi pusat konflk pemikiran karut-marut dan kejahilan di dalam agama.Mereka menderita akibat pemerintahan Sikh sejak lapan puluh tahun dahulu.

  Ajaran Islam yang sebenarnya hampir hilang. Masyarakat islam menjadi  pudar, kosong fikiran dan ragu-ragu. Kekalahan orang-orang India dalam pemberontakan 1857menentang penjajah Inggeris menambahkan lagi keperluan kepada seorang pemimpin yang mempunyai sifat kepimpinan yang teristimewa(charismatic). Segolongan orang Islam menunggu kemunculan Isa yang dijanjikan sebagaimana yang diberitahu kepada mereka. Maka dari keadaan dan peluang ini, bangkitnya Mirza Ghulam Ahmad membuat berbagai-bagai dakwaan berkenaan dengan dirinya. Juga pengaruh Nuruddin Ke Atas Mirza  Ghulam Ahmad.




..::tak habis lagi,tekan 'Read more', kalau dah baca sampai-sampaikanlah,,syukran::..

Thursday, September 1, 2011

Kenali Ajaran Qadiani(Part 1)




Assalamualaikum w.b.t
Terdetik di fikiran Rojulullah untuk mengenali ajaran sesat yang agak merbahaya 
iaitu 'Qadiniyah' ataupun di Indonesia dikenali sebagai 'Ahmadiyah'
Untuk pengetahuan semua markas Qadiani ini terletak di Kampung Rojulullah(hehe,nak wat macamana)



Salah seorang pemimpin Qadiani kini

   

..::QADIANI ITU APA ?::.. 

  Ajaran Qadiani ialah suatu    ajaran yang diasaskan oleh Mirza Ghulam Ahmad Qadiani(Hafal nie,hehe) di India pada tahun 1889.   Ajaran ini adalah bertentangan dengan ajaran Islam dan terkeluar dari agama    Islam. Perkataan Ahmadiah adalah disandarkan kepada nama Mirza Ghulam Ahmad    sendiri iaitu pengasas ajaran ini. 

   Qadiani pula adalah diambil dari nama kampung    atau kawasan tempat lahirnya Mirza yang terletak di daerah Gurdaspur, India.    Dengan demikian,ajaran ini dikenali juga dengan nama ajaran Qadiani atau Kadiyani bersandarkan kepada nama kawasan tempat lahirnya Mirza(Ghulam Ahmad). 

   Ajaran ini telah tersebar    hampir ke seluruh dunia sejak awal abad kedua puluh hingga sekarang oleh mubaligh-mubaligh  atau pengikut-pengikut ajaran ini atas nama agama Islam walaupun ianya tidak  pernah diiktiraf oleh agama Islam sendiri. 
Mirza Ghulam Ahmad Qadiani

..::APAKAH LATAR BELAKANG  PENGASAS QADIANI ( MIRZA GHULAM AHMAD)?::.


(1) Keturunan 

 Mirza Ghulam Ahmad dilahirkan pada tahun 1839 di Kampung Qadian dalam daerah        Gurdaspur pada peringkat akhir   pemerintahan Sikh di situ. Bapanya bernama Mirza Ghulam Murtaza bin mirza Atta Muhammad. Beliau berketurunan Borlas dari bangsa Monghul. Tetapi tidak berapa    lama kemudian, beliau mendakwa mendapat ilham bahawa beliau berasal dari bangsa Parsi. Keturunannya dipercayai berasal dari Samarkand, kemudian berpindah ke    India dan menetap di Qadian.


..::tak habis lagi,tekan 'Read more', kalau dah baca sampai-sampaikanlah,,syukran::..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...