TERIMA KASIH KERANA DATANG KE LAMAN KAMI

Thursday, September 1, 2011

Kenali Ajaran Qadiani(Part 1)




Assalamualaikum w.b.t
Terdetik di fikiran Rojulullah untuk mengenali ajaran sesat yang agak merbahaya 
iaitu 'Qadiniyah' ataupun di Indonesia dikenali sebagai 'Ahmadiyah'
Untuk pengetahuan semua markas Qadiani ini terletak di Kampung Rojulullah(hehe,nak wat macamana)



Salah seorang pemimpin Qadiani kini

   

..::QADIANI ITU APA ?::.. 

  Ajaran Qadiani ialah suatu    ajaran yang diasaskan oleh Mirza Ghulam Ahmad Qadiani(Hafal nie,hehe) di India pada tahun 1889.   Ajaran ini adalah bertentangan dengan ajaran Islam dan terkeluar dari agama    Islam. Perkataan Ahmadiah adalah disandarkan kepada nama Mirza Ghulam Ahmad    sendiri iaitu pengasas ajaran ini. 

   Qadiani pula adalah diambil dari nama kampung    atau kawasan tempat lahirnya Mirza yang terletak di daerah Gurdaspur, India.    Dengan demikian,ajaran ini dikenali juga dengan nama ajaran Qadiani atau Kadiyani bersandarkan kepada nama kawasan tempat lahirnya Mirza(Ghulam Ahmad). 

   Ajaran ini telah tersebar    hampir ke seluruh dunia sejak awal abad kedua puluh hingga sekarang oleh mubaligh-mubaligh  atau pengikut-pengikut ajaran ini atas nama agama Islam walaupun ianya tidak  pernah diiktiraf oleh agama Islam sendiri. 
Mirza Ghulam Ahmad Qadiani

..::APAKAH LATAR BELAKANG  PENGASAS QADIANI ( MIRZA GHULAM AHMAD)?::.


(1) Keturunan 

 Mirza Ghulam Ahmad dilahirkan pada tahun 1839 di Kampung Qadian dalam daerah        Gurdaspur pada peringkat akhir   pemerintahan Sikh di situ. Bapanya bernama Mirza Ghulam Murtaza bin mirza Atta Muhammad. Beliau berketurunan Borlas dari bangsa Monghul. Tetapi tidak berapa    lama kemudian, beliau mendakwa mendapat ilham bahawa beliau berasal dari bangsa Parsi. Keturunannya dipercayai berasal dari Samarkand, kemudian berpindah ke    India dan menetap di Qadian.


 (2) Pendidikan

   Pendidikan awal Mirza Ghulam Ahmad dimulai dengan pengajian membaca Al-Quran dan beberapa buah buku Parsi.  Apabila berumur 10 tahun, beliau belajar bahasa Arab. Dikala berumur 17 tahun,    beliau belajar ilmu-ilmu nahu, mantiq dan falsafah secara berguru. Beliau belajar    ilmu perubatan dengan ayahnya sendiri. Beliau tidak mempelajari ilmua gama dengan    sesiapapun cuma secara belajar sendiri sahaja. Beliau menerima pelajaran di  rumah hingga keperingkat menengah (Middle Class). Beliau seorang yang kuat belajar(Rajin). Guru-gurunya yang mengajar nahu, mantiq (Logic) dan falsafah ialah  Maulavi Fazlilillahi, Maulavi Fazli Ahmad dan Maulavi Gul Ali Shah. Ayahnya sendiri seorang ahli ilmu perubatan (Physician) yang berpengalaman.


(3) Pekerjaan 

  Dengan pengetahuan yang  ada Mirza bertugas di bawah Penolong Pesuruhjaya Sialkot dengan gaji yang kecil  selama 4 tahun (1864-1868). Pada masa ini, beliau belajar sebuah atau dua buah    buku Inggeris. Beliau telah cuba mengambil peperiksaan sijil Mukhtar tetapi    gagal. Pada tahun 1868, beliau meletakkan jawatan dan pulang ke Qadian(kampungnya) menjaga    tanah dan harta sendiri. Tetapi sebahagian besar masanya ditumpukan untuk menatap  Al-Quran serta buku-buku Tafsir dan Hadith.


 (4) Kehidupan 

   Kehidupan awal Mirza adalah  susah dan miskin seperti juga orang-orang biasa. Hanya setelah dakwaan-dakwaannya  mendapat perhatian dan berjaya, beliau mula mendapat hidup senang. Dalam tahun 1907 beliau menulis :"…dulu saya tidak dikenali, hidup di kampung    terpencil, Qadian dan tidur di ceruk sudut. Kemudian Allah telah menukarkan  dunia ini kepada saya dan menolong saya dengan kemenangan demi kemenangan. Dulu  sebenarnya saya tidak pernah ada harapan untuk mendapat 10 rupee sebulan. Tetapi sekarang saya dapat menerima kira-kira 300rupee atau lebih lagi. Mereka telah  menghantarkan kepada saya wang dan emas dan saya tidak tahu nama mereka".


(5) Kahwin Dan Anak 
   Perkahwinan Mirza yang pertama  ialah pada tahun 1852 atau 1853 iaitu dengan seorang daripada kalangan keluarganya    sendiri. Beliau mendapat dua orang anak iaitu Mirza Sultan Ahmad dan Mirza Fazal    Ahmad. Dalam tahun 1891, beliau menceraikan isterinya. Tahun 1884 beliau mengahwini  anak perempuan Nawab Nasir, Delhi. Anak-anaknya yang lain adalah dengan isterinya   ini iaitu tiga orang. Mereka ialah:

 -  Mirza      Bashiruddin Mahmoo
 - Mirza      Bashir Ahmad (Pengarang Sirat Al-Mahdi) 
 - Mirza      Sharif Ahmad   

Ghulam Ahmad bersama pengikutnya

(6) Kesihatan 

  Semasa muda Mirza(Ghulam Ahmad) selalu    diserang penyakit hysteria di mana kadang-kadang beliau pernah rebah dan tidak  sedarkan diri. Mirza sendri pernah menganggap penyakitnya itu sebagai hysteria dan tekanan perasaan(Melancholia).Beliau juga diserang penyakit kencing manis(diabetes) dan kencing besel(copious urination). Beliau sering mengamalkan latihan rohani (spiritual exercise) dan disiplin diri yang ketat. Beliau pernah    berpuasa enam bulan tanpa henti.


(7)Sikap Dan Tingkahlaku 

   Pada masa kanak-kanak, Mirza  adalah seorang budak yang 'simple'(sederhana la) dan tidaklah begitu cerdik. Beliau tidak    tahu bagaimana memutarkan jarum jam. Kalau dia hendak mengetahui masa, beliau  mengambil jam dari poketnya lalu membilang dengan tangan bermula dari angka    satu. Beliau membilang kuat-kuat supaya tidak lupa kerana beliau seorang pelupa. Kadang kala beliau tidak dapat membezakan kasut kiri dan kanan. Mirza juga seorang yang bercakap keras dan kasar serta menggunakan bahasa yang kesat bila menjawab tuduhan-tuduhan lawannya dalam syairnya untuk menghentam orang yang tidak mempercayainya,    beliau berkata: "Seteru-seteru itu macam babi;perempuan-perempuan mereka   macam anjing".


(8) Meninggal Dunia 

   Setelah Mirza mengisytiharkan    dirinya sebagai Al-Masih yang dijanjikan (The Promised Messiah) pada tahun 1891   dan sebagai nabi Allah pada tahun 1901, maka ulama-ulama Islam mula menyerang    dakwaannya itu. Antara mereka termasuklah Maulana Sana'ullah Amritsari, pengarang    (penyunting) buku Ahli-Hadith. Pada 5hb. April, tahun 1907,Mirza dengan lantang    menjawab dan mencabar Maulana Sana'ullah atas tuduhannya itu. Antara lain Mirza    berkata:

"Jika saya ini pembohong dan penipu maka saya akan mati pada masa    kau masih hidup kerana saya tahu bahawa hidup seorang pembohong itu tidak akan    panjang; dia akan mati sebagai seorang yang gagal pada masa lawannya masih hidup. Tetapi jika saya bukan pembohong malah diutuskan Allah dan juga sebagai Al-Masih   yang dijanjikanmaka saya harap dengan kekuasaan Allah, kau tidak akan dapat   lari balasan-Nya. Dengan itu, justeru balasan itu hanya di tangan Allah, maka   penyakit yang mematikan manusia seperti taun tidak akan mengenakan kau selagi   saya  masih hidup sebagai bukti saya ini pembohong".

 Tetapi setahun selepas   itu iaitu pada 25hb. Mei, 1908, Mirza jatuh sakit akibat penyakit ceret-beret  di Lahore. Pada masa itu juga, beliau diserang penyakit cerah muntah (taun).    Pada keesokan harinya, 20hb. Mei, 1908, Mirza menghembuskaan nafasnya yang terakhir.    Mengikut bapa mertuanya: 'Dimalam Hazrat Mirza sedang tenat itu saya telah    mendampinginya. Lalu beliau mengucapkan kepada saya: "Tuan sahib, saya  ini diserang penyakit tuan". Selepas itu saya tidak dengar lagi dia bercakap  dengan jelas sehingga dia menghembuskan nafasnya yang terakhir pada pukul 10 malam". Beliau dikuburkan di Qadian yang sekarang ini didalam negara Pakistan.

(Dipetik dan diolah daripada Bahagian Penyelidikan dan Pembangunan,Jabatan Agama Islam Selangor)
  
Umm..setakat ini dulu kita kenal dahulu siapa dia pengasas ajaran sesat yang tidak diiktiraf langsung oleh agama Islam.Moga-moga kitadipelihara olehNYA.
'Entry' ini akan di sambung lagi.Wallahua'lam
Sekian wassalam.




..::tak habis lagi,tekan 'Read more', kalau dah baca sampai-sampaikanlah,,syukran::..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...