TERIMA KASIH KERANA DATANG KE LAMAN KAMI

Friday, September 2, 2011

Kenali Ajaran Qadiani(Part 2)

   

Assalamualaikum w.b.t
Rentetan daripada post yang panjang pada 'entry'
Kenali ajaran Qadiani(part 1).Rojulullah dengan berbesar hatinya akan
menyambung 'entry' tersebut pada post kali ini
selamat membaca dan peroleh manfaat daripadanya..




 ..::BAGAIMANA    MUNCULNYA AJARAN QADIANI::..


(1)Faktor dalaman

   Faktor Dalam Diri Mirza Ghulam Ahmad Mirza Ghulam Ahmad adalah seorang yang  kuat dan tekun belajar. Dia berminat dalam bidang tafsir Al-Quran dan Al-hadith.Beliau juga adalah seorang yang bercita-cita tinggi dan amat sensitif dengan  kedudukan agama Islam pada masa itu yang sentiasa diancam oleh pengaruh luar khasnya kebudayaan Inggeris dan agama Kristian. Pada masa inilah Mirza telah bangun mempertahankan Islam dan menyerang Kristian. Beliau telah menulis risalah-risalah dan mengarang bukn untuk mempertahankan Islam. Antaranya Baharin-I-Ahmadiah.Mirza telah dipuji atas hasilnya itu. Dan ini akhirnya menjadikannya merasa    sangat bijak, pandai dan berjasa kepada Islam. Akhirnya pula beliau merasa cukup sesuai untuk membuat dakwaan luar biasa ke atas dirinya seperti 'reformer' (mujaddid),Al-Mahdi dan lain-lain lagi. Di sinilah bermulanya penyelewengan-penyelewengan    lain yang melahirkan ajaran Qadiani ini. 
  

(2) Faktor Luar Alam Sekitar 

   Pada akhir abad ke-19, umat Islam termasuk di India menghadapi pelbagai keadaan. Ulama-ulama bercakaran pendapat mengikut mazhab masing-masing. Perang mazhab sering mencetuskan keganasan  yang mengakibatkan perpecahan. Imej ulama telah rosak. Ramai ahli sufi olok-olok mendakwa boleh menunjukkan sesuatu yang ajaib da nmendakwa menerima ilham daripada Allah. Mereka menarik minat masyarakat. Di samping itu, Punjab tempat lahirnya Mirza Ghulam Ahmad menjadi pusat konflk pemikiran karut-marut dan kejahilan di dalam agama.Mereka menderita akibat pemerintahan Sikh sejak lapan puluh tahun dahulu.

  Ajaran Islam yang sebenarnya hampir hilang. Masyarakat islam menjadi  pudar, kosong fikiran dan ragu-ragu. Kekalahan orang-orang India dalam pemberontakan 1857menentang penjajah Inggeris menambahkan lagi keperluan kepada seorang pemimpin yang mempunyai sifat kepimpinan yang teristimewa(charismatic). Segolongan orang Islam menunggu kemunculan Isa yang dijanjikan sebagaimana yang diberitahu kepada mereka. Maka dari keadaan dan peluang ini, bangkitnya Mirza Ghulam Ahmad membuat berbagai-bagai dakwaan berkenaan dengan dirinya. Juga pengaruh Nuruddin Ke Atas Mirza  Ghulam Ahmad.




   ..::SIAPA DIA NURUDDIN ?::.. 

Nuruddin Bhairawi dilahirkan di Kampung Bhaira, Punjab, Pakistan Barat pada tahun 1841. Beliau mempelajari   bahasa Parsi, tulisan dan bahasa Arab permulaan.Beliau sebenarnya seorang ahli  perubatan tradisi India yang memegang gelaran 'Hakim'. Nuruddin Bhairawi orang    yang kedua di dalam ajaran Qadiani ini selepas Ghulam Ahmad.Malah setengah pengkaji berpendapat bahawa beliaulah orang yang sebenarnya menghasut Mirza melakukan pentyelewengan di dalam ajaran ini. 


 (1) Hubungan Nuruddin Dan Mirza 

Perhubungan Nuruddin dengan Mirza bermula pada tahun 1885 di Qadian. Terdapat banyak persamaaan idea antara Nuruddin dan Mirza. Sehinggakan apabila Mirza menulis bukunya "Barahin Ahmadiah", Nuruddin menulis bukunya"Tasdiq Barahin Ahmadiah" untuk menyokong Mirza. Betapa dalamnya kepercayaan Nuruddin kepada Mirza dapat  ditunjukkan dalam cerita ini. Apabila Mirza mengarang Fath Al-Islam dan Tawdhih Al-Maram,seorang bertanyakan Nuruddin sebelum beliau melihat buku-buku itu,  "Apakah sebarang nabi akan muncul selepas Nabi Muhammad?
Jawabnya, "Tidak". "Jika ada orang yang mendakwa menjadi Nabi?"
Jawabnya, "Kita  tengok dulu dia itu benar atau tidak. Kalau benar saya akan terima, malah kalau Al-Masih itu mendakwa membawa syariat baru dan membatalkan AlQuran, saya tidak menafikannya. Ini kerana jika kita telah mengakui (Mirza Ghulam Ahmad) sebagai benar dan telah diutuskan Allah, maka apa saja yang dia kata tentunya benar dan kita mesti fikirkan bahawa maksud Khatami AnNabiyyin (nabi terakhir) di  dalam Al-Quran itu tentu mempunyai makna yang lain"

(2) Nuruddin Mempengaruhi Mirza 

Pada awal tahun 1891, Nuruddin   telah menghantar surat kepada Mirza memintanya supaya mengisytiharkan dirinya   sebagai Al-Masih yang dijanjikan. Dalam surat jawapannya kepada Nuruddin, Mirza   menulis bahawa dia tidak bercadang untuk membuat dakwaan demikian. Beliau hanya    ingin menjadi seorang hamba Allah yang taat. Tetapi kemudian dalam tahun yang  sama Mirza menerima gagasan Nuruddin itu.  


(3) Kesan Kepada Mirza 

Implikasi dari penerimaan    Mirza itu, menampakkan bahawa Mirza sebenarnya seorang yang lemah dan tidak   cekal.Dia senang dipengaruhi oleh orang lain. Kesan daripada ini terdapat dua    peringkat dalam hasil karya Mirza iaitu:  

Peringkat Pertama: 
Mengandungi karya-karya   yang membuktikan sahnya agama Islam dan membatalkan agama-agama lain. Dalam   karya-karya ini tidak terdapat dakwaan menjadi Al-Masih. Antara karya-karyanya    itu ialah Barahin Ahmadiah, surmahiChashor-I-Arya dan Shahna-I-haq.  

Peringkat kedua: 
Bermula dengan dakwaannya    menjadi Al-Masih kemudian diikuti dengan dakwaan-dakwaan lain berkenaan dengan   dirinya. Dalam karya -karya ini penuh dengan sikap sombong dan mulia diri daripada  masa yang lalu. Karya pertamanya di peringkat ini ialah Fath Al-Islam yang dikeluarkan   pada tahun 1891 di mana di dalam buku inilah beliau mendakwa dirinya sebagai    bayangan kepada Al-Masih yang dijanjikan. Mirza Bashir Ahmad(Anak Ghulam Ahmad) dalam bukunya Sirat AlMahadi mengatakan bahawa Al-Masih Isa telah mati. 



..::KANDUNGAN    AJARAN QADIANI::..  

Kandungan ajaran Qadiani    yang bertentangan dengan Islam itu boleh dilihat dari dakwaan-dakwaan Mirza    Ghulam Ahmad dan perbuatan-perbuatannya.


(1) Siri Dakwaan Mirza 

Mula-mula pada tahun 1885,Mirza Ghulam Ahmad mendakwa dirinya sebagai reformasi (mujaddid) kemudian pada tahun 1891, beliau mendakwa sebagai Imam Mahadi yang ditunggu-tnggu kemudian  beliau dihasut oleh Nuruddin supaya mendakwa dirinya sebagai Al-Masih yang dijanjikan dan ini juga dilakukannya pada tahun 1891. Kemudianpada tahun 1901 beliau mengakui dirinya sebagai nabi. Di samping itu, pada 1hb. November 1904, beliau mendakwa  dirinya sebagai penjelmaan Krishna untUk orang-orang Hindu di samping sebagai    Isa Al-Masih untuk orang-orang Islam dan Kristian. 


Mirza bersama pemerintah Inggeris

(2) Dakwaan Sebagai Imam Mahdi 

Sebelum Mirza Ghulam Ahmad,golongan-golongan Syiah telah terlebih dahulu mendakwa kedatangan Imam Mahdi dari kalangan tokoh-tokoh mereka.Umpamanya Syiah Sabaiah menganggap Ali bin    Abi Talib adalah Imam Mahdi yang akan datang lagi ke dunia pada akhir zaman, Syiah Imamiah Ithna-Asyariyyah menganggap Muhammad bin Hassan Al-Asykari, Imam    mereka yang kedua belas sebagai Imam Mahdi. Dia sekarang dalam keadaan ghaib  dan akan keluar lagi sebagai Imam Mahdi. Dan golongan-golongan lain lagi yang  mendakwa mempunyai Imam Mahdi masing-masing. Dengan demikian, tidak hairanlah  jika Mirza Ghulam Ahmad yang mendakwa dirinya berjasa kepada Islam, mendakwa dirinya sebagai Imam Mahdi.


 (3) Dakwaan 

Seperti juga kepercayaan Kristian dan Yahudi, Mirza Ghulam Ahmad mempercayai bahawa nabi Allah Isa a.s. itu adalah telah mati sebagaimana kematian manusia biasa. Tetapi berlainan dari    Kristian, beliau mendakwa mendapat ilham daripada Allah pada tahun 1890 bahawa    Isa tidak mati di atas palang. Malah sebenarnya apabila beliau pengsan  di atas  palang, beliau diturunkan dalam keadaan luka. Kemudian kononnya apabila beliau benar-benar sembuh,beliau pun lari ke Kashmir dan mati di sana dalam keadaan  biasa dan kuburnya terdapat di Srinagar, Kashmir


(4) Dakwaan Sebagai Al-Masih 

Pada mulanya kepercayaan Mirza kepada nabi Allah Isa a.s. sama dengan kepercayaan orang-orang Islam yang lain. Tetapi pada tahun 1891 di atas desakan kawannya Nuruddin, Mirza mendakwa dirinya sebagai Isa Al-Masih.Dengan demikian,supaya sesuai dengan dakwaannya,    Mirza tidak lagi berpegang bahawa Isa Al-Masih yang akan turun itu adalah Isa ibn Mariam tetapi kononnya Al-Masih dari kalangan penganut agama Islam dan pengikut   Nabi Muhammad saw. 

Tetapi ianya masih tetap mempunyai ciri-ciri, sifat-sifat  dan peranan-peranan yang sama dengan AlMasih ibn Mariam yang dijanjikan itu.Dengan demikian juga, Isa ibn Mariam itu tidak akan turun lagi kerana beliau (Mirza Ghulam Ahmad) sendiri yang telah menggantikannya. Untuk menguatkan lagi    hujah ini beliau terus mengatakan bahawa Isa ibn Mariam itu telah mati bukan   diangkat ke langit oleh Allah. Orang yang mati tidak mungkinakan hidup dan  turun ke dunia lagi. Dakwaan ini terkandung di dalam buku-bukunya, antaranya:
    Fath Al-Ilam,Tawdhih Al-Maram 'Izalah Al-Awhan. 


(5) Dakwaan Menerima Wahyu 

Dalam khutbah Ilhamnya (Al-Khutbah  Al-Ilhamiah) Mirza Ghulam Ahmad berkata: "Ini adalah kitab yang telah diilhamkan   oleh Tuhan kepadaku pada satu hari daripada hari-hari perayaan, malah ia adalah  hakikat yang diwahyukan Tuhan kepadaku". Katanya lagi, "Sesungguhnya    telah sampai wahyu kepadaku daripada Tuhan sebelum diturunkan penyakit taun    supaya aku membuat perahu (bahtera) dengan pertolongan dan wahyu Kami". Beliau mendakwa bahawa apa-apa dakwaan dirinya adalah wahyu atau ilham daripada  Allah bukan daripadanya sendiri. 



(6) Dakwaan Sebagai Nabi 

Dakwaan Mirza Ghulam Ahmad    yang paling merbahaya dan terakhir sekali ialah sebagai nabi iaitu pada tahun  1901. Dakwaan ini didahului dengan dakwaan menerima wahyu daripada Allah di    mana bukan melalui malaikat Jibrail tetapi melalui ilham terus daripada Allah.    Beliau mengakui bahawa wahyu melalui Jibrail hanya kepada rasul yang membawa agama baru. Wahyu seperti itu telah pun ditutup. Pada tahun 1901, beliau telah    membuat pernyataan yang mutlak tentang dirinya sebagai nabi yang sebenar: "Demi Allah yang nyawa saya di tangan-Nya, Dia-lah yang telah mengutusdan menamakan  saya Nabi  dan menunjukkan bukti-bukti yang jelas tentang kebenaran dakwaan  saya yang jumlahnya sampai tiga ratus ribu bukti". Kemudian beliau menyamakan    dirinya dengan nabi-nabi lain, malah akhirnya beliau menyatakan : "Sayalah    Muhammad Rasul Allah"


(7) 'Mukjizat' Mirza? 

Selain daripada mengakui  menerima 'wahyu' daripada Allah yang taraf sahnya sama dengan wahyu Al-Quran,beliau mengakui juga mempunyai mukjizat. Katanya : "Nabi Allah itu telah    menunjukkan tiga ribu mukjizat. Tetapi mukjizat saya melebihi dari satu juta".    Dalam risalah 'Ikjaz Ahmadi' katanya: "Bulan yang terang menjadi gerhana    kerana saya, masakan dapat saya menafikan bulan dan matahari menjadi pucat kerana  saya".


(8) Menafikan Jihad Dan mewajibkan Taat Kepada Inggeris 

Mirza Ghulam Ahmad adalah    seorang yang anti-jihad dan menjunjung tinggi penjajah Inggeris. Di bahagian lampiran dalam bukunya 'Shahadatul-Quran' edisi keenam, atas tajuk "Untuk    Perhatian Segera Pemerintah", beliau menulis :"Saya telah menerangkan    beberapa kali bahawa Islam yang saya anuti ini mengandungi dua bahagian; iaitu Taat Kepada Allah dan kedua taat kepada pemerintah yang telah memberikan keamanan  dan perlindungan kepada kita serta mengawal kita daripada kezaliman. Itulah  dia kerajaan Inggeris".

 Beliau menambah: "Saya bukan saja menjadikan orang-orang India Muslim taat kepada kerajaan Inggeris, malah saya telah menulis  beberapa buah buku dalam bahasa Arab dan Parsi juga Urdu menerangkan kepada penduduk-penduduk Islam bagaimana untuk hidup aman,nikmat bahagia dan bebas di bawah kepak sayap kerajaan Inggeris". Dan Mirza menambah lagi: "Saya    yakin bahawa dengan bertambahnya bilangan pengikut-pengikut saya, maka berkuranglah orang yang percaya kepada jihad kerana kepercayaan kepada saya sebagai Al-Masih    dan Al-Mahdi dengan sendirinya menafikan adanya jihad itu".Mirza mengeluarkan    hukum dan pendapat yang bertentangan sekali dengan kehendak ayat-ayat Al-Quran.   
 Ini dapatditunjukkan melalui kata-katanya di bawah:  

   1. Jihad dengan pedang telah    dilarang; 

   2. Semua peperangan untuk agama sekarang ini telah ditegah; 

   3. Sekarang jihad untuk tujuan agama telah diharamkan; 

   4. Pada pendapat saya, tidak ada doktrin yang memburukkan nama Islam 
       lebih daripada doktrin jihad; 

   5. Saya menghabiskan sebahagaian besar umur saya untuk mengiyakan 
       kerajaan British dan menentang jihad.  

   9. Mengubah Ayat-Ayat Al-Quran 


    Satu lagi penyelewengan dan kesalahan besar yang dilakukan oleh ajaran Qadiani ialah            mengubah ayat-ayat AlQuran atau disebut 'Tahrif Al-Quran'. Tahrif bererti mengubah atau meminda    bentuk dan kedudukan ayat-ayat Al-Quran. Sebarang pengurangan yang sengaja,    penghapusan dan penambahan terhadap ayat-ayat Al-Quran adalah merupakan tahrif.Usaha yang sengaja dilakukan untuk mentafsir ayat-ayat Al-Quran di luar dari erti yang sebenar dan jelas adalah juga dipanggil tahrif. Antara contoh-contoh tahrif adalah seperti ayat 23 surah Al-Baqarah, ayat 52 surah AlHajj dan ayat 1 surah Al-Qadr. Terdapat banyak lagi ayat-ayat yang diubah atau ditahrifkan oleh Mirza Ghulam Ahmad didalam Al-Quran. Segala-galanya adalah untuk menguatkan segala dakwaannnya. 
10. Lain-Lain Dakwaan



..::tak habis lagi,tekan 'Read more', kalau dah baca sampai-sampaikanlah,,syukran::..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...