TERIMA KASIH KERANA DATANG KE LAMAN KAMI

Wednesday, August 31, 2011

Usuluddin & Aqidah(Muqaddimah)

Assalamualaikum w.b.t
Salam lebaran Rojulullah ucapkan kepada sahabat2 sidang pembaca sekalian
moga-moga ibadah kita di bulan Ramadhan diterima dan diteruskan di bulan-bulan lain
Amin.

Disini Rojulullah ingin mengupas tentang perkara paling asas didalam ISLAM iaitu AQIDAH(sejajar dengan kos pengajian Rojulullah di Universiti,hehe) seperti kata Imam Al-Ghazali(kalau tak silap) "Awal-awal didalam agama ialah mengenali Allah".

 Sebelum kita mula ayuh kita kenal dahulu apakah yang di katakan sebagai 'AKIDAH' itu....


..::MAKSUD AQIDAH APA HUH?::..

‘Aqidah berasal dari perkataan arab ‘AQADA’(عقد) yang bermaksud ikatan atau simpulan. Biasanya ikatan atau simpulan ini berlaku pada benda yang dapat dirasai seperti tali. Tetapi perkataan ini juga digunakan pada suatu yang ma’nawi. Dari maksud ini lahirlah perkataan aqidah iaitu ikatan atau simpulan ma’nawi yang terkhusus di dalam kepercayaan. ‘Aqidah boleh difahami sebagai kepercayaan yang terikat kuat dan tersimpul erat dalam hati terhadapsesuatu perkara yang benar dan hak sehingga tidak mungkin tercerai atau terurai.

Fahaman praktikalnya – ‘aqidah merupakan perjanjian keimanan yang kuat di antara manusia dengna penciptanya. ‘Aqidah Islam sahajalah yang benar dan betul, manakala yang laian adalah palsu dan batil. Konsep ‘aqidah yang sebenarnya seperti yang dijelaskan inilah yang di istilahkan oleh Islam sebagai iman.(Kalau kurang faham boleh tanya Rojulullah,TQ)


..::APAKAH UNSUR-UNSUR PEMBENTUKAN AQIDAH?::..

Sarjana Islam berpendapat bahawa unsur-unsur pembentukan aqidah terdiri daripada:
Gambar Hiasan

  1. Unsur ‘aqal atau pemikiran
  2. Unsur iradah atau daya pemilihan
  3. Unsur wujdan atau perasaan

   Ketiga-tiga unsur ini saling bertalian erat dan kuat. Kesempurnaan aqidah adalah daripada keutuhan dan keteguhan simpulannya dalam jiwa. Keutuhan dan keteguhannya pula tidak wujud melainkan ia terbentuk dari jalinan yang erat antara ketiga-tiga aspek penting ini yang juga merupakan tiga daya kekuatan dalam diri manusia. Melalui proses ketiga-tiga unsur tadi yang terjalin dan searah jalan tanpa ada pertentangan; iaitu pembuktian dan kelojikan akal; kerelaan hati serta kehangatan perasaan dapat melahirkan aqidah yang sempurna yang akan membentuk kesempurnaan peribadi atau syahsiahnya dan menjadi kompas pengarah atau pembentukan corak dan warna hidupnya sama ada dalam linkungan individu, mahupun dalam linkungan keluarga ataupun dalam lingkungan kemsyarakatan yang lebih besar.

   Hakikatnya ciri-ciri aqidah tidak memadai hanya berada di atas permukaan aqal atau intelek, demikian juga tidak cukup berada di paras penerimaan dan pengakuan sahaja tetapi perlu mengisi dan menyerapi setiap ruang diri dan jiwanya sehingga sebati dengan perasaan dan sentiment ynag sihat.




..::BAGAIMANAKAH AQIDAH PEMBENTUK PERIBADI?::..

Aqidah Islamiyyah dapat membentuk nilai akhlak dan peribadi yang akan mencorak dan mewarnakan amalan dan perbuatan muslim. Sebagaimana acuan dapat membentuk dan mencorakkan kandungannya, maka demikianlah akhlak dapat membentuk individu yang mengambilnya agar menepati hakikat dan tabiat keinsanan yang tulen seperti kehendak Allah. Jelasnya, akhlak dapat membentuk sifat-sifat naluri muslim, akal fikirannya, iradahnya dan perasaannya.

Aqidah Islam adalah bersumberkan ketuhanan atau merupakan aqidah rabbaniyyah yang tertap, sempurna dan menyeluruh. Hanya aqidah yang kukuh sahaja yang dapat membentuk manusia yang kukuh dan teguh. Kekukuhan dan keteguhan aqidah inilah yang menjadi sumber kekuatan Islam. Inilah hakikat kekuatan umat Islam; kekuatan jiwa dan rohani serta peribadinya yang menjadi asas kekuatan jasmaninya.


..::APAKAH CIRI-CIRI AQIDAH?::..

Aqidah Islam mengandungi cirri-ciri atau rukun-rukunnya yang asas. Ciri-ciri tersebut dapat disimpulkan kepada tiga :

  1. Ma’rifatullah (mengenali Allah)
Mengenali dan mengetahui serta beriman dengan Allah s.w.t, nama-namaNya yang mulia serta sifat-sifat yang suci dari segala kekurangan. Antara cara untuk kita meningkatkan keimanan terhadap Allah ialah dengan memerhatikan bukti-bukti yang ada di alam ini.

  1. Ma’rifatur Risalah (mengenali kerasulan)
Mengenali dan mempercayai rasul-rasul yang dipilih oleh Allah untuk menerima wahyu dan menyampaikan syariatNya serta menjadi pembimbing dan pemimpin seluruh makhluk menuju kepada jalan yang hak dan agama Allah yang sebenar, iaitu agama Islam.

  1. Ma’rifatur Ba’thi (mengenali Hari kebangkitan)
Mengetahui dan mempercayai tentang hari kebangkitan iaitu hari di mana manusia dibangunkan dari kubur masing-masing (dihidupkan sesudah mati), dikumpulkan dan dihisab segala amalan sama ada baik atau buruk untuk diberikan segala balasan pahala atau siksaan dan disana juga adanya sirat al-mistaqim, syurga dan neraka.



..::UMM..APAKAH KEISTIMEWAAN AQIDAH ISLAM?::..

Aqidah Islam itu mempunyai keistimewaannya yang tersendiri yang mana ia membuktikan kesucian dan keluhurannya :

  1. Aqidah yang menyeluruh

Gambar Hiasan

Aqidah Islam adalah aqidah yang menyeluruh yang merangkumi kedua-dua unsur kejadian manusia : jasmnai dan rohani. Ia tidak menerima perubahn dan perkembangan, tidak ada permulaan dan akhiran dan mengakui persambungan atau kelangsungan kehidupan selepas mati iaitu kehidupan akhirat.

  1. Aqidah yang kekal

Aqidah Islam kekal kerana tidak berubah disebabkan perubahan keadaan dan zaman. Ini berbeza dengan ideology yang berasaskan dasar yang lemah dan luntur. Contohnya, ideology yang berasaskan kebendaan dan perkauman yang menjadikan kebendaan dan perkauman sebagai asas dan dasar kehidupan.

  1. Aqidah yang sesuai sepanjang masa

Aqidah Islam yang bersifat kekal sesuai sepanjang masa.

  1. Aqidah Islam aqidah yang praktikal

Aqidah Islam bukan hanya bersifat aqliyah yang dapat diterima oleh aqal tetapi juga pada waktu yang sama adalah bersifat nafsiyyah atau kejiwaan dan amaliah. Keimanan kepada Allah dan Hari Akhirat bukan hanya satu teori benar yang boleh dibincangkan tetapi yang telah bertapak dan sebati di dalam hati. Aqidah yang sedemikian akan menjadi penggerak untuk membebasakan dan menyelamatkan umat manusia.

  1. Aqidah Islam penyusun nilai hidup


Gambar Hiasan

..::APAKAH PULA PERBEZAAN AQIDAH DAN IDEOLOGI::..

Aqidah dan ideologi adalah kepercayaan ataupun fahaman yang amat berbeza.

IDEOLOGI:
Ideologi merupakan kepercayaan dan dasar hidup yang bersumberkan selain al-Quran dan Hadith dan meninggalkan kesan yang kepada manusia sama ada disedari atau tidak.

Umat islam perlu kenal dan tahu perbezaan kedua-duanya agar tidak terjebak ke kancah yang tidak diredhai Allah s.w.t.

Cantiknya aqidah itu kerana :-

-Aqidah Islam yang datang dari Allah pasti sempurna. Allah sebagai pencipta makhluk sudah tentu lebih mengetahui apa yang terbaik untuk makhluk ciptaanNya. 

-Aqidah Islam sesuai bagi setiap masa dan tempat kerana ia bersandarkan kepada asas yang tepat iaitu al-Quran dan Hadith. Ia tidak berubah walau apapun melanda dan tidak bertukar kerana peredaran zaman. 


Hodohnya Ideologi ini pada banyak aspek:-

- Ideologi mudah berubah dan bertukar mengikut hawa nafsu manusia itu sendiri. Sebagai contoh, ideologi nasionalisme kepercayaan tidak sesuai untuk pegangan hidup seluruh umat manusia.

- Ideologi ciptaan manusia yang mempunyai banyak kekurangan pasti dilingkungi banyak kelemahan. 

-Ideologi juga tidak merangkumi seluruh aspek kehidupan manusia (politik, ekonomi, pendidikan, akhlak dll). Contohnya komunisme dan kapitalisme yang hanya menjurus kepada bidang ekonomi.

-Ideologi tidak mampu menjadi penyelamat umat berbanding dengan aqidah Islam. Terdapat ideologi yang menjaga kepentingan pemerintah dan taasub perkauman sehingga berlakunya penindasan terhadap sesama manusia serta terbukti di dalam sejarah berlakunya pergaduhan di kalangan umat manusia.





Sekian dulu buat 'entry' kali ini sahabat sekalian,kalau ada kecacatan fakta tolong bagitau saya samada dalam komen atau FB saya,Salam Eidulfitri ikhlas dari Rojulullah:D



..::tak habis lagi,tekan 'Read more', kalau dah baca sampai-sampaikanlah,,syukran::..

2 comments:

guest said...

rajin nyee bloggingg..

RojuluLLAH said...

Alhamdulillah,banyak masa terluang,jdi ade la post yg nk diberi..Terima Kasih atas sokongan:D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...