TERIMA KASIH KERANA DATANG KE LAMAN KAMI

Sunday, August 28, 2011

Amalan-amalan sunat Di Eidulfitri


Assalamualaikum w.b.t
Salam Ramadhan kepada semua
Disebabkan jadual aktiviti yang padat,
RojuluLLAH terpaksa menghentikan aktiviti meng'post' di blog ni
pada post kali ini RojuluLLAH ingin menyentuh sedikit
berkenaan amalan-aman sunat ketika menyambut Aidulfitri.....






Pastikan kita melakukan paling kurang 1 daripadanya :
1. Memastikan menyempurnakan zakat fitrah bagi diri sendiri dan tanggungan. Allah Taala berfirman dalam surah At-Taubah ayat 103 yang bermaksud : “Ambillah zakat dari kekayaan mereka untuk membersihkan dan mensucikan mereka dengannya dan berdoalah untuk mereka, sesungguhnya doamu mendatangkan ketenteraman bagi mereka dan (ingatlah) Allah maha mendengar lagi maha mengetahui”
Jumhur ulamak menyatakan bahawa waktu bagi menunaikan zakat fitrah terbahagi kepada lima iaitu:
a. Waktu Harus : Menunaikan zakat pada awal bulan ramadhan
b. Waktu Wajib : Menunaikan zakat fitrah mulai terbenam matahari pada akhir ramadhan
c. Waktu Afdal : Menunaikan zakat fitrah sebelum menunaikan solat hari raya
d. Waktu Makruh : Menunaikan zakat fitrah selepas solat hari raya tanpa keuzuran
e. Waktu Haram : Menunaikan zakat fitrah selepas hari raya tanpa keuzuran

2. Memperbanyakkan amalan sunat pada malam hari raya. Ingatlah empat
malam istimewa seorang hamba beribadah kepada Allah. Allah akan melipatgandakan ganjaran pahalanya, apabila memohon taubat diampunkan dosanya dan apabila berdoa dimakbulkan doanya iaitu malam Nifsu Syaaban, malam pertama ‘Idul Fitri, malam pertama ‘Idul Adha dan malam Arafah.

3. Memperbanyakkan bertakbir, bertahmid dan bertahlil kepada Allah. Lazimilah mulut kita dengan kalimah Takbir ‘Idul Fitri.

4. Menghiaskan diri dan tempat agar kelihatan bersih dan indah.

5. Mandi sunat Idul Fitri pada pagi hari raya dengan niat : “Sahaja Aku Mandii Sunat Idul Fitri Kerana Allah Taala”

6. Memakai pakaian yang baru/bersih sebagai tanda kesyukuran ke hadrat Allah Taala

7. Mengelakkan pembaziran ketika menyambut hari raya dengan persiapan yang sederhana.

8. Memakai wangi-wangian pada pagi hari raya.(lelaki sahaja,wanita tidak di galakkan)

9. Menjamah makanan sebelum menuju ke surau atau masjid. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud : “Daripada Buraidah, berkata ia, adalah Rasulullah SAW tidak keluar rumah pada hari raya fitrah kecuali selepas ia makan dan ia tidak makan pada hari raya adha kecuali selepas kembali ke rumah”

10. Memohon keampunan dan bermaafan-maafan dengan ibubapa, suami isteri, anak-anak, saudara mara, jiran tetangga dan sebagainya.

11. Disunatkan pergi dan balik ke masjid menggunakan jalan yang berlainan dan lebih afdal berjalan kaki jika ia tidak terlalu jauh. Rasulullah SAW bersabda yang beremaksud : “ Dari Abi Hurairah, berkata ia, adalah Nabi SAW keluar pada hari raya dan kembali dengan jalan yang lain dari jalan ia keluar daripadanya”(antara sebabnya agar kita dapat berjumpa dengan ramai orang serta boleh mengucapkan "تقبل الله منا ومنك" kepada mereka)

12. Menunaikan solat sunat hari raya dan mendengar khutbah dengan penuh penghayatan

13. Ziarah menziarahi kaum keluarga, sahabat handai, jiran tetangga dan sebagainya. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud : “Hubungkanlah silaturahim ke atas mereka yang telah memutuskan hubungan dengan kamu dan berbuat baiklah ke atas sesiapa yang berbuat kejahatan terhadap kamu”

14. Bersedekah kepada mereka yang memerlukan. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya sedekah seorang Muslim itu menyebabkan dipanjangkan umur, mengelak mati dalam kehinaan, menghilangkan perasaan takabbur dan bangga diri (Riwayat Tabrani)

15. Mengelak sambutan hari raya daripada perkara yang ditegah oleh syarak seperti pesta hiburan melampau, pergaulan bebas tanpa batas seperti menonton wayang, menganggu ketenteraman awam dengan merempit dan lain-lain lagi.(jadi mana-mana media prima tolong lah sangat2 menjaga hal ini)

Sesunguhnya hari raya adalah hari kegembiraan umat Islam. Janganlah kita rosakkan tarbiah Ramadhan selama sebulan dengan perkara-perkara maksiat.

Bukanlah juga tabiat umat Islam yang mengganggu ketenteraman saudaranya yang lain termasuk jiran tetangga dengan dentuman meriam atau bakaran mercun hingga mengejutkan anak-anak kecil yang sedang tidur. Manakala muda –mudinya merempit di jalan-jalan kawasan taman atau kampung yang menjadikan kawasan itu hingar bingar serta membahayakan nyawa pengguna yang lain.





Sebelum itu mari kita membaca ini :
Sunat-sunat di malam Eidulfitri


Di dalam Sunan Al-Baihaqi pada bab Ibadat pada malam 2 hari raya, dinukilkan;
أَخْبَرَنَا مُحَمَّدُ بْنُ مُوسَى بْنِ الْفَضْلِ حَدَّثَنَا أَبُو الْعَبَّاسِ الأَصَمُّ أَخْبَرَنَا الرَّبِيعُ أَخْبَرَنَا الشَّافِعِىُّ أَخْبَرَنَا
إِبْرَاهِيمُ بْنُ مُحَمَّدٍ قَالَ قَالَ ثَوْرُبْنُ يَزِيدَ عَنْ خَالِدِ بْنِ مَعْدَانَ عَنْ أَبِى الدَّرْدَاءِ قَالَ : مَنْ قَامَ لَيْلَتَىِ الْعِيدِ لِلَّهِ مُحْتَسِبًا لَمْ يَمُتْ قَلْبُهُ حِينَ تَمُوتُ الْقُلُوبُ. {ش} قَالَالشَّافِعِىُّ : وَبَلَغَنَا أَنَّهُ كَانَ يُقَالُ : إِنَّ الدُّعَاءَ يُسْتَجَابُ فِى خَمْسِ لَيَالٍ فِى لَيْلَةِ الْجُمُعَةِ وَلَيْلَةِ الأَضْحَى وَلَيْلَةِ الْفِطْرِ وَأَوَّلِ لَيْلَةِ مِنْرَجَبٍ وَلَيْلَةِ النِّصْفِ مِنْ شَعْبَانَ.
Maksudnya: Daripada Abu Darda’ beliau berkata: Sesiapa yang menbangunkan 2 malam raya, tidak mengharapkan apa-apa kecuali Allah, nescaya tidak akan mati hatinya ketika matinya kesemua hati.
Berkata Imam Syafie: Terdapat riwayat yang mengatakan Abu Darda’ berkata:Sesungguhnya doa mustajab pada 5 malam; malam jumaat, malam hari raya adha, malam raya fitri, malam pertama rejab dan malam nisfu syaaban.
2) Riwayat di dalam Kitab Syuabul Iman;
و مما أنبأني أبو عبد الله الحافظ إجازة و رواه عنه الإمام أبو عثمان
إسماعيل بن عبد الرحمن الصابوني أنا أبو عبد الله محمدبن علي بن عبد الحميد نا
إسحاق بن إبراهيم أنا عبد الرزاق أخبرني من سمع ابن البيلماني يحدث عن أبيه عن ابن عمر قال:
خمس ليال لا يرد فيهن الدعاء ليلة الجمعة و أول ليلة من رجب و ليلة النصف من شعبان و ليلتا العيد
Maksudnya: Daripada Ibn Umar beliau berkata: Lima malam tidak akan ditolak doa permintaan. Malam Jumaat, malam pertama dari Rejab, malam Nisfu Syaaban dan dua malam raya (fitri dan adha).
Berkata Imam Manawi di dalam Faidul Qadir: Sunat menghidupkan kelima-lima malam tersebut. Para salaf sentiasa melakukan perbuatan tersebut.
CARA MENGHIDUPKAN MALAM TERSEBUT
1) Imam Nawawi menyebut di dalam Kitab Azkar;
يستحب إحياء ليلتي العيد بالذكر والصلاة وغيرهما فإنه وإن كان ضعيفا لكن أحاديث الفضائل يتسامح فيها قال : والظاهر أنه لايحصل الإحياء إلا بمعظم الليل
Maksudnya: Disunatkan untuk menghidupkan kedua-dua malam hari raya (Fitri dan Adha) dengan zikir, solat dan selain keduanya. Walaupun hadis berkenaan menghidupkan malam tersebut kedudukannya lemah akan tetapi hadis-hadis berkenaan amalan yang mempunyai kelebihan tertentu diberi kelonggaran untuk berpegang dengannya.
Berkata Imam Nawawi: Secara zahir dapat difahami tidak dikatakan menghidupkan malam kecuali dengan dibangunkan sebahagian besar daripada malam tersebut.
2) Di dalam kitab Al-Imdad’;
وفي الامداد: ويحصل القيام بالصلاة نفلا فرادى من غير عدد مخصوص، وبقراءة القرآن، والاحاديث وسماعها، وبالتسبيحوالثناء، والصلاة والسلام على النبي (ص) الحاصل ذلك في معظم الليل
Maksudnya: Maksud mendirikan malam adalah dengan melaksanakan solat sunat secara sendirian tanpa bilangan rakaat tertentu, dengan membaca Al-Quran, membaca hadis dan memperdengarkannya, dengan bertasbih dan memuji Allah, dengan berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad yang kesemuanya dilakukan pada sebahagian besar daripada malam hari tersebut.
3) Daripada Ibn Abbas;
عن ابن عباس رضي الله عنهما بصلاة العشاء جماعة، والعزم على صلاة الصبح جماعة، كما قالوه في إحياء ليلتي العيدين
وفي صحيح مسلم قال رسول الله (ص) من صلى العشاء في جماعة فكأنما قام نصف الليل، ومن صلى الصبح في جماعة فكأنماقام الليل كله
Maksudnya: Membangunkan malam dengan solat Isyak secara berjamaah dan berazam untuk melaksanakan solat subuh secara berjemaah. Di dalam Sahih Muslim Baginda Nabi bersabda: Sesiapa yang melaksanakan solat Isyak secara berjemaah seolah-olah dia telah membangunkan separuh malam. Sesiapa yang solat subuh secara berjemaah, seolah-olah membangunkan keseluruhan malam.
P/s: Amalan-amalan sunat ini afdhal nya dibuat secara bersendirian. Di dalam kitab Al-Hawi al-Qudsi: makruh berhimpun di masjid untuk membangunkan malam tersebut.

Daripada kita sibuk membakar lemang dan ketupat, menghias rumah sampai penat, shopping di baazar, tesco, giant, carrefour dan kedai Pak Mat....Apa kata kita ubah sikit malam raya tahun ini dengan beribadat....Moga kita dapat kembali kepada fitrah dan beroleh rahmat!!InsyaAllah


..::tak habis lagi,tekan 'Read more', kalau dah baca sampai-sampaikanlah,,syukran::..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...