Assalamualaikum w.b.t
Salam Eidulfitri buat semua kenalan..
moga-moga Allah memberi kita kekuatan untuk menghadapi semula godaan syaitan
...jangan lupa puasa enam hari yang mana pahalanya sama
seperti puasa satu tahun InsyaAllah..(senyum selalu)
Pada 'entry' kali ini RojuluLLAH ingin membawa anda kesuatu perkara yang sangat-sangat kita tidak ambil kisah,iaitu sebuah hadith Rasulullah yang menyebut tentang sejahat-jahat pencuri.
Siapakah dia sejahat-jahat pencuri itu??adakah orang yang mencuri selipar di masjid?adakah mereka yang merompak Bank yang hasilnya bernilai berjuta-juta?Jawapannya tidak.Bahkan Rasulullah bersabda di dalam hadith daripada kitab karangan Imam Malik iaitu Muwatto'.
Hadith riwayat daripada Yahya Bin Said dari Nu'man Bin Murrah Al-Ansari katanya bahawa Rasulullah s.a.w berceramah dan didalam ceramah baginda membuat soalan :
"Apa pandangan kamu mengenai orang yang minum arak,mencuri dan berzina?"Jawab para sahabat :"Hanya Allah dan Rasulnya mengetahui."
Jelas Nabi pula: "Kesemua itu adalah perbuatan keji dan baginya ada U'qubah(pembalasan).Seburuk-buruk pencuri itu ialah orang yang mencuri didalam solatnya."
Para sahabat bertanya pula:"bagaimana orang yang mencuri dalam solatnya?"
Jawab Nabi s.a.w :"Bahawa orang yang mencuri dalam solatnya itu ialah mereka yang tidak sempurna ruku'nya dan juga sujudnya."
Bagaimana agaknya dikatakan mencuri didalam
ruku' dan sujud itu??
Jawapanya:
Nabi s.a.w menjelaskan bahawa mereka yang tidak sempurna RUKU' dan SUJUDnya.Yang mana ia bermaksud solat yang terlalu pantas sehingga tulang belakang masih dalam keadaan bergerak(tidak statik) tetapi sudah berpindah ke rukun yang lain.Inilah dinamakan mencuri dalam solat itu.
Di dalam hadith yang lain menerangkan mafhumnya : "Apabila kamu ruku' hendaklah kamu benar-benar mengagungkan Tuhan,apabila kamu bersujud hendaklah kamu memanjatkan doa dan kamu berharap supaya doa kamu di mustajabkan oleh Allah."
Justeru itu hendaklah kita beringat dan sama-sama mengingati sesama kita bahawa kita hendaklah menyempurnakan solat kita dengan sesempurnanya kerana Allah tidak akan terima solat-solat hambanya yang main-main.Umpama jika seorang pelajar memohon sesebuah Universiti dengan hanya menghantar salinan dokumen tanpa sebarang pengesahan daripada pihak-pihak tertentu,begitu juga Allah kerana Allah merupaka Tuha pentadbir seluruh alam.
Oleh itu ayuh sama-sama kita meningkatkan prestasi ibadah kita kepada Allah A'zzawajalla.Sekian wassalam dan Salam Eidulfitri Maaf Zahir Batin :)
p/s:Dipetik dari buku karangan Tok Guru Nik Aziz "Janji-Janji Allah"
No comments:
Post a Comment