TERIMA KASIH KERANA DATANG KE LAMAN KAMI

Sunday, January 1, 2012

(Kisah 8) Khutbah Di Masjid





Gambar Hiasan 1



    Suatu ketika masyarakat di kampung meminta Nasruddin menjadi penyampai khutbah di masjid setiap hari Jumaat. Rupanya tugas itu terlalu berat baginya dan dia sentiasa mencari helah untuk menghindari berkhutbah setiap Jumaat.

   Pada suatu hari Jumaat dia mempunyai suatu idea yang bagus. Ketika dia tampil diatas mimbar dan akan menyampaikan khutbahnya, dia berkata dengan suara yang keras. 

"Saudara-saudara, apakah saudara-saudara sudah mengetahui apa yang akan saya sampaikan dalam khutbah Jumaat hari ini?"

Para jemaah yang tentu sahaja terkejut(dengan suara keras khatib), segera menjawab,

"Belum, kami belum tahu"


Dengan tenang Nasruddin berkata, 

"Nah, kalau saudara belum tahu apa-apa mengenai hal yang begini penting, saya kira akan membuang-buang waktu saja bagi saya untuk berbicara mengenainya"

Selepas berbicara begitu, Nasruddin dengan tanpa rasa bersalah turun dari mimbar dan tidak jadi memberi khutbah.

    Hari Jumaat berikutnya dia tampil lagi di atas mimbar dan mengemukakan pertanyaan yang sama seperti Jumaat sebelumnya.

"Apakah saudara-saudara tahu mengenai hal yang akan saya bicarakan hari ini?"

Kali ini para jemaah berfikir dan mereka teringat apa yang terjadi seminggu sebelumnya, jadi dengan serentak mereka menjawab,

"Ya! Kami sudah tahu!"

Nasruddin pun berkata kepada mereka,

"Hah, kalau kamu semua sudah tahu apa yang akan saya sampaikan, saya kira akan membuang-buang masa sahaja memberi khutbah di sini sekarang."

Seperti juga minggu yang sebelumnya, kemudian dia turun dair mimbar tanpa memberikan khutbah Jumaat.

Pada hari Jumaat ketiga, Nasruddin kembali lagi di mimbar dengan pertanyaan yang sama,

"Apakah saudara-saudara tahu apa yang akan saya khutbahkan?"

Kali ini jemaah agak bingung, ada yang menjawab "Ya" dan ada yang menjawab "Tidak"


Gambar Hiasan 2

"Baiklah", kata Nasruddin, "Beberapa di antara saudara-saudara tahu apa yang akan saya sampaikan, manakala yang lain pula tidak tahu, jadi lebih baik yang tidak tahu itu bertanya kepada yang tahu"

Selepas berbicara begitu, Nasruddin pun turun dari mimbar tanpa memberi khutbah sama sekali.

(p/s: Nasib baik kat Malaysia tidak ada khatib macam ini, kah200x)

..::tak habis lagi,tekan 'Read more', kalau dah baca sampai-sampaikanlah,,syukran::..

1 comment:

HakimiSalleh said...

sabry oppa terima kasih la sudi singgah2 kat sni, ambe ni dh lama xupdate blog, nnt ade pulang n ruang ambe jalan2 kat blog sabry yah, thanks

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...