Assalamualaikum w.b.t
Salam lebaran Rojulullah ucapkan kepada sahabat2 sidang pembaca sekalian
moga-moga ibadah kita di bulan Ramadhan diterima dan diteruskan di bulan-bulan lain
Amin.
Disini Rojulullah ingin mengupas tentang perkara paling asas didalam ISLAM iaitu AQIDAH(sejajar dengan kos pengajian Rojulullah di Universiti,hehe) seperti kata Imam Al-Ghazali(kalau tak silap) "Awal-awal didalam agama ialah mengenali Allah".
Sebelum kita mula ayuh kita kenal dahulu apakah yang di katakan sebagai 'AKIDAH' itu....
..::MAKSUD AQIDAH APA HUH?::..
‘Aqidah berasal dari perkataan arab ‘AQADA’(عقد) yang bermaksud ikatan atau simpulan. Biasanya ikatan atau simpulan ini berlaku pada benda yang dapat dirasai seperti tali. Tetapi perkataan ini juga digunakan pada suatu yang ma’nawi. Dari maksud ini lahirlah perkataan aqidah iaitu ikatan atau simpulan ma’nawi yang terkhusus di dalam kepercayaan. ‘Aqidah boleh difahami sebagai kepercayaan yang terikat kuat dan tersimpul erat dalam hati terhadapsesuatu perkara yang benar dan hak sehingga tidak mungkin tercerai atau terurai.
Fahaman praktikalnya – ‘aqidah merupakan perjanjian keimanan yang kuat di antara manusia dengna penciptanya. ‘Aqidah Islam sahajalah yang benar dan betul, manakala yang laian adalah palsu dan batil. Konsep ‘aqidah yang sebenarnya seperti yang dijelaskan inilah yang di istilahkan oleh Islam sebagai iman.(Kalau kurang faham boleh tanya Rojulullah,TQ)
..::APAKAH UNSUR-UNSUR PEMBENTUKAN AQIDAH?::..
Sarjana Islam berpendapat bahawa unsur-unsur pembentukan aqidah terdiri daripada:
Gambar Hiasan |
- Unsur ‘aqal atau pemikiran
- Unsur iradah atau daya pemilihan
- Unsur wujdan atau perasaan
Ketiga-tiga unsur ini saling bertalian erat dan kuat. Kesempurnaan aqidah adalah daripada keutuhan dan keteguhan simpulannya dalam jiwa. Keutuhan dan keteguhannya pula tidak wujud melainkan ia terbentuk dari jalinan yang erat antara ketiga-tiga aspek penting ini yang juga merupakan tiga daya kekuatan dalam diri manusia. Melalui proses ketiga-tiga unsur tadi yang terjalin dan searah jalan tanpa ada pertentangan; iaitu pembuktian dan kelojikan akal; kerelaan hati serta kehangatan perasaan dapat melahirkan aqidah yang sempurna yang akan membentuk kesempurnaan peribadi atau syahsiahnya dan menjadi kompas pengarah atau pembentukan corak dan warna hidupnya sama ada dalam linkungan individu, mahupun dalam linkungan keluarga ataupun dalam lingkungan kemsyarakatan yang lebih besar.
Hakikatnya ciri-ciri aqidah tidak memadai hanya berada di atas permukaan aqal atau intelek, demikian juga tidak cukup berada di paras penerimaan dan pengakuan sahaja tetapi perlu mengisi dan menyerapi setiap ruang diri dan jiwanya sehingga sebati dengan perasaan dan sentiment ynag sihat.