TERIMA KASIH KERANA DATANG KE LAMAN KAMI

Friday, September 2, 2011

(Kisah 3)Sang Profesor Dan Orang Desa


Assalamualaikum w.b.t
sekarang kita tengok apa jadah prof  dengan orang kampung ni....hehe

Pada suatu hari,seorang profesor berkunjung ke Desa Kayseri.Profesor itu sangant terkenal di seluruh negeri, kononnya menguasai pelbagai ilmu dengan sempurna. Namun ada seorang lelaki desa yang meragukan ilmunya,dia ingin menguji kehebatan sang profesor.

Didatanginya profesor itu lalu katanya, "Tuan profesor, saya akan mengajukan satu soalan kepada tuan.Kalau tuan tidak dapat menjawab, tuan harus membayar saya sepuluh lira. Kemudian tuan boleh mengaju satu soalan kepada saya, kalau saya tidak dapat menjawab, saya akan membayar tuan satu lira. Syarat itu cukup adil, memandangkan tuan seorang yang terpelajar dan ahli pelbagai ilmu, sedangkan saya ini tidak berpendidikan dan bukan profesor."




Mendengar cabaran itu, sang profesor berfikir sejenak lalu menyutujui hasrat lelaki itu. Lelaki desa itu pun tersenyum dan mengajukan pertanyaanya, " Makhluk apakah yang mempunyai tiga kaki?"

Kembali sang profesor berfikir, kali ini agak lama.Akhirnya au menyerah kalah seraya katanya, "Aku tidak tahu," lalu diberikannya wang sepuluh lira kepada lelaki desa itu.Orang ramai yang berkerumun menonton 'Pertandinga' itu pun ikut berfikir namun tidak dapat juga menemukan jawapannya.Seterusnya tibalah giliran profesor untuk mengajukan satu soalan.

"Nah sekarang giliranku bertanya. Makhluk apakah itu yang berkaki tiga?"

"Saya pun tidak tahu, profesor," kata lelaki itu sambil segera menyerahkan kembali wang satu lira sedangkan yang sembilan lira lagi ia masukkan ke poketnya.


Orang ramai yang menyaksikan peristiwa itu saling memandang di antara mereka dengan suara ketawa yang terkekeh-kekeh.

...Lucu tak?
sekian wassalam

..::tak habis lagi,tekan 'Read more', kalau dah baca sampai-sampaikanlah,,syukran::..

1 comment:

ghaisa online said...

nice joke !!! hahahhaha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...