TERIMA KASIH KERANA DATANG KE LAMAN KAMI

Tuesday, June 5, 2012

IDEOLOGI(Part3)









Salam sejahtera atas kalian,
rojulullah mohon maaf atas kurang mengpost entri
atas sebab yang tidak dapat di elakkan
kini kita sambung daripada entri IDEOLOGI(Part2)

Sebelum ni kita sudah tahu secara ringkas dan mudah apa yang dimaksudkan dengan golongan 'isme' serta kita didedahkan sedikit tentang isme Sekular dan isme Nasional, sini dalam bahagian ketiga rojulullah akan mengupas secara ringkas berkenaan beberapa ideologi atau isme-isme yang lainnya.



::KAPITALISME::




Istilah kapitalisme sering digunakan untuk memberi pengertian tentang bentuk pembangunan ekonomi yang bebas memiliki kebendaan secara peribadi dan juga bebas mencari keuntungan. Mereka juga bebas untuk melakukan persaingan dalam usaha, juga untuk merebut pasaran.



Untuk mencapai masyarakat yang sejahtera, menurut keyakinan kapitalis perlu ditubuhkan ekonomi bebas. Dalam hai ini, setiap orang bebas memiliki harta benda. Pemilikan harta benda yang sebegini mendorong menumpukan modal besar-besaran tanpa batas.

Kaum pembela kapitalis, berkeyakinan bahawa hukum-hukum ekonomi politik yang sewajarnya didasarkan pada prinsip-prinsip umum, pasti akan menjamin kebahagiaan masyarakat dan menjaga keseimbangan ekonomi di dalamnya. Kepentingan peribadi merupakan asas yang paling penting untuk menjamin kepentingan sosial masyarakat. Menurut fahaman kapitalis, kebebasan agama adalah kebebasan peribadi yang bersifat doktrin dan bukan suatu cara hidup yang sesuai untuk semua manusia.





..::tak habis lagi,tekan 'Read more', kalau dah baca sampai-sampaikanlah,,syukran::..

Saturday, April 21, 2012

IDEOLOGI(Part 2)







Assalamualaikum w.b.t
sambungan daripada IDEOLOGI(Part 1)


..::SEKULARISME::..

Pengertian :

Fahaman sekular atau sekularisme berasal dari bahasa Inggeris dipetik dari perkataan sekular yang bermaksud ‘ berkaitan dengan keduniaan dan tidak berkaitan dengan keagamaan’. Bagi orang Barat, mereka faham bahawa sekular bererti memisahkan agama (kristian)  dari kerajaan dan pemerintahan. Pihak gereja tidak masuk campur dalam urusan pemerintahan dan keduniaan.

Kamus Dewan menyebut sekular bermaksud berkaitan dengan keduniaan atau tidak berkaitan dengan keagamaan. Jika disebut pendidikan sekular ia bermaksud pendidikan yang bukan berkaitan dengan agama.

Manakala sekularisme bermaksud satu fahaman atau doktrin atau pendirian atau sebagainya yang menolak atau memisahkan agama atau ciri-ciri keagamaan daripada urusan-urusan yang tidak bersangkutan dengan agama seperti urusan pentadbiran awam dan lain-lain yang tidak ada kaitan dengan agama.







..::tak habis lagi,tekan 'Read more', kalau dah baca sampai-sampaikanlah,,syukran::..

Friday, April 20, 2012

IDEOLOGI(Part 1)






Assalamualaikum w.b.t

Pada entry kali ini Rojulullah berminat untuk kongsi dengan sahabat-sahabat sekalian berkenaan dengan 'IDEOLOGI'. Pada entry kali ini Rojulullah akan menerangkan dulu pengertian IDEOLOGI serta mengetengahkan salah satu IDEOLOGI yang biasa kita dengar dan mungkin kita tidak pernah ambil tahu tentang ia. Selamat membaca.



..::MAKSUD IDEOLOGI DAN PENGARUHNYA KE ATAS UMAT ISLAM::..

Istilah ‘ideologi’ dibentuk daripada kata ‘ideo’ yang bererti pemikiran, khayalan, konsep, keyakinan dan sebagainya, manakala kata ‘logi’ bermakna logik, ilmu atau pengetahuan. Kedua-dua kata tadi digabungkan dan menghasilkan maksud sebagai ilmu tentang keyakinan-keyakinan dan gagasan. Dalam konteks ini ideologi mengandungi keyakinan dan gagasan yang ditaati oleh suatu kelompok, suatu kelas sosial, suatu bangsa atau suatu ras tertentu.

Terdapat juga definisi daripada William James yang menyatakan bahawa ideologi adalah “man’s total view or thought about life” yakni pandangan dan pemikiran manusia tentang hidup dan kehidupan.

Apapun pengertian yang diberikan kepada ideologi, jelasnya ia adalah hasil pemikiran manusia. Ia turut memberi kesan besar dalam kehidupan umat Islam sekarang. Umat Islam hari ini kebanyakannya sudah tidak mengamalkan Islam sepenuhnya dalam kehidupan mereka. Mereka hanya memandang Islam dari sudut ibadah khusus semata-mata seperti solat, puasa, zakat dan sebagainya. Tidak tergambar lagi pada pemikiran mereka bahawa Islam itu mencakupi seluruh kehidupan mereka bermula dari bangun tidur pagi dan lelap semula pada malam hari. Inilah akibat daripada pengaruh ideologi ke atas kehidupan umat Islam.


..::CIRI DAN SUMBER IDEOLOGI SERTA PERBEZAAN DENGAN ISLAM:::..

Antara ciri-ciri ideologi adalah ia bersumberkan akal manusia, tidak kekal, dan memihak kepada golongan tertentu. Ciri-ciri ini jelas membezakannya dengan Islam. Islam datang dari sumber Ilahi pencipta manusia manakala ideologi hanyalah hasil pemikiran dan pemerhatian manusia. Maka sudah pasti terdapat banyak kelemahan pada ideologi ini kerana pemikiran manusia adalah terbatas tidak dapat menjangkaui apa yang berlaku pada masa lepas dan masa depan.

Islam bersifat kekal pada dasar dan matlamatnya sejak dari zaman Nabi Adam hingga hari kiamat. Ideologi-ideologi manusia sering berubah-ubah mengikut zaman. Pada suatu ketika manusia mengagungkan dasar-dasar komunisme. Apabila ia runtuh manusia beralih kepada dasar kapitalisme kemudian sekularisme dan banyak lagi. Ideologi-ideologi ini sentiasa berubah, ada masa gemilangnya dan ada masa keruntuhannya yang membuatkan manusia berubah haluannya.

Salah satu daripada ciri Islam adalah ‘alamiah iaitu sejagat. Ia merangkumi kepentingan semua pihak tidak kira tua, muda, miskin, kaya dan sebagainya. Ini berbeza dengan ideologi yang melebihkan golongan tertentu. Sistem kapitalisme melebihkan keuntungan golongan berada dan menindas golongan miskin. Sistem feudal pula melebihkan golongan atasan daripada golongan bawahan. Nasionalisme pula menyebabkan wujudnya jurang antara satu-satu bangsa mengikut tanah air mereka. kesemua ini menumjukkan kepincangan sesebuah ideologi.



..::tak habis lagi,tekan 'Read more', kalau dah baca sampai-sampaikanlah,,syukran::..

Sunday, January 1, 2012

(Kisah 8) Khutbah Di Masjid





Gambar Hiasan 1



    Suatu ketika masyarakat di kampung meminta Nasruddin menjadi penyampai khutbah di masjid setiap hari Jumaat. Rupanya tugas itu terlalu berat baginya dan dia sentiasa mencari helah untuk menghindari berkhutbah setiap Jumaat.

   Pada suatu hari Jumaat dia mempunyai suatu idea yang bagus. Ketika dia tampil diatas mimbar dan akan menyampaikan khutbahnya, dia berkata dengan suara yang keras. 

"Saudara-saudara, apakah saudara-saudara sudah mengetahui apa yang akan saya sampaikan dalam khutbah Jumaat hari ini?"

Para jemaah yang tentu sahaja terkejut(dengan suara keras khatib), segera menjawab,

"Belum, kami belum tahu"


..::tak habis lagi,tekan 'Read more', kalau dah baca sampai-sampaikanlah,,syukran::..

Kenali Ajaran Qadiani (Last Part)






Kupasaan terakhir Rojulullah berkenaan
dengan Ajaran Ahmadiyah(Qadiani)
baca Kenali Ajaran Qadiani (Part2)
&
Kenali Ajaran Qadiani (Part 1)
dahulu untuk fakta lengkap.

Dengan lafaz Bismillahirrahmanirahim...



..:: DAKWAAN-DAKWAAN LAIN MIRZA::..


Dakwaan-dakwaan lain yang dilakukan oleh Mirza Ghulam Ahmad , antaranya ialah:

1. Para Nabi Menyaksikan dirinya
Dalam bukunya 'Maktub Ahmad' halaman 62 , Mirza mendakwa:

"Nabi Allah Saleh telah menyaksikan kebenaran saya sebelum saya melahirkan seruan saya. Saya adalah Isa Al-Masih yang akan datang. Beliau menyebut nama saya serta nama kampung saya".

2. Malaikat Sebagai Pancaindera Tuhan

Dalam buku ' Hamamah Al-Busyra ' halaman 98, Mirza menegaskan:
"Lihatlah pada malikat-malaikat itu bagaimana Allah menjadikan mereka itu sebagai pancainderanya".


3. Ibadat Haji Di Qadian
Orang-orang Qadiani menganggap bahawa daerah Qadian adalah merupakan salah satu daripada tiga tempat suci disebutkan iaitu Makkah, Madinah dan Qadian. Harian 'Al-Fadhl' bilangan 1848, Jilid 10 Disember 1912 menyebut:

"Sesiapa yang menziarahi menara putih Al-Masih yang dijanjikan (Mirza) akan diberikan berkat yang hanya ditentukan kepada menara hijau Nabi di Madinah Al-Munawwarah. Alangkah menderitanya orang yang menghalang dirinya daripada menikmati Haji Akbar di Qadian".

 Dalam Harian 'Al-Fadhl' Jilid 20 bilangan 23 ada disebutkan katanya:

 "Apa yang dimaksudkan dengan Masjid Al-Haram ialah Masjid Qadian. Andainya daerah Qadian menyamai Tanah Suci malah mungkin lebih utama daripadanya, maka menziarahinya adalah menyamai fardhu haji dan mungkin melebihi daripadanya". 

Dalam 'Bigam Sulhi' Jilid 21 bilangan 22, lidah rasmi 'Cawangan Lahore' menyebut:

 "Menunaikan haji di Makkah tanpa melakukan haji di Qadian adalah haji kering dan kosong kerana menunaikan haji di Makkah hari ini tidak memenuhi risalah dan tidak menunaikan fardhunya". 



..::tak habis lagi,tekan 'Read more', kalau dah baca sampai-sampaikanlah,,syukran::..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...