TERIMA KASIH KERANA DATANG KE LAMAN KAMI

Sunday, December 4, 2011

(Kisah7) Aku Sudah Mati


    Suatu hari Nasruddin berfikir lama sekali. Dia berfikir bagaimana caranya hendak mengetahui bahawa dia masih hidup atau sudah mati. Mengetahui perkara tersebut oleh isterinya pun mengatakan padanya "bodoh". "Jika kamu mati, sudah pasti anggota-anggota badanmu akan kaku," katanya pada suaminya.

    Sesudah itu Nasruddin segera pergi ke hutan bagi mencari kayu bakar kerana hari semakin menghampiri malamnya. Waktu itu musim sejuk melanda negeri mereka. Tiba-tiba dia merasakan bahawa tangan dan kakinya kesejukan dan kaku kerana pakaian yang dipakai belum cukup mengbahangkan diri Nasruddin.


Gambar hiasan

..::tak habis lagi,tekan 'Read more', kalau dah baca sampai-sampaikanlah,,syukran::..

Saturday, December 3, 2011

Adakah Nabi Isa a.s (Jesus) Yahudi?

Dimulakan kalam penulisan dengan bismillah..
baca dan cuba faham dengan teliti..

Persoalan 3:

Apabila memperkatakan agama Kristian maka tidak boleh lari dari memperbincangkan konsep Bani Israel serta Yahudi. Ini kerana ia mempunyai perkaitan dengan Jesus(Nabi Isa a.s). Adakah baginda seorang Yahudi atau sebahagian dari Bani Israel sahaja ataupun kedua-duanya?

Jawapan :

Rajah 1:  Jalur keturunan Jesus



..::tak habis lagi,tekan 'Read more', kalau dah baca sampai-sampaikanlah,,syukran::..

(Kisah 6)Poket Yang Haus



Baca bismillah...
Okays boleh baca sekarang...


Gambar penghias

     Suatu hari Nasruddin menghadiri pesta perkahwinan. Seorang di antara mereka tidak hanya makan hidangan yang disediakan sebanyak-banyaknya malah dia memasukkan pula makanan ke dalam poket bajunya(tapaulah katakan) yang cukup besar untuk dibawa pulang. Ketika Nasrudidin melihat betapa rakusnya orang itu, dia segera mengambil cerek berisi air teh. Diam-diam, dari samping orang itu ia menuangkan air teh ke dalam poket yang penuh makanan itu.


..::tak habis lagi,tekan 'Read more', kalau dah baca sampai-sampaikanlah,,syukran::..

Tuesday, November 15, 2011

Asalnya perkataan 'Kristian' apa?

Gambar takde kena mengena
Assalamualaikum w.b.t
pernahkah anda dengan perkataan 'Kristian'?
Ya! hari ini Rojulullah ingin berkata tentang agama Kristian
soalnya disini benar ke perkataan 'Kristian' ini diasaskan oleh Nabi Isa(Jesus)?
kalau bukan Nabi Isa yang mengasaskan perkataan tersebut dari mana datangnya?
baca ni...

Soalan 1 : Apakah asal usul perkataan 'KRISTIAN'?

Jawapan : Istilah 'Kristian' berasal daripada perkataan Christ(Inggeris) yang mana berasal daripada   
                perkataan Christos(Greek) dan berasal daripada Messiah((Ibrani) yang mana jika 
                diterjemah ke dalam bahasa Arab ia berbunyi Al-Masih.


..::tak habis lagi,tekan 'Read more', kalau dah baca sampai-sampaikanlah,,syukran::..

Monday, November 14, 2011

Catholic Church Vs Protestant Church



Assalamualaikum w.b.t
setelah lebih kurang sebulan atau lebih tidak ber'blog'
akhirnya Rojulullah dapat idea yang sesuai dengan pengajian beliau untuk dipost
erm..disini Rojulullah ingin membuka minda para pembaca sekalian(especially Muslims)
untuk mengenali lebih dekat perbezaan antara gereja Katholik dengan gereja protestant secara amnya..




1) Kita tengok perbezaan luaran mereka :-

Gereja Katholik
Gereja Protestant





























...Gereja Khatolik terdapat patung-patung diluarnya manakala sebaliknya bagi gereja Protestant.



..::tak habis lagi,tekan 'Read more', kalau dah baca sampai-sampaikanlah,,syukran::..

Tuesday, October 11, 2011

(Kisah 5)Mimpi Indah




Assalamualaikum w.b.t
pagi-pagi buta ni ada pulak ilham
baca ni...




      Pada suatu malam Nasruddin bermimpi indah sekali. Pada malam itu ketika dia sedang duduk-duduk sendirian di tepi jalan ada seseorang mendekatinya. Orang itu kelihatan baik sekali hatinya, dan kaya. Ia meletakkan sekeping wang emas di atas tapak tangan Nasruddin, kemudian sekeping lagi dan sekeping lagi terus demikian sampai ada sembilan keping wang emas di telapak tangan Nasruddin. Kemudian dia berhenti. Nasruddin tahu orang itu memiliki sepuluh keping wang emas, oleh kerana itu dia berkata, "Tuan, berikan sekeping lagi kepada saya!"


..::tak habis lagi,tekan 'Read more', kalau dah baca sampai-sampaikanlah,,syukran::..

Saturday, September 24, 2011

(Kisah 4)Musafir Dihadapkan ke Mahkamah




Assalamualaikum w.b.t
Dah lama tinggalkan blog ni..
ada cerita baru nak di kongsi
baca ni...
Pada suatu hari di bulan Ramadhan,seorang lelaki ditahan gara-gara dia makan pada siang hari di saat orang lain sedang berpuasa.Dia pun ditangkap dan dihadapkan ke mahkamah untuk diadili.

"Hai hamba Allah," kata Hakim, "Kenapa kamu makan pada waktu puasa begini?"

..::tak habis lagi,tekan 'Read more', kalau dah baca sampai-sampaikanlah,,syukran::..

Monday, September 5, 2011

Sungai Tiberias(Galilee) Mengering Petanda Kiamat Semakin Hampir







Assalamualaikum w.b.t
artikel ini Rojulullah jumpa dalam Group Stam SAMTKKB '10 oleh sahabat Rojulullah
mari sama-sama kita baca...SANGAT MENGGEMPARKAN!!!



Pemandangan sekitar Tasik

Tulisan asal artikel ini adalah dari zameer fisabilillah…but I don’t know what is his link 
so that’s why tak dapat nak link kan nama dia di sini.





Kenapa kita perlu meninjau kepada paras air di Tasik Galilee? Apa istimewanya Laut ini kepada kita orang Islam? Saya cuba mendapatkan beberapa pandangan dari beberapa sumber yang saya kira boleh dikongsi untuk kebaikan kita semua. Yang baik itu datangnya dari Allah dan yang buruk itu dari kelemahan penulis ini sendiri. Insya Allah...

Assalamualaikum semua wahai hamba Allah s.w.t. yang sedang membaca berita bermanfaat ini menerusi alam maya. Salam peringatan dari saya kepada semua sahabat dunia dan akhirat.

Hari ini saya akan dedahkan secara terbuka kepada semua pembaca mengenai Tasik Galilee, sebuah tasik yang dikelilingi darat sedang pun mengering dengan derasnya ketika ini. Nama lain bagi tasik ini ialah

- Lake of Gennesaret
- Lake Kinneret
- Sea of Tiberias

Ada satu hadis sahih yang saya sengaja tidak tunjukkan di sini, hadis itu memberitahu saya dan anda semua, bahawa apabila keringnya tasik ini maka tunggulah kamu akan turunnya Al-Masih Isa, itulah saatnya dan perhatikanlah tasik ini sebagai antara sempadan begitu hampirnya tanda-tanda besar. Carilah hadis sahih ini sampai dapat, dan bila anda tahu dan menjumpai hadis ini, pada ketika anda tahu itu, anda pasti dalam ketakutan yang amat sangat. Apa yang menjadi kerisauan saya sekarang ialah tasik ini sudah pun kering dengan derasnya setiap hari turun beberapa milimeter sejak tahun 2000 masihi lagi dan 10 tahun telah pun berlalu...


..::tak habis lagi,tekan 'Read more', kalau dah baca sampai-sampaikanlah,,syukran::..

Friday, September 2, 2011

(Kisah 3)Sang Profesor Dan Orang Desa


Assalamualaikum w.b.t
sekarang kita tengok apa jadah prof  dengan orang kampung ni....hehe

Pada suatu hari,seorang profesor berkunjung ke Desa Kayseri.Profesor itu sangant terkenal di seluruh negeri, kononnya menguasai pelbagai ilmu dengan sempurna. Namun ada seorang lelaki desa yang meragukan ilmunya,dia ingin menguji kehebatan sang profesor.

Didatanginya profesor itu lalu katanya, "Tuan profesor, saya akan mengajukan satu soalan kepada tuan.Kalau tuan tidak dapat menjawab, tuan harus membayar saya sepuluh lira. Kemudian tuan boleh mengaju satu soalan kepada saya, kalau saya tidak dapat menjawab, saya akan membayar tuan satu lira. Syarat itu cukup adil, memandangkan tuan seorang yang terpelajar dan ahli pelbagai ilmu, sedangkan saya ini tidak berpendidikan dan bukan profesor."


..::tak habis lagi,tekan 'Read more', kalau dah baca sampai-sampaikanlah,,syukran::..

(Kisah 2)Nasruddin Dan Menantu Tuhan




Assalamualaikum w.b.t
jom sengih2 kan gigi anda
hehe...

Gambat Hiasan

Pada suatu hari seorang hafiz datang ke Kota Akshehir dan menanyakan rumah Nasruddin. Setelah mendapat penjelasan hafiz itu pun pergi kerumah Nasruddin selepas menunaikan solat Isyak di masjid.

Ketika terdengar ketukan di pintu, Nasruddin mengeluarkan kepalanya dari jendela dan bertanya, "Siapa
 itu?"

..::tak habis lagi,tekan 'Read more', kalau dah baca sampai-sampaikanlah,,syukran::..

(Kisah 1)Sultan Murad & Tukang Perahu





Assalamualaikum w.b.t
nak gelak?baca cerita ni....


Gambar Hiasan
Dahulu Bakri Mustafa pernah menjadi tukang perahu di Selat Bosporus.Ia menyeberangkan penumpangnya pulang pergi dari Istanbul ke Kadikoy,Anatolia dan dalam perjalanan dia selalu menyediakan arak bagi para penumpangnya.


Pada suatu hari Sultan Murad dan seorang menterinya mengadakan perjalanan. Kedua-duanya gemar menyamar sebagai orang awam dan rakyat jelata. Dalam perjalanan itu mereka menyeberangi Selat Bosporus dan menaiki perahu Bakri Mustafa. Mereka pun menawar harga yang murah untuk dirundingkan. Bakri menyutujuinya harga yang mereka tawarkan dan mulalah Bakri mendayung perahunya menuju Kadikoy.

..::tak habis lagi,tekan 'Read more', kalau dah baca sampai-sampaikanlah,,syukran::..

Kenali Ajaran Qadiani(Part 2)

   

Assalamualaikum w.b.t
Rentetan daripada post yang panjang pada 'entry'
Kenali ajaran Qadiani(part 1).Rojulullah dengan berbesar hatinya akan
menyambung 'entry' tersebut pada post kali ini
selamat membaca dan peroleh manfaat daripadanya..




 ..::BAGAIMANA    MUNCULNYA AJARAN QADIANI::..


(1)Faktor dalaman

   Faktor Dalam Diri Mirza Ghulam Ahmad Mirza Ghulam Ahmad adalah seorang yang  kuat dan tekun belajar. Dia berminat dalam bidang tafsir Al-Quran dan Al-hadith.Beliau juga adalah seorang yang bercita-cita tinggi dan amat sensitif dengan  kedudukan agama Islam pada masa itu yang sentiasa diancam oleh pengaruh luar khasnya kebudayaan Inggeris dan agama Kristian. Pada masa inilah Mirza telah bangun mempertahankan Islam dan menyerang Kristian. Beliau telah menulis risalah-risalah dan mengarang bukn untuk mempertahankan Islam. Antaranya Baharin-I-Ahmadiah.Mirza telah dipuji atas hasilnya itu. Dan ini akhirnya menjadikannya merasa    sangat bijak, pandai dan berjasa kepada Islam. Akhirnya pula beliau merasa cukup sesuai untuk membuat dakwaan luar biasa ke atas dirinya seperti 'reformer' (mujaddid),Al-Mahdi dan lain-lain lagi. Di sinilah bermulanya penyelewengan-penyelewengan    lain yang melahirkan ajaran Qadiani ini. 
  

(2) Faktor Luar Alam Sekitar 

   Pada akhir abad ke-19, umat Islam termasuk di India menghadapi pelbagai keadaan. Ulama-ulama bercakaran pendapat mengikut mazhab masing-masing. Perang mazhab sering mencetuskan keganasan  yang mengakibatkan perpecahan. Imej ulama telah rosak. Ramai ahli sufi olok-olok mendakwa boleh menunjukkan sesuatu yang ajaib da nmendakwa menerima ilham daripada Allah. Mereka menarik minat masyarakat. Di samping itu, Punjab tempat lahirnya Mirza Ghulam Ahmad menjadi pusat konflk pemikiran karut-marut dan kejahilan di dalam agama.Mereka menderita akibat pemerintahan Sikh sejak lapan puluh tahun dahulu.

  Ajaran Islam yang sebenarnya hampir hilang. Masyarakat islam menjadi  pudar, kosong fikiran dan ragu-ragu. Kekalahan orang-orang India dalam pemberontakan 1857menentang penjajah Inggeris menambahkan lagi keperluan kepada seorang pemimpin yang mempunyai sifat kepimpinan yang teristimewa(charismatic). Segolongan orang Islam menunggu kemunculan Isa yang dijanjikan sebagaimana yang diberitahu kepada mereka. Maka dari keadaan dan peluang ini, bangkitnya Mirza Ghulam Ahmad membuat berbagai-bagai dakwaan berkenaan dengan dirinya. Juga pengaruh Nuruddin Ke Atas Mirza  Ghulam Ahmad.




..::tak habis lagi,tekan 'Read more', kalau dah baca sampai-sampaikanlah,,syukran::..

Thursday, September 1, 2011

Kenali Ajaran Qadiani(Part 1)




Assalamualaikum w.b.t
Terdetik di fikiran Rojulullah untuk mengenali ajaran sesat yang agak merbahaya 
iaitu 'Qadiniyah' ataupun di Indonesia dikenali sebagai 'Ahmadiyah'
Untuk pengetahuan semua markas Qadiani ini terletak di Kampung Rojulullah(hehe,nak wat macamana)



Salah seorang pemimpin Qadiani kini

   

..::QADIANI ITU APA ?::.. 

  Ajaran Qadiani ialah suatu    ajaran yang diasaskan oleh Mirza Ghulam Ahmad Qadiani(Hafal nie,hehe) di India pada tahun 1889.   Ajaran ini adalah bertentangan dengan ajaran Islam dan terkeluar dari agama    Islam. Perkataan Ahmadiah adalah disandarkan kepada nama Mirza Ghulam Ahmad    sendiri iaitu pengasas ajaran ini. 

   Qadiani pula adalah diambil dari nama kampung    atau kawasan tempat lahirnya Mirza yang terletak di daerah Gurdaspur, India.    Dengan demikian,ajaran ini dikenali juga dengan nama ajaran Qadiani atau Kadiyani bersandarkan kepada nama kawasan tempat lahirnya Mirza(Ghulam Ahmad). 

   Ajaran ini telah tersebar    hampir ke seluruh dunia sejak awal abad kedua puluh hingga sekarang oleh mubaligh-mubaligh  atau pengikut-pengikut ajaran ini atas nama agama Islam walaupun ianya tidak  pernah diiktiraf oleh agama Islam sendiri. 
Mirza Ghulam Ahmad Qadiani

..::APAKAH LATAR BELAKANG  PENGASAS QADIANI ( MIRZA GHULAM AHMAD)?::.


(1) Keturunan 

 Mirza Ghulam Ahmad dilahirkan pada tahun 1839 di Kampung Qadian dalam daerah        Gurdaspur pada peringkat akhir   pemerintahan Sikh di situ. Bapanya bernama Mirza Ghulam Murtaza bin mirza Atta Muhammad. Beliau berketurunan Borlas dari bangsa Monghul. Tetapi tidak berapa    lama kemudian, beliau mendakwa mendapat ilham bahawa beliau berasal dari bangsa Parsi. Keturunannya dipercayai berasal dari Samarkand, kemudian berpindah ke    India dan menetap di Qadian.


..::tak habis lagi,tekan 'Read more', kalau dah baca sampai-sampaikanlah,,syukran::..

Wednesday, August 31, 2011

Usuluddin & Aqidah(Muqaddimah)

Assalamualaikum w.b.t
Salam lebaran Rojulullah ucapkan kepada sahabat2 sidang pembaca sekalian
moga-moga ibadah kita di bulan Ramadhan diterima dan diteruskan di bulan-bulan lain
Amin.

Disini Rojulullah ingin mengupas tentang perkara paling asas didalam ISLAM iaitu AQIDAH(sejajar dengan kos pengajian Rojulullah di Universiti,hehe) seperti kata Imam Al-Ghazali(kalau tak silap) "Awal-awal didalam agama ialah mengenali Allah".

 Sebelum kita mula ayuh kita kenal dahulu apakah yang di katakan sebagai 'AKIDAH' itu....


..::MAKSUD AQIDAH APA HUH?::..

‘Aqidah berasal dari perkataan arab ‘AQADA’(عقد) yang bermaksud ikatan atau simpulan. Biasanya ikatan atau simpulan ini berlaku pada benda yang dapat dirasai seperti tali. Tetapi perkataan ini juga digunakan pada suatu yang ma’nawi. Dari maksud ini lahirlah perkataan aqidah iaitu ikatan atau simpulan ma’nawi yang terkhusus di dalam kepercayaan. ‘Aqidah boleh difahami sebagai kepercayaan yang terikat kuat dan tersimpul erat dalam hati terhadapsesuatu perkara yang benar dan hak sehingga tidak mungkin tercerai atau terurai.

Fahaman praktikalnya – ‘aqidah merupakan perjanjian keimanan yang kuat di antara manusia dengna penciptanya. ‘Aqidah Islam sahajalah yang benar dan betul, manakala yang laian adalah palsu dan batil. Konsep ‘aqidah yang sebenarnya seperti yang dijelaskan inilah yang di istilahkan oleh Islam sebagai iman.(Kalau kurang faham boleh tanya Rojulullah,TQ)


..::APAKAH UNSUR-UNSUR PEMBENTUKAN AQIDAH?::..

Sarjana Islam berpendapat bahawa unsur-unsur pembentukan aqidah terdiri daripada:
Gambar Hiasan

  1. Unsur ‘aqal atau pemikiran
  2. Unsur iradah atau daya pemilihan
  3. Unsur wujdan atau perasaan

   Ketiga-tiga unsur ini saling bertalian erat dan kuat. Kesempurnaan aqidah adalah daripada keutuhan dan keteguhan simpulannya dalam jiwa. Keutuhan dan keteguhannya pula tidak wujud melainkan ia terbentuk dari jalinan yang erat antara ketiga-tiga aspek penting ini yang juga merupakan tiga daya kekuatan dalam diri manusia. Melalui proses ketiga-tiga unsur tadi yang terjalin dan searah jalan tanpa ada pertentangan; iaitu pembuktian dan kelojikan akal; kerelaan hati serta kehangatan perasaan dapat melahirkan aqidah yang sempurna yang akan membentuk kesempurnaan peribadi atau syahsiahnya dan menjadi kompas pengarah atau pembentukan corak dan warna hidupnya sama ada dalam linkungan individu, mahupun dalam linkungan keluarga ataupun dalam lingkungan kemsyarakatan yang lebih besar.

   Hakikatnya ciri-ciri aqidah tidak memadai hanya berada di atas permukaan aqal atau intelek, demikian juga tidak cukup berada di paras penerimaan dan pengakuan sahaja tetapi perlu mengisi dan menyerapi setiap ruang diri dan jiwanya sehingga sebati dengan perasaan dan sentiment ynag sihat.


..::tak habis lagi,tekan 'Read more', kalau dah baca sampai-sampaikanlah,,syukran::..

Tuesday, August 30, 2011

Realiti Puasa Enam

Gambar Hiasan
Assalamualaikum w.b.t
Alhamdulillah kini Rojulullah diberi kelapangan untuk menyampaikan sewarkah
Ilmu di dalam pejuangan penulisan ini.
Kali ini Rojulullah akan mengupas berkenaan dengan Perkara berkait rapat dengan ibadah
Puasa Enam hari di bulan syawal.

..::Pertama sekali mari kita mengambil sebuah hadith sebagai asas kepada ibadah Puasa Enam serta beberapa penerangan berkenaannya::..

Rasulullah s.a.w bersabda :
“Sesiapa yang berpuasa ramadhan, kemudian dia susulinya dengan enam hari dari Bulan Syawwal, maka ia bagaikan puasa sepanjang masa (tahun)” (Riwayat Muslim, Ahmad, Abu Daud, al-Tirmizi, Ibn Majah dll).
2. Berdasarkan hadis di atas jelas bahawa puasa enam hari pada Bulan Syawwal adalah sunat. Walaupun Al-Imam Malik bin Anas (meninggal 179H) menganggap makruh puasa enam hari pada Bulan Syawwal, namun pendapat tersebut dianggap tidak kuat. Dalam Al-Muwatta riwayat Al-Imam Malik Bin Anas disebutkan:
“Malik berpendapat mengenai puasa enam hari selepas Idil Fitri bahawa beliau tidak pernah melihat ilmuwan dan ahli fekah melakukan puasa tersebut. Tidak sampai kepadanya apa-apa riwayat daripada ulama salaf mengenai hal itu. Ilmuwan memakruhkan puasa tersebut. Mereka bimbang kebidahannya. Bimbang golongan jahil mengaitkannya dengan Ramadan”. (al-Muwatta’, 1/330 –bil: 857. Beirut: Muassasah al-Risalah).
Maksudnya, beliau menyatakan makruh sebab beliau tidak melihat ahli ilmuwan di Madinah ketika itu mengamalkannya dan bimbang puasa tersebut dianggap wajib oleh mereka yang jahil. Adapun riwayat hadis di atas yang menggalakkan puasa enam hari Syawwal dianggap tidak kukuh disebabkan rawi Sa’d bin Sa’id bin Qais adalah masalah hafalan maka dianggap tidak kuat jika dia bersendirian (infirad) dalam riwayat. Di samping itu Al-Imam Malik mengukurnya dengan amalan ilmuwan Madinah pada zamannya yang beliau dapati tidak mengamalkannya.
3. Namun hadis ini dianggap sahih oleh majoriti ilmuwan hadith. Walaupun Sa’d bin Said bin Qais mempunyai sedikit masalah, tetapi hadith ini ada mutaba’ah (jalur rawi yang lain) seperti Sofwan bin Sulaim dan selainnya. Maka hadis ini sahih dari segi ilmu hadis. Ketika mengulas kenyataan Al-Imam Malik yang melihat tiada ilmuwan pada zamannya mengamalkan puasa enam tersebut, al-Imam al-Nawawi (meninggal 676H) berkata:
“Apabila sunnah itu telah sabit, maka ia tidak ditinggalkan hanya kerana ia tidak diamalkan oleh sebahagian, atau kebanyakan atau semua orang sekalipun” (al-Nawawi, Syarh Sahih Muslim, 8/238, Beirut: Dar al-Khair).


..::tak habis lagi,tekan 'Read more', kalau dah baca sampai-sampaikanlah,,syukran::..

Monday, August 29, 2011

Sejahat-jahat pencuri


Assalamualaikum w.b.t
Salam Eidulfitri buat semua kenalan..
moga-moga Allah memberi kita kekuatan untuk menghadapi semula godaan syaitan
...jangan lupa puasa enam hari yang mana pahalanya sama
seperti puasa satu tahun InsyaAllah..(senyum selalu)

Pada 'entry' kali ini RojuluLLAH ingin membawa anda kesuatu perkara yang sangat-sangat kita tidak ambil kisah,iaitu sebuah hadith Rasulullah yang menyebut tentang sejahat-jahat pencuri.

Siapakah dia sejahat-jahat pencuri itu??adakah orang yang mencuri selipar di masjid?adakah mereka yang merompak Bank yang hasilnya bernilai berjuta-juta?Jawapannya tidak.Bahkan Rasulullah bersabda di dalam hadith daripada kitab karangan Imam Malik iaitu Muwatto'.

Hadith riwayat daripada Yahya Bin Said dari Nu'man Bin Murrah Al-Ansari katanya bahawa Rasulullah s.a.w berceramah dan didalam ceramah baginda membuat soalan :
"Apa pandangan kamu mengenai orang yang minum arak,mencuri dan berzina?"
Jawab para sahabat :"Hanya Allah dan Rasulnya mengetahui."

Jelas Nabi pula: "Kesemua itu adalah perbuatan keji dan baginya ada U'qubah(pembalasan).Seburuk-buruk pencuri itu ialah orang yang mencuri didalam solatnya."
Para sahabat bertanya pula:"bagaimana orang yang mencuri dalam solatnya?"
Jawab Nabi s.a.w :"Bahawa orang yang mencuri dalam solatnya itu ialah mereka yang tidak sempurna ruku'nya dan juga sujudnya."



Bagaimana agaknya dikatakan mencuri didalam
ruku' dan sujud itu??

Jawapanya:

Nabi s.a.w menjelaskan bahawa mereka yang tidak sempurna RUKU' dan SUJUDnya.Yang mana ia bermaksud solat yang terlalu pantas sehingga tulang belakang masih dalam keadaan bergerak(tidak statik) tetapi sudah berpindah ke rukun yang lain.Inilah dinamakan mencuri dalam solat itu.

Di dalam hadith yang lain menerangkan mafhumnya : "Apabila kamu ruku' hendaklah kamu benar-benar mengagungkan Tuhan,apabila kamu bersujud hendaklah kamu memanjatkan doa dan kamu berharap supaya doa kamu di mustajabkan oleh Allah."

Justeru itu hendaklah kita beringat dan sama-sama mengingati sesama kita bahawa kita hendaklah menyempurnakan solat kita dengan sesempurnanya kerana Allah tidak akan terima solat-solat hambanya yang main-main.Umpama jika seorang pelajar memohon sesebuah Universiti dengan hanya menghantar salinan dokumen tanpa sebarang pengesahan daripada pihak-pihak tertentu,begitu juga Allah kerana Allah merupaka Tuha pentadbir seluruh alam.
Oleh itu ayuh sama-sama kita meningkatkan prestasi ibadah kita kepada Allah A'zzawajalla.Sekian wassalam dan Salam Eidulfitri Maaf Zahir Batin :)

p/s:Dipetik dari buku karangan Tok Guru Nik Aziz "Janji-Janji Allah"

..::tak habis lagi,tekan 'Read more', kalau dah baca sampai-sampaikanlah,,syukran::..

Sunday, August 28, 2011

Amalan-amalan sunat Di Eidulfitri


Assalamualaikum w.b.t
Salam Ramadhan kepada semua
Disebabkan jadual aktiviti yang padat,
RojuluLLAH terpaksa menghentikan aktiviti meng'post' di blog ni
pada post kali ini RojuluLLAH ingin menyentuh sedikit
berkenaan amalan-aman sunat ketika menyambut Aidulfitri.....






Pastikan kita melakukan paling kurang 1 daripadanya :
1. Memastikan menyempurnakan zakat fitrah bagi diri sendiri dan tanggungan. Allah Taala berfirman dalam surah At-Taubah ayat 103 yang bermaksud : “Ambillah zakat dari kekayaan mereka untuk membersihkan dan mensucikan mereka dengannya dan berdoalah untuk mereka, sesungguhnya doamu mendatangkan ketenteraman bagi mereka dan (ingatlah) Allah maha mendengar lagi maha mengetahui”
Jumhur ulamak menyatakan bahawa waktu bagi menunaikan zakat fitrah terbahagi kepada lima iaitu:
a. Waktu Harus : Menunaikan zakat pada awal bulan ramadhan
b. Waktu Wajib : Menunaikan zakat fitrah mulai terbenam matahari pada akhir ramadhan
c. Waktu Afdal : Menunaikan zakat fitrah sebelum menunaikan solat hari raya
d. Waktu Makruh : Menunaikan zakat fitrah selepas solat hari raya tanpa keuzuran
e. Waktu Haram : Menunaikan zakat fitrah selepas hari raya tanpa keuzuran

2. Memperbanyakkan amalan sunat pada malam hari raya. Ingatlah empat
malam istimewa seorang hamba beribadah kepada Allah. Allah akan melipatgandakan ganjaran pahalanya, apabila memohon taubat diampunkan dosanya dan apabila berdoa dimakbulkan doanya iaitu malam Nifsu Syaaban, malam pertama ‘Idul Fitri, malam pertama ‘Idul Adha dan malam Arafah.

3. Memperbanyakkan bertakbir, bertahmid dan bertahlil kepada Allah. Lazimilah mulut kita dengan kalimah Takbir ‘Idul Fitri.

4. Menghiaskan diri dan tempat agar kelihatan bersih dan indah.

5. Mandi sunat Idul Fitri pada pagi hari raya dengan niat : “Sahaja Aku Mandii Sunat Idul Fitri Kerana Allah Taala”

6. Memakai pakaian yang baru/bersih sebagai tanda kesyukuran ke hadrat Allah Taala

7. Mengelakkan pembaziran ketika menyambut hari raya dengan persiapan yang sederhana.

8. Memakai wangi-wangian pada pagi hari raya.(lelaki sahaja,wanita tidak di galakkan)

9. Menjamah makanan sebelum menuju ke surau atau masjid. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud : “Daripada Buraidah, berkata ia, adalah Rasulullah SAW tidak keluar rumah pada hari raya fitrah kecuali selepas ia makan dan ia tidak makan pada hari raya adha kecuali selepas kembali ke rumah”

10. Memohon keampunan dan bermaafan-maafan dengan ibubapa, suami isteri, anak-anak, saudara mara, jiran tetangga dan sebagainya.

11. Disunatkan pergi dan balik ke masjid menggunakan jalan yang berlainan dan lebih afdal berjalan kaki jika ia tidak terlalu jauh. Rasulullah SAW bersabda yang beremaksud : “ Dari Abi Hurairah, berkata ia, adalah Nabi SAW keluar pada hari raya dan kembali dengan jalan yang lain dari jalan ia keluar daripadanya”(antara sebabnya agar kita dapat berjumpa dengan ramai orang serta boleh mengucapkan "تقبل الله منا ومنك" kepada mereka)

12. Menunaikan solat sunat hari raya dan mendengar khutbah dengan penuh penghayatan

13. Ziarah menziarahi kaum keluarga, sahabat handai, jiran tetangga dan sebagainya. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud : “Hubungkanlah silaturahim ke atas mereka yang telah memutuskan hubungan dengan kamu dan berbuat baiklah ke atas sesiapa yang berbuat kejahatan terhadap kamu”

14. Bersedekah kepada mereka yang memerlukan. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya sedekah seorang Muslim itu menyebabkan dipanjangkan umur, mengelak mati dalam kehinaan, menghilangkan perasaan takabbur dan bangga diri (Riwayat Tabrani)

15. Mengelak sambutan hari raya daripada perkara yang ditegah oleh syarak seperti pesta hiburan melampau, pergaulan bebas tanpa batas seperti menonton wayang, menganggu ketenteraman awam dengan merempit dan lain-lain lagi.(jadi mana-mana media prima tolong lah sangat2 menjaga hal ini)

Sesunguhnya hari raya adalah hari kegembiraan umat Islam. Janganlah kita rosakkan tarbiah Ramadhan selama sebulan dengan perkara-perkara maksiat.

Bukanlah juga tabiat umat Islam yang mengganggu ketenteraman saudaranya yang lain termasuk jiran tetangga dengan dentuman meriam atau bakaran mercun hingga mengejutkan anak-anak kecil yang sedang tidur. Manakala muda –mudinya merempit di jalan-jalan kawasan taman atau kampung yang menjadikan kawasan itu hingar bingar serta membahayakan nyawa pengguna yang lain.





..::tak habis lagi,tekan 'Read more', kalau dah baca sampai-sampaikanlah,,syukran::..

Monday, April 18, 2011

The Noah's Ark





Muqaddimah
Dalam Agama Samawi(Agama Langit), Bahtera Nabi Nuh adalah sebuah kapal yang dibangun atas perintah Tuhan untuk menyelamatkan Nabi Nuh a.s., keluarga yang beriman, kaumnya yang beriman dan kumpulan binatang yang ada di seluruh dunia dari air bah. Kisah ini terdapat dalam Kitab Kejadian dalam Perjanjian Lama(Injil) dan Al-Quran.
Sejumlah besar penganut Yahudi Ortodoks(Yahudi Kuno) dan Kristian berdasarkan Perjanjian Lama dan umat Islam berdasarkan Al-Quran mempercayai bahawa kisah ini benar-benar terjadi. Namun sebahagian lain penganut Yahudi Ortodoks dan Kristian yang memegang kepercayaan hipotesis terhadap dokumen saintifik, menyatakan bahawa kisah yang dikisahkan dalam Kitab Kejadian ini mungkin terdiri dari sejumlah sumber yangsesetengahnya bersifat berkecuali (independents), dan proses penyusunannya yang berlangsung selama beberapa abad dapat menolong menjelaskan kekacauan dan pengulangan yang tampak di dalam teksnya. Walaupunbegitu, sebahagian umat Yahudi Ortodoks dan Kristian yang mempercayai kisah ini menyatakan bahawa kekacauan itu dapat dijelaskan secara rasional.
Mitos Sumeria juga menceritakan kisah seperti ini, namun ia agak berbeza dengan agama Abrahamik, kerana tokoh dalam kisah Sumeria tidak bernama Nuh tetapi Ziusudra. Kisah Sumeria mengisahkan bagaimana Ziusudra diperingatkan oleh para dewa untuk membangun sebuah kapal untuk menyelamatkan diri dari banjir yang akan menghancurkan umat manusia. Tidak hanya dalam agama Ibrahamik dan Sumeria, kisah hampir serupa juga ditemukan di banyak kebudayaan di seluruh dunia. Memang kisah tentang banjir ini adalah salah satu cerita rakyat yang paling umum terkenal di seluruh dunia.
Kisah Bahtera ini telah diuraikan secara panjang lebar di dalam berbagai teks Agama Samawi, yang mencampurkan solusi-solusi teoretis dengan masalah-masalah praktis semisal bagaimana cara Nuh membuang kotoran-kotoran binatang, atau dengan penafsiran-penafsiran alegoris yang mengajak
manusia menuju kejalan lurus dan benar dengan mematuhi perintah Tuhan.
Pada awal abad ke-18, perkembangan geologi(kajian tanah) dan biogeografi sebagai ilmu pengetahuan telah membuat sedikit sejarawan alam yang merasa mampu membenarkan penafsiran yang harafah keatas kisah Bahtera ini. Namun demikian, para pakar kitab terus meneliti gunung dimana kapal tersebut berlabuh.

..::tak habis lagi,tekan 'Read more', kalau dah baca sampai-sampaikanlah,,syukran::..

Bangsa 'MIM' ketika era Nabi Adam A.S



Ini Artikel sambungan dari siri (klik disin untuk mengetahuinya),yang sebenarnya menceritakan tentang kajian bagi mengetahui asal usul Bangsa dikenali sebagai 'MELAYU'.Baca dengan teliti.:))


“Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para Malaikat: “Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi.” Mereka berkata: “Mengapa Engkau hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat kerusakan padanya dan menumpahkan darah, padahal kami senantiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan mensucikan Engkau?” Tuhan berfirman: “Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui.” al-baqarah ayat 30
“Dan Dia mengajarkan kepada Adam nama-nama seluruhnya, kemudian mengemukakannya kepada para Malaikat lalu berfirman: “Sebutkanlah kepada-Ku nama benda-benda itu jika kamu mamang benar orang-orang yang benar!” al-baqarah ayat 31
Di siri ke 2, saya menjawab kepada persoalan beberapa orang mengenai siapakah ADAM sebenarnya dan apa yang di pimpin oleh ADAM dan perkara yang di risaukan oleh para malaikat sebelum ADAM di cipta sepenuhnya. Penciptaan ADAM ini di ibaratkan ‘secret creation’ yang mana hanya beberapa makhluk tertentu sahaja yang dapat mengetahuinya. Selaras dengan itu, berlaku suatu ‘notis di langit’ di mana notis itu memberitahu tentang akan ada makhluk ALLAH yang akan merusuh dan membelot. Akibat takut dari ‘notis’ di langit itu, para malaikat mendatangi AZAZIL, yakni satu-satu bangsa JAN yang terselamat dari ‘kemusnahan total’ di bumi lama.
AZAZIL memang terkenal dengan sikap abidnya dan dia juga di kenali sebagai doa yang di makbulkan. Dia mendoakan sekalian malaikat akan tetapi dia tidak mendoakan dirinya sendiri. Akibatnya, di hari ‘pelancaran’ ADAM yang sempurna ini, AZAZIL dan kuncu-kuncunya yang mungkin terdiri dari sebahagian kecil malaikat dan penduduk langit yang terselamat dari pemusnahan bumi lama, belot dan engkar akan arahan ALLAH untuk tunduk kepada ADAM.
Dek kerana itu, AZAZIL dan kuncu-kuncunya di turunkan ke bumi baru dan bermulalah era IBLIS yang mana akan menjadikan bumi sebagai penjara untuk waris ADAM serta neraka di kemudian hari. Mereka inilah di gelar ‘FALLEN ANGLE’. ADAM di ciptakan untuk menjadi KHALIFAH yang mana akan menerajui bumi baru. sebelum di turunkan ke bumi, ADAM hidup tenang dengan isterinya HAWA di ‘syurga’. Hendak di jadikan musabab, mereka berdua memakan buah KHULDI atau di gelar FRUIT OF KNOWLEDGE oleh para kristian, lalu turun ke bumi ini. Pada ketika itu, bumi baru telah di penuhi dengan pelbagai makhluk dan antara makhluk-makhluk hyrid yang tiada hala tuju. Jika di fikir dari sudut logik, masa penurunan iblis dan kuncu-kuncunya sehingga penurunan ADAM dan HAWA itu agak lama juga jika di kira dari masa bumi. Takkala itu, bumi sudah di penuhi dengan flora dan fauna.
Di siri 1 pula, saya menerangkan tentang ADAM di beri ILMU SEGALA. Ilmu segala ini adalah ilmu nama-nama yang mana membolehkan ADAM mengawal langit dan bumi di atas keizinanNYA. Ilmu ini amat hebat dan sentiasa di cari oleh IBLIS dan kuncu-kuncunya. Penurunan ADAM ketika itu ibarat rahmat untuk sekalian alam. ADAM dan warisnya menerajui alam dengan keizinanNYA. Lantas, ketika itu, pelbagai makhluk tinggal di bawah penguasaan ADAM dan waris dan di gelar satu bangsa.

..::tak habis lagi,tekan 'Read more', kalau dah baca sampai-sampaikanlah,,syukran::..

Bangsa 'MIM' era Nabi Adam A.S



Ini Artikel sambungan dari siri (klik disin untuk mengetahuinya),yang sebenarnya menceritakan tentang kajian bagi mengetahui asal usul Bangsa dikenali sebagai 'MELAYU'.
“Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para Malaikat: “Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi.” Mereka berkata: “Mengapa Engkau hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat kerusakan padanya dan menumpahkan darah, padahal kami senantiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan mensucikan Engkau?” Tuhan berfirman: “Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui.” al-baqarah ayat 30

“Dan Dia mengajarkan kepada Adam nama-nama seluruhnya, kemudian mengemukakannya kepada para Malaikat lalu berfirman: “Sebutkanlah kepada-Ku nama benda-benda itu jika kamu mamang benar orang-orang yang benar!” al-baqarah ayat 31
Di siri ke 2, saya menjawab kepada persoalan beberapa orang mengenai siapakah ADAM sebenarnya dan apa yang di pimpin oleh ADAM dan perkara yang di risaukan oleh para malaikat sebelum ADAM di cipta sepenuhnya. Penciptaan ADAM ini di ibaratkan ‘secret creation’ yang mana hanya beberapa makhluk tertentu sahaja yang dapat mengetahuinya. Selaras dengan itu, berlaku suatu ‘notis di langit’ di mana notis itu memberitahu tentang akan ada makhluk ALLAH yang akan merusuh dan membelot. Akibat takut dari ‘notis’ di langit itu, para malaikat mendatangi AZAZIL, yakni satu-satu bangsa JAN yang terselamat dari ‘kemusnahan total’ di bumi lama.
AZAZIL memang terkenal dengan sikap abidnya dan dia juga di kenali sebagai doa yang di makbulkan. Dia mendoakan sekalian malaikat akan tetapi dia tidak mendoakan dirinya sendiri. Akibatnya, di hari ‘pelancaran’ ADAM yang sempurna ini, AZAZIL dan kuncu-kuncunya yang mungkin terdiri dari sebahagian kecil malaikat dan penduduk langit yang terselamat dari pemusnahan bumi lama, belot dan engkar akan arahan ALLAH untuk tunduk kepada ADAM.
Dek kerana itu, AZAZIL dan kuncu-kuncunya di turunkan ke bumi baru dan bermulalah era IBLIS yang mana akan menjadikan bumi sebagai penjara untuk waris ADAM serta neraka di kemudian hari. Mereka inilah di gelar ‘FALLEN ANGLE’. ADAM di ciptakan untuk menjadi KHALIFAH yang mana akan menerajui bumi baru. sebelum di turunkan ke bumi, ADAM hidup tenang dengan isterinya HAWA di ‘syurga’. Hendak di jadikan musabab, mereka berdua memakan buah KHULDI atau di gelar FRUIT OF KNOWLEDGE oleh para kristian, lalu turun ke bumi ini. Pada ketika itu, bumi baru telah di penuhi dengan pelbagai makhluk dan antara makhluk-makhluk hyrid yang tiada hala tuju. Jika di fikir dari sudut logik, masa penurunan iblis dan kuncu-kuncunya sehingga penurunan ADAM dan HAWA itu agak lama juga jika di kira dari masa bumi. Takkala itu, bumi sudah di penuhi dengan flora dan fauna.
Di siri 1 pula, saya menerangkan tentang ADAM di beri ILMU SEGALA. Ilmu segala ini adalah ilmu nama-nama yang mana membolehkan ADAM mengawal langit dan bumi di atas keizinanNYA. Ilmu ini amat hebat dan sentiasa di cari oleh IBLIS dan kuncu-kuncunya. Penurunan ADAM ketika itu ibarat rahmat untuk sekalian alam. ADAM dan warisnya menerajui alam dengan keizinanNYA. Lantas, ketika itu, pelbagai makhluk tinggal di bawah penguasaan ADAM dan waris dan di gelar satu bangsa.
ERA ADAM
“Manusia dulunya SATU UMAT, kemudan berpecah-pecah” Al-quran 19:10
Umat yang satu, itulah di mana era ADAM dan warisnya menjadi khalifah. ADAM yang berumur hampir 1000 tahun itu sudah tentu dapat mendirikan ketamadunan yang hebat demi menyatukan semua makhluk di bawah kekhalifahannya. Dengan ILMU SEGALA di berikan padanya itu, ternyata dia dapat mengurus SATU UMAT dengan baik. Bagaimanapun, dia tidak keseorangan. Bersamanya, anak cucunya yang di beri HAQ untuk mengurus dunia secara bersama.
Jika anda seorang ahli sufi atau seorang yang suka mencari kerahsiaan dalam agama, anda tentu pernah mendengar frasa ini; ‘ADAM mewariskan amanahNYA kepada keturunannya’.
Terdapat dua pergertian untuk ini, salah satunya adalah mengenai pewarisan ILMU SEGALA ini yang sesekali tidak akan hilang. Keduanya adalah, mengenai sifat, kelakuan dan nama-namaNYA yang di serap kedalam ADAM lantas di wariskan kepada anak cucunya yang HAQ. Apapun, saya tidak akan mengulasnya lanjut kerana itu amat berat untuk orang awam dan biarlah kalian sendiri yang mencarinya dengan berguru. Insyallah.
Pewaris ILMU SEGALA ini di beri HAQ untuk mengurus langit dan bumi. Mereka ini boleh kita gelarkan sebagai DEWA-DEWI. Orang zaman dahulu pula menyebutnya sebagai TUHAN-TUHAN. Biarpun apa frasanya, yang penting, mereka-mereka ini mengurus dunia dengan keizinan DIA yang maha besar.
Kemudian, terdapat pertikaian berlaku dan ia menyebabkan Umat yang satu berpecah-pecah. Pertikaian ini mungkin dari mereka yang ingin menjadi ‘dewa-dewa’ tapi tiada HAQ. Ada yang mencuri sedikit dari ILMU itu dan membina ketamadunan yang lain. Pada masa yang sama juga, terdapat DEWA-DEWI yang hanya bermatlamatkan DUNIA ADALAH SEGALA. Jadi, dunia pada ketika itu, terbahagi kepada dua, yakni ‘CAHAYA/LIGHT’ yang mengurus dunia dengan arahanNYA dan ‘GELAP/DARK’ yang mahukan dunia menjadi matlamat segala. Bagaimanapun, kita harus tahu, biarpun LIGHT and DARK sekalipun, ini semua di atas kehendakNYA. Bukankah ALLAH itu maha perancang?!
Pertentangan ini berterusan sehinggalah berlaku peperangan. Perkara ini sudahpun di jangka oleh para malaikat pada sebelum ini kerana mereka tahu model ADAM tetap akan bermatlamatkan kehancuran.
“Tiap-tiap umat mempunyai batas waktu” Al-quran 34:7
Itulah yang telah di tetapkan oleh ALLAH s.w.t. Inilah sebab musabab untuk kehancuran umat era ADAM ini. Meskipun demikian, tiada di ketahui punca sebenar mengapa umat ini harus di tamatkan. Daripada penkajian saya, ada yang mengatakan penguasaan NEFILIM atau gergasi di era ini amat membimbangkan. Dalam mitos ketamadunan SUMERIA pula, di katakan ENLIL mahu hapuskan manusia kerana mereka membiak dengan cepat sehinggakan langit dan bumi di penuhi dengan mereka. Biar apapun ceritanya, kemusnahan itu tetap berlaku dan bumi baru telah di ‘bersihkan’ dan kehidupan baru kini bermula
ERA ADAM – ERA LIGHT and DARK
“Dan demikianlah Kami adakan pada tiap-tiap negeri penjahat-penjahat yang terbesar agar mereka melakukan tipu daya dalam negeri itu. Dan mereka tidak memperdayakan melainkan dirinya sendiri, sedang mereka tidak menyadarinya” surah al- an’am ayat 123
“Dan Dia lah yang menjadikan kamu penguasa-penguasa di bumi dan Dia meninggikan sebahagian kamu atas sebahagian beberapa derajat, untuk mengujimu tentang apa yang diberikan-Nya kepadamu.”
surah al-an’am ayat 165

Daripada ‘hikmat’ chanelling saya yang ada, saya cuba ‘mengintai’ apa yang ada di sana. Daripada yang saya tahu,pada ketika itu, mereka berinteraksi tanpa kata-kata. Pada mulanya saya ingatkan TELEPATI, tapi sebenarnya bukan. TELEPATI adalah ‘jurus’ komunikasi mengunakan otak, tapi apa yang berlaku di situ adalah mereka mengunakan hati semata-mata. OTAK adalah kontena tempat nafsu semata-mata. Maksud saya, otak yang mengawal segala perbuatan mereka sebagai manusia seperti makan, minum dan sebagainya akan tetapi, hati pula mereka jadikan sebagai ‘catalyst’ untuk menlakukan jurus-jurus hikmat seperti terbang, berjalan atas air, jadi pokok atau sebagainya.
Hampir kesemua mereka mampu melakukan sedemikian, akan tetapi ada juga yang tidak boleh. Dek kerana itu, yang tidak boleh ini cemburu lantas menjadikan dunia fizikal sebagai ‘keajaiban’ mereka. Maka, terciptalah sebuah ketamadunan yang kita ketahui sebagai ATLANTIS. Asalnya, mereka semua ini adalah penghuni benua PENTAS SUNDA yang tinggi tanahnya. Ada yang menyebutnya sebagai LEMURIA. Saya tidak tahu apa nama sebenarnya. Bagaimana hendak saya tahu, sedangkan ‘penduduk’ zaman itu pun tidak berkomunikasi mengunakan bahasa dan kata-kata. Tapi, bukti yang jelas mengatakan di sini, yakni nusantara adalah PENTAS SUNDA atau LEMURIA adalah, dengan pengiktirafan hutan PAHANG sebagai hutan tertua di dunia dan terdapat sebuah daerah di Sumetera di namai LEMUR.
(http://www.travelblog.org)

Tapi, bukti paling jelas adalah, kajian daripada STEPHEN OPPENHEIMER dan PROF ARYSIO SANTOS, serta THOMAS SUAREZ yang membukukan kajiannya mengenai peta kuno dalam buku bertajuk “EARLY MAPPING OF SOUTHEAST ASIA: THE EPIC STORY”. Dalam buku EDEN IN THE EAST oleh STEPHEN OPPENHEIMER ini, beliau menerangkan secara saintifik mengenai berlakunya banjir besar ketiga yang mana telah menghapuskan sebahagian besar pemukaan bumi dan cerita mengenai pelayaran NOH dalam pelbagai versi ketamadunan dunia.
PROF ARYSIO SANTOS pula menerangkan mengenai benarkah ATLANTIS berada di NUSANTARA dan dia benar-benar bermaksudkan sedemikian. Tapi, malang buatnya, selepas beberapa bulan bukunya di terbitkan, beliau telah di temui mati. Ada yang mengatakan ini semua perbuatan sabotaj yang mana tidak mahu kebangkitan di NUSANTARA terjadi.
Apakah kalian dapat melihat pola pergerakan kajian dari pengkaji barat ini? Baiklah, saya cuba bukakan minda kalian seketika. Pada zaman dulu, yakni di era penjajahan, explorasi dunia di terajui oleh pihak barat yang mana mereka tiba-tiba mahu mencari ‘the lost world’. Akhirnya, CHRISTPHER COLOMBUS menjumpai AMERIKA dan mengelarkannya itu sebagai ‘the lost world’. Tapi, hakikatnya apa yang di cari oleh COLOMBUS itu adalah salah dan dia telah di malukan. Explorasi ini berterusan sehinggalah mereka bertemu dengan piramid GIZA dan mula mengkaji mengenai ketamadunan itu. Akhirnya, mereka cuba mengali mengenai asal keturunan para FIRAUN ini.
DI era millenium ini, secara tiba-tiba, para pengkaji barat cuba mengalih perhatian mereka kepada NUSANTARA. Tapi, kebanyakkan dari mereka ini adalah pengkaji yang bebas dan tidak terikat dengan apa-apa organisasi. Sejak dari itu, mereka dapat merungkai misteri yang lepas-lepas seperti contoh, di mana ‘the lost world’, ‘solomon mine’, ‘asal keturunan FIRAUN’ dan sebagainya. Segalanya berpunca daripada sini.
Tapi, persoalannya, di sini itu bagaimana ? !
Jika di kaji, di permukaan tanah nusantara kini, tiada sisa-sisa ketamadunan yang hebat-hebat seperti sumeria, mesir dan sebagainya. Jadi, bagaimana mereka boleh katakan semuanya berada di sini? Setakat ini, mereka dapat buktikan segala pernyataan itu dengan selaraskan data-data dari manuskrip dan buku-buku sejarah.

Jadi, untuk mengkaji perihal itu, para pengkaji terpaksa menaiki ‘mesin waktu’ dan kembali ‘hidup’ di ERA ADAM sehinggalah terjadinya pepecahan UMAT YANG SATU INI.inilah yang saya cuba bawakan kepada anda. Saya hanya ‘tourist guide’ di dalam mesin waktu ini, dan anda adalah para pengkajinya. Tujuan kita adalah sama, yakni untuk mengali kembali sejarah yang hilang (THE LOST WORLD, sudah tentu ‘lost’, sebab itu kena ‘gali’ kembali).
DEWA-DEWI dan DARAH DI RAJA
“katakanlah: “Allah-lah yang memulai penciptaan makhluk, kemudian mengulanginya kembali; maka bagaimanakah kamu dipalingkan ?” surah yunus ayat 34
“Maka jika kamu berada dalam keragu-raguan tentang apa yang Kami turunkan kepadamu, maka tanyakanlah kepada orang-orang yang membaca kitab sebelum kamu. Sesungguhnya telah datang kebenaran kepadamu dari Tuhanmu, sebab itu janganlah sekali-kali kamu temasuk orang-orang yang ragu-ragu.” surah yunus ayat 94
Pada era ADAM dan anak cucunya, para pengurs langit dan bumi ini di gelar DEWA-DEWI. Bila saya kata begitu, sudah pasti ada daripada anda mengatakan “apakah ALLAH itu lemah sehinggakan perlukan pengurus di langit dan di bumi?”
Jika ada yang berkata begitu, ayat pertama yang akan saya semburkan pada dia adalah “SIAPA YANG MELEMAHKAN SIAPA? ALLAH ITU MAHA BERKEHENDAK dan adakah kehendakNYA itu akan melemahkan DIA, sudah tentu tidak. Itulah tanda kekuasaaNYA”
Saya tahu, memang ramai yang belum ‘open-mind’ dalam hal sebegini, dan kerana itulah dalam siri 2 saya ada tegaskan mengenai sikap muslim kini yang mana suka sangat lemahkan kekuasaan ALLAH. Seolah-olah, mereka pula tuhannya.Jika berlaku kajian pelik-pelik, dengan cepat mereka akan katakan ‘Jangan cabar Tuhan?”. Apaka Tuhan itu tercabar?.
Sudah tentu tidak, kerana setiap kejadian itu adalah menunjukkan MAHA BESARNyA DIA dalam memberi keizinan.
Perkara paling penting di sini adalah;
1- DIA itu ‘laisa kamislihi syaiun’ (tidak menyerupai mana-mana pun baik kejadian atau khayalan)
2- DIa maha besar (seluas mana pun manusia explorasi atau ciptakan pun, kekuasaanNYA tetap tidak di jangkau)
3- Keupayaan itu adalah hak milik sepenuhnya dari DIA
Inilah antara intipati dari ILMU SEGALA itu. Bagaimana saya tahu? Sudah tentu saya harus tahu, jika tidak bagaimana saya boleh ceritakan kepada kalian. Tapi, ILMU SEGALA ini bukanlah ilmu yang di tujukan pada sesuatu, maka terus jadi ia.Ini bukan zamannya. Zaman kini adalah zaman di mana semua kejadian berlaku atas fizikal dan berdasarkan keterbukaan minda manusia. Dek kerana itu, tidak banyak kejadian aneh-aneh berlaku kini sebab keilmuan dan kejadian aneh-aneh itu hanya berlaku andai manusia telah lupakanNYA.
Menyebut perihal ilmu segala ini, pada era ADAM dan seterusnya, sehingglah ‘hari pembersihan’ itu, Dewa-dewi ini ada juga mengangkat dari kalangan mereka sebagai raja. Raja-raja ini akan tinggal di istana yang penuh hiasan yang cantik dan perbuat dari emas. Ini semua berdasarkan memori yang ada pada manusia itu tentang ‘syurga’ di mana tempat asalnya ADAM dan HAWA.
Dewa- dewi ini telah mengurus langit dan bumi manakala raja-raja ini pula mengawal dan menjadi khalifah kepada UMAT YANG SATU ini. Hanya Manusia yang berHAQ dan mempunyai ILMU SEGALA akan menduduki tahta paling tinggi di bumi ini. Kelebihan pada golongan bangsawan ini adalah, mereka-mereka ini mampu untuk berubah bentuk daripada manusia kepada haiwan-haiwan yang di anggap suci atau simbol-simbol tertentu.
Mereka ini mampu untuk mengubah diri mereka menjadi NAGA, HARIMAU atau GARUDA dan sebagainya jika mendapat keizinanNYA. Hal ini ada di sebut dalam buku STEPHEN OPPENHEIMER dan cerita mitos dunia. Mereka inilah di sebut sebagai ‘Serpent’ atau ‘shape-shifting’. Kepakaran mereka dalam mengubah bentuk jasad ini adalah kurnianNYA tapi di era LIGHT and DARK, terdapat golongan yang mencuri keilmuan itu dan menjadi raja di ketamadunan lain.
Pada ketika itu juga, Dewa-dewi mula terpecah kepada dua. Akhirnya, era-era kegemilangan ini terhapus dan NOH berjayamenyelamatkan segolongan manusia dari bencana itu. Dewa-dewi ini tetap lah juga manusia akan tetap mereka ini adalah golongan yang mendapat keilmuan yang tinggi kerana tanggungjawab yang telah di berikan kepada mereka. Di khabarkan, ketika rasullullah lahir ke dunia, maka terhapuslah tanggungjawab mereka kerana besarnya rahmat pada baginda muhammad s.a.w
Jadi, berakhirlah era pengurusan dewa-dewi ini selepas kelahiran baginda muhammad akan tetapi tidak lah berakhir ilmu mereka itu, bahkan di katakan mereka ada di kalangan kita…mereka inilah ada yang memanggilnya ‘wali-wali ALLAH’ yang hidupnya cukup panjang. wallahuaklam
PETA BERLAPIS DUA
“Dia-lah Allah, yang menjadikan segala yang ada di bumi untuk kamu dan Dia berkehendak langit,
lalu dijadikan-Nya tujuh langit. Dan Dia Maha Mengetahui segala sesuatu.” al-baqarah ayat 29

“…Kepunyaan Allahlah kerajaan langit dan bumi dan apa yang ada diantara keduanya;
Dia menciptakan apa yang dikehendaki-Nya. Dan Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu.”
surah al maidah ayat 17

Pada era ADAM, kayangan dan bumi saling terbuka. Sentiasa ada turun-naik daripada kedua alam ini. Meskipun demikian, tidak semua yang dapat menaiki Kayangan dan dapat turun ke bumi. Saya pernah bermimpi tentang kayangan ini.Di dalam mimpi itu, saya melihat seolah-olah refleksi daripada permukaan bumi di langit sana. Agak tergaman ketika itu. Sungguh menakjubkan. Bagaimanapun, saya abaikan perihal mimpi itu, sehinggalah saya sedar tentang kaitannya dengan artikel MIM- takkan hilang di dunia ini.

..::tak habis lagi,tekan 'Read more', kalau dah baca sampai-sampaikanlah,,syukran::..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...